Mati Kerana Bola, Bakar Kaunter Demi Bola…

Dulu famous satu ungkapan lagu,… tidur bola, mandi bola, makan bola… Skang ungkapan keramat tu perlu di tambah lagi sbg manifestasi kegilaan sesetengah peminat sukan bolasepak.

Tidur bola, mandi bola, makan bola, mati kerana bola dan kaunter dibakar demi bola.

Pendek kata semuanya bola, kalau boleh time nak memerut pun bersama bola. Gila bola menyebabkan manusia yg iseng tidak mempedulikan lagi nyawa orang lain yg penting bagi si iseng hajatnya tercapai.

Gitulah yg terjadi di Indonesia tatkala depa berpusu-pusu utk membeli tiket perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea yg membabitkan Malaysia menentang Indonesia petang semalam, dek kerana kehabisan tiket depa pi bakar kaunter.

Nasib baik takde petugas kaunter yg mati katak, silap haribulan kalau depa dapat tangkap petugas kaunter tu agaknya mahu kena pancung kepala petugas tu.

 

Tapi kita nak kutuk lebih-lebih pun takleh jugak sbbnya peminat sukan di negara kitapun ada segelintirnya yg 2 x 5 sama naik dgn penyokong bolasepak Indonesia.

Misalnya di Kelantan setahun dulu ada kes bakar membakar jugak di sekitar area Stadium Sultan Muhammad ke-IV, tapi bukanlah sebab tiket abis sebaliknya disebabkan kalah perlawanan. Ranap jugaklah sebijik dua trak polis.

Gitulah manusia bila sukar mengawal perasaan & hilang pedoman, depa dah tak kira soal sabar dan moraliti yg penting dapat melepaskan apa yg terbuku kemudian balik rumah tidur, esok bangun kembali normal.

Mujurlah kita rakyat Malaysia majoritinya tak seperti penyokong Indonesia dan tak jugak menggemari peel perangai segelintir penyokong bolasepak tanahair yg cepat panas baran.

Kalau tak naya dibuatnya, pantang ada perlawanan bolasepak ada saja acara bakar membakar, jenuhlah anggota bomba kena buat kerja part time siang malam semata-mata utk memadamkan kebakaran sana sini.

JAKARTA, KOMPAS.com — Dua orang dipastikan meninggal dunia saat desak-desakan suporter di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta, Senin (21/11/2011) malam. Kedua korban berkelamin laki-laki telah dibawa ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo.

Salah satu korban bernama Reno Alvino (21), warga Cililitan, Jakarta Timur. Reno Alvino adalahadditional player band DOT yang dibentuk dua bersaudara Ezza Yayang dan Adam Yayang. Di band tersebut, Reno biasa bermain sebagai drummer. Sementara satu korban lainnya belum diketahui identitasnya. Keduanya meninggal saat terjadi kericuhan di sektor 7 sekitar pukul 19.00.

“Kita datang rombongan. Semua pegang tiket. Yang enggak punya maksa masuk jadi dorong-dorongan, jatuh, misah. Dan dengar-dengar, saya cari enggak ada. Tahu-tahu ada dua korban pas desak-desakan. Saya cek ternyata Reno. Dia udah enggak ada,” kata saudara sepupu Reno, Helmi (25), kepada Kompas.com.

Berita lanjut klik sini

 

Apapun tahniah utk pasukan Malaysia kerana berjaya mengekang serangan bertali arus Indonesia hingga memaksa perlawan dilanjutkan ke masa tambahan yg kemudiannya menyaksikan tendangan penalti memihak kpd kita.

Mantap betui Apek, mana-mana penyokong bolasepak yg sukar kawal panas baran tu elok follow cara Apek yg sentiasa tenang walaupun di asak pelbagai cubaan berbahaya Indonesia. Cool gitu.

Tahniah jugak utk penyokong Malaysia yg berani menyabung nyawa menonton perlawanan tersebut di Stadium Gelora Bung Karno, bukan calang-calang tu dgn selamber mengisi ruang stadium yg dikelilingi oleh puluhan ribu penyokong fanatik & spastik Indonesia, harap-harap semua mereka selamat kembali ke tempat masing2.

22 NOV 2011: TERIMA KASIH… sebahagian kecil penyokong Malaysia yang setia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA diantara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. – Utusan/IZHAM JAAFAR

 

* Ingatkan sejak zaman reformasi di Indonesia akhir 90-an dulu tu, depa akan jadi makin cerdik rupanya kian parah, sama kronik dgn segelintir penyokong Pas yg suka bawak bendera ke stadium. ha..ha..

One thought on “Mati Kerana Bola, Bakar Kaunter Demi Bola…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s