Bebal Seorang Tony…

Ada saja tektik jahat DAP utk memusnahkan atau setidak-tidaknya mencalarkan imej Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Kalau kita fikir seimbas lalu tentu tertanya apasal beria-ia betul Tony Pua, DAP & PKR menyerang sedemikian rupa KR1M sedangkan kehadiran KR1M hanya baru di beberapa area saja beroperasi.

Tapi jika kita fikir lebih ke depan, fahamlah kita tujuan Tony, DAP & PKR adalah lebih kepada kebimbangan mereka akan kehilangan undi yg besar dari kalangan masyarakat yg kian hari kian menyenangi kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Lagi pulak tu, sebelum ni pun ada desas desus komplot segelintir pihak yg mahu mewujudkan suasana panik di kalngan pengguna apabila harga barangan dinaikkan sewenang-wenangnya bertujuan menimbulkan rasa kurang senang rakyat terhadap kerajaan BN.

Jadinya kehadiran kedai KR1M sedikit sebanyak mampu membantutkan perancangan jahat segelintir pihak yg berniat jahat walaupun KR1M belum menyeluruh kewujudannya namun kesannya seakan dirasakan oleh pihak-pihak yg berniat serong tu.

Tony Pua ni kerjanya dulu hingga sekarang adalah sama asyik mempertikaikan apa saja yg bermanfaat utk rakyat & negara. Itu namanya tugas bebal yg dah sebati dgn pembangkang Malaysia, bangkang apa saja tak kira baik atau buruk yg penting bangkang.

Dah puas Tony Pua menyerang kelengkapan & perbelanjaan pertahanan negara hingga hampir mendedahkan kerahsiaan persenjataan negara sekarang dia tumpu pulak usaha utk jatuhkan imej kedai rakyat.

Itu hari Tony & Nurul izzah duk bawak sampel beberapa barangan KR1M yg kata depa lebih mahal berbanding harga barangan carrefour. Walhal yg dia duk bandingkan tu kuantiti berat barangan adalah berbeza.

Misalnya harga pencuci pinggan KR1M yg berat 400gram dibandingkan dgn harga pencuci carefour yg beratnya 350gram. Tak ke bebal namanya tu. Kenapa tak bandingkan harga bend tu yg memiliki berat yg sama? Sebabnya mudah, barangan sama dgn berat yg sama di carefour lebih mahal berbanding barangan KR1M.

Daripada 23 product yg Tony Pua, Nurul Izah, DAP & PKR pertikaikan hanya satu saja barangan yg Tony bernasib baik umpama kena loteri ialah sos tiram yg mengandungi protein yg lebih rendah berbanding yg ditetapkan oleh standard biasa apabila 2 produk sos tiram tu hanya mengandungi 0.8 dan 1.0% saja protein berbanding 2.5% protein yg dikehendaki.

Kementerian Kesihatan telah mengambil 27 sampel produk daripada kedai KR1M dan hanya produk sos tiram ni saja ditarik balik oleh kerajaan manakala baki 26 product lain yg di uji disahkan takde masalah.

Yang heran tu depa puak lahabau pembangkang ni hanya berminat utk bandingkan harga produk KR1M yg bersifat mini market dengan harga produk supermarket.

Beria betui duk attack KR1M hinggakan kuantiti gram produk pun depa main sebat saja utk perbandingan. Gila ka apa. Kenapa produk Tesco, Carrefour dan Giant yg jugak murah daripada brand utama yg lain depa tak pi attack?

Sebabnya mudah, kedai KR1M impaknya besar terhadap taikon-taikon supermarket dan taikon lain yg mengawal pasaran barangan harian. Jika tiba masanya kedai KR1M semakin berkembang confirm banyak customers akan lari drpd kawalan taikon-taikon yg selama ini cuba mengawal bekalan harian rakyat.

Di bawah ni ada beberapa perbandingan antara produk KR1M dgn beberapa produk yg diusung ke hulu ke hilir oleh Nurul Izzah anak papa dan Tony Pua tu utk kita nilaikan sendiri betapa bebalnya seorang Tony.

Tu antara beberapa perbandingan yg telah buat oleh bloggers UMB, kalau nak detail lagi boleh pi blog DoubleY (YuseriYusof.Blogspot.Com)

Tapi sebelum hangpa pi lawat blog shabat tu, hangpa fikir sejenak satu perkara. Base pd beberapa gambar atas tu, hangpa faham ka apa mainan jahat yg cuba Tony Pua, Dap & nurul izah serta PKR cuba lakukan apabila membuat perbandingan barangan KR1M dgn produk lain yg berbeza kuantiti & kandungan dalamnya?

Nampak tak di situ mainan kotor Tony Pua & Nurul Izzah jelas busuk membusukkan  kerana takut pada jenama 1Malaysia yg kian popular dan bakal menghakis penguasaan taikon-taikon ekonomi yg berselindung di belakang DAP jadi depa cari jalan utk kotorkan imej dgn berusaha mencari, mencipta atau memaparkan apa saja kelemahan jika ada pd projek kedai rakyat KR1M.

Baik KR1M atau kerajaan tiada masalah utk perbaiki kelemahan yg ada pada kedai rakyat KR1M, namun apabila pembngkang bebal seperti Tony, Nurul Izzah, DAP & PKR cuba bermain silap mata membuat perbandingan budus, wajib bagi kita berhati-hati dgn keparat-keparat tu semua agar kita tak tertipu dgn agenda busuk depa tu.

Kerja depa siang malam bangkang, bangkang dan berdemo. Itu sajalah yg depa mampu buat, nak harapkan kerjabuat bantu rakyat jangan mimpilah. Puak pembangkang macam PKR, DAP dan Pas ni hanya keluar musim pilihanraya itupun sekadar menjalankan rutin harian yg depa cukup suka yakni berceramah sambil usung ucang atau tin milo ataupun berdemo sambil baring atas jalan, lebih daripada tu takyah duk berharap la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s