Baiah UMNO vs Baiah Pas…

Tak semena-mena timbul idea perwakilan UMNO yg mahukan ahli & pemimpin UMNO melakukan baiah sebagai satu cara akujanji untuk setia pada parti.

UMNO dah hilang pedoman ka hingga meniru gaya Pas dalam memastikan ahli & pemimpinnya kekal bersama parti?

Dalam Pas memang dah diketahui sekian lama, sumpah baiah dilaksanakan dgn satu tujuan utk mengelakkan wakil rakyatnya melombat parti atau berpaling tadah.

Galang ganti hukuman jika ada wakil rakyat Pas yg berpaling tadah atau menyeberangi ke parti lawan ialah jatuh talak 3 ke atas isteri wakil rakyat tersebut.

UMNO pun kemarut sama jugak ka utk jadikan kaum pompuan merangkap bini sendiri sebagai cagaran jawatan politik macam yg Pas duk buat tu?

Jawabnya tak pun. Baiah UMNO dan baiah Pas ada perbezaannya. Bukan sikit, tapi banyak bezanya.

Yang penting orang pompuan jangan duk risau, jangan duk gelabah…

Dalam baiah UMNO sikit secuit pun takde hal ehwal menggadaikan isteri sebagai galang ganti jawatan politik tok laki, pendek kata takde sekelumit pun hasrat utk merendahkan martabat orang pompuan sebagaimana yg dilakukan oleh Pas.

Sebelum kita tengok apa yg diikrarkan oleh UMNO dlm baiahnya, baik kita tonton seketika pengakuan wakil rakyat Pas berkenaan baiah taklik talak 3 bilamana suaminya bertindak melompat parti atau berpaling tadah.

Kalau rasa telinga demo sumer sumbat atau tak clear, ni ambo letakkan transcript utk memudahkan pemahaman.

PAS Parti Islam SeMalaysia telah berbuat baiah…bai’ah antara parti dengan…kalau kami yang berhormat ini melompat kepada parti lain, isteri Talak Tiga (divorce), berat tuan-tuan, haaa……maknanya kalau saja takdir saya Yang berhormat Gunung Semanggol lompat kepada parti lain, isteri saya termuntek Talak Tiga (colloquial, terjatuh Talak Tiga) , mau ke… (YB Hj Ramli B. Tusin, ADUN Pas N12 Gunung Semanggol, Perak / 01 April 2009)

Jadi jelas di situ, dalam Pas depa anggap ikatan suami isteri hanyalah umpama barang cagaran & taruhan demi kerjaya politik suami dan demi kepentingan kuasa duniawi.

Andaikata parti Pas terus sesat dari landasan hingga kiamat sekalipun, tiap-tiap wakil rakyat takleh buat keputusan menurut kehendaknya utk keluar parti sbb kalau keluar parti saja automatik isteri tersayang akan jatuh taklik talak 3. Berpisah dunia dan akhirat demi parti politik.

Secara hukumnya lafaz taklik talak 3 tu sah, namun kaedah baiah yg meletakkan isteri sebagai barang taruhan kepentingan politik kepartian langsung takde dlm Islam. Hanya ada dlm Pas saja.

Standard la tu, dlm bab mempergunakan hukum hakam agama demi kepentingan politik kepartian, Pas paling wahid & terkedepan.

Ddulu pun Pas pernah keluarkan fatwa berkongsi kuasa  bekerjasama dgn non muslim adalah haram dan boleh jatuh kafir (fatwa utk UMNO aja), skang fatwa tu dah expired bilamana Pas berkongsi kuasa & bekerjasama dgn DAP (larangan tu kini jadi halal utk Pas).

Ok, abis bab baiah Pas, meh kita baca baiah UMNO ataupun sebenarnya lebih tepat kalau dikatakan sbg ikrar.

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.”

Tujuan penulis membuat sedikit perincian baiah antara UMNO dan Pas ni sbbnya supaya hangpa semua dapat membezakan antara keduanya.

Bukan apa, ada suara sumbang yg kata UMNO tiru Pas dlm bab baiah ni, sedangkan hakikatnya tiru atau tidak, kedua-duanya berbeza isi dan maksudnya.

Ikrar ataupun baiah UMNO bersifat umum utk menggalakkan ahli & pemimpinnya setia pada parti namun jika dilanggar tidak pulak menyebabkan isteri sesiapa menjadi mangsa atau menambahkan bilangan janda.

Baiah Pas pulak memperalatkan lafaz taklik talak 3 demi memastikan wakil rakyatnya setia buta tuli pada parti dgn balasan melanggar sumpah baiah tersebut ialah automatik isteri wakil rakyat akan jadi janda dan terputus hubungan suami isteri dunia dan akhirat.

Jadi hangpa pandai-pandailah pilih parti mana yg baik utk hangpa dan takyah lah duk pilih yg membawa mudarat pd ikatan kekeluargaan orang Islam.

Politik-politik jugak bai, tapi bini tu jgn pulak duk gadai demi jaminan utk jadi calon bai. Kerja gila namanya tu kalau hangpa letak bini sendiri sebagai bahan taruhan politik parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s