Gendang Perang Untuk Anak Kelate…

Esok, Sabtu bermula jam 10 pagi semua anak-anak Kelate yg berjiwa mulia, sedar dan insaf di seru hadir beramai-ramai ke majlis khas di Stadium Bukit Jalil anjuran Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan.

Ambo sendiri akan turut sama hadir bersama anak bini sebagai tanda sokongan utk perjuangan UMNO mengembalikan semula pemerintahan Kelate yg di rampas oleh Pas sejak 21 tahun lepas.

Untuk rakan2 Kelate yg berjiwa Pas karat hijau pun dijemput hadir sbb majlisnya terbuka utk semua anak Kelate, mana tau kot-kot demo terbuka hati nak tukar kaler darah daripada hijau jadi merah semula, sapa tahu.. dok gitu?

Majlis yg dinamakan sebagai “Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate” bolehlah di anggap sebagai langkah pertama UMNO Kelantan utk menarik seramai mungkin rakyat Kelate di perantauan utk bersatu tenaga & fikiran demi kebaikan negeri Kelantan.

Majlis ni boleh dianggap sebagai paluan gendang perang sebagai persediaan menuju medan PRU 13 nanti. Tambah pulak time Pas duk kucau lana berebut jawatan duk cah keting sana sini ni, molek sangat timing majlis ni di adakan.

Cukuplah 21 tahun duk bawah pemerintahan Nik Aziz yg siang malam tu asyik duk berceramah politik ke hulu hilir sambil memandu merc & pajero besar tu.

Sampai bila kita semua nak tertipu dgn lagak alim kucing Nik Aziz yg jelas bertongkat langit demi kuasa sedangkan masalah air dan peluang kerjaya utk anak negeri sendiri pun tak dapat nak settle.

Balik-balik duk guna isu agama utk tarik sokongan pengundi walhal semuanya  bermotifkan politik kepartian saja, yg senang lenang naik kereta besar sambil kumpul harta duniawi & komisyen balak bukannya kita tapi puak-puak Pas yg duk atas tu jugak.

Pendekkan cerita, meh kita semua pakat hadir ramai-ramai. Kalau rasa diri sendiri dah selesa berMB kan pemimpin Pas, paling tidak, luangkan sedikit waktu demo semua utk hadir atas kapasiti demi masa depan anak cucu kita kelak.

Jom berubah. Ayah ambo & hampir separuh saudara mara ambo boleh tukar kaler darah hijau jadi merah, takkan la demo pulak nak kekal berdarah hijau? Orang yg berdarah hijau ni orang panggil alien bukannya manusia, dok gitu boh?

Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate Sabtu ini

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan terutama sekitar Lembah Klang dijemput menghadiri ‘Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate’ anjuran Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan pada Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, pelbagai acara menarik diatur sepanjang majlis yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula pukul 10 pagi.

Katanya, program yang akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

“Para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh Aswara dan Halim Yazid serta nyanyian oleh penyanyi kelahiran Kelantan, Jay Jay,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, acara lain yang akan diadakan ialah pertandingan tomoi melibatkan petinju tersohor seperti Emi Semerah Padi, Iwan Simpangan, Mat Ropi, Sodok, Tannu, Shangha, Santaya dari Thailand dan Amer Naseri dari Iran.

“Pengunjung juga berpeluang menyaksikan perlawanan tinju kanak-kanak antara Mohd. Shakir Limpet dan Mohd. Kamal Cobra,” jelas kenyataan itu.

Penganjur turut menyediakan cenderamata khas dan cabutan nombor bertuah kepada anak-anak Kelantan yang hadir.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis itu, orang ramai boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-42577009.

Sumber: Utusan Malaysia

 

* Ambo anak Kelate, tapi dlm kebanyakan entry blog ambo suka tulis loghat utara sedikit sebanyak sbb bunyinya macam best walaupun di dunia realiti ambo cuma tahu speaking Kelate. Tapi ada rakan2 dari Pas panggil kawe ‘murtad’ negeri.. hampeh, takde insuran punya mulut demo tu.

2 thoughts on “Gendang Perang Untuk Anak Kelate…

  1. Salam.. Kalu nk ajak oghe kelate jgn lah buruk2kn Tok Guru pulak. Bodoh betul la kau org ni.. Ajaklah dgn penuh keikhlasAn n jgn babitkan tok guru, kmuliaan sseorg BUKAN trletak atas penilaian kita manusia tapi di sisi Allah swt. Anda yg brckp pn blm tentu betul. Apa la u all ni.. Cmne nk tarik mereka2 ini berpaling kpd UMNO sekiranya kata2 anda berbaur busuk hati. Saya org UMNO pn xsuka cara anda tu.. Apa lg mereka yg mmg dah xsukakn UMNO. U all kne fhm.. Diaorg tu bkn sukakn politik PAS tapi diaorg sukakn kperibadian Tok Guru yg berkali ganda bagus kalu nk dibandingkan dgn pemimpin2 UMNO. Saya org Kelate yg amat kenal Tok Guru tu.. Kalu anda berpluang dpt kenal dgn beliau directly.. Msti anda baru sedar n kagum kemuliaan n kesederhanaan beliau yg cukup mrendah diri. TAPI saya masih setia dgn corak politik UMNO yg saya cukup yakin.. TAPI org2 sperti anda ni lah yg merosakkn hati keislaman pd mereka2 yg cerdik pandai n tahu ilmu keugamaan. Politik jgn adukkan nilai2 busuk hati.. Wassallam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s