Tiada Hudud Jika Pakatan Rakyat Memerintah – Anwar…

Akhirnya tembelang Pas pecah, selepas lebih 2 dekad Pas mempolitikkan hudud ke hulu ke hilir hari ni tak semena-mena Anwar terlepas cakap bahawa hudud takkan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Malaysia.

Sebetulnya dah lama kita tahu, isu hudud hanyalah umpan politik dan modal kepartian Pas utk mencari pengaruh saja.

Pas boleh bercakap apa saja namun hakikatnya yg akan memegang teraju pemerintahan negara sekiranya PR ditakdirkan memerintah ialah Anwar & PR, bukannya Pas. Pas hanya akan jadik kain buruk yg melukut tepi gantang sambil mendendangkan lagu-lagu merdu pasal Islam saja.

Lagi pulak hudud Pas yg di bawak ke hulu ke hilir siang malam oleh penceramah & pemimpin Pas tu bukannya Hudud Allah s.w.t.

Dalam hudud pas depa hanya menghadkan kepada orang Islam saja, sedangkan Hudud Allah s.w.t merangkumi seluruh manusia atas muka bumi ini tanpa mengira Islam atau tidak.

Malah Hadi Awang sendiri pada tahun 2002 pernah tersasul mengakui, Hudud Allah s.w.t tu meliputi semua orang muslim & bukan muslim.

 “when the time comes, the hudud and qisas law will be extended to all non-Muslims” | “Apabila tiba masanya, Hukum Hudud & Qisas akan merangkumi semua Bukan Islam”. (Presiden Pas, Hadi Awang / 07 Julai 2002 / Debate Shariah Criminal Offences / Terengganu / Siaran The Star 09 Julai 2002)

Namun walaupun pengakuan Hadi Awang tu yg sekaligus bertentangan dgn isi kandungan hudud Pas yg hanya menghadkan hukumannya terhadap muslim saja, hingga hari ini masih ramai pemimpin & penyokong Pas membawa hujah hudud hanya utk muslim saja.

Bukan sedikit cemuhan & tuduhan liar yg mereka lemparkan terhadap UMNO dan pemimpinnya bilamana Pas gagal melaksanakan hudud Pas di Kelantan dan Terengganu.

Tapi, itu dulu la. Sekarang ni mereka terpaksa bersilat pula mencari dalil baru utk menghalalkan kata-kata Anwar Ibrahim pulak yg jelas mengakui hudud bukannya agenda Pakatan Rakyat.

Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

NONESemasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

“Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan ‘tricky’. Jika anda menjawab ‘tidak’, maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab ‘ya’, maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi ‘Anwar sokong undang-undang hudud’,” katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).

NONEAnwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.
Sumber: Malaysiakini  / Print Screen

Sebetulnya isu hudud ni bukannya sekadar semudah berjanji sebagaimana Pas mudah menabur janji berkenaannya. Perlaksanaannya tak semudah Pas menjual temberang bahawa hudud akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.

Jawapan terbaik utk isu hudud sebenarnya telahpun diungkapkan oleh seorang wakil rakyat Pas yakni YB pas Kuala selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad.

Cabaran kepada umat hari ini, adalah untuk mengetahui bahawa dalam konteks negara kita ini tuan-tuan, kita tidak akan dapat melaksanakan Islam seperti mana yang kita hajati walaupun kita iktiqadkan pada setiap Muslim saya jamin semua mahu menyaksikan Islam itu terlaksana syamil mutakamil sempurna lengkap.

Tak ada siapa pun saya ingat, tak kiralah dia daripada mana-mana pegangan, fahaman politik pun. Saya ingat semualah. Saya nak ambil begitulah. Saya nak ambil husnu zhon. Saya nak buat satu andaian bahawa orang Islam mahukan Islam itu terlaksana. Begitu mudah. Saya berpandangan begitu. Waqi’nya wallahualam.

Saya menganggap semua orang Islam mahukan Islam itu kekuasaan padanya untuk paling tidaknya orang Islam melaksanakan Islam secara sempurna, secara menyeluruh.

Namun tuan-tuan, kita berdepan dengan waqi’ yang lain. Banyak ni dah waqi’ saya bercerita tentang waqi’ malam ni. Waqi’nya negara kita ini adalah bukan 100% orang Muslim. Orang Islam…Melayu Islam.

Ia bukan seperti Indonesia, ia bukan seperti Pakistan, dan juga tidak negara-negara timur tengah. Timur tengah dan Pakistan itu sendiri tidak dapat melaksanakan Islam yang dilaksanakan Islam dan syariat itu.

Apatah lagi negara yang punya demografi, punya kependudukan yang hanya pecahannya 60-40 dan sistemnya untuk perlaksanaan fiqhu tatbiq bukannya kalau hendak dilaksanakan boleh dilaksanakan. Tidak. Kalau mahu dilaksanakan ianya mesti melalui proses…legislative process.

Di mana? Di Dewan Rakyat. Di Dewan Negara.

Dr. Dzulkifli Ahmad, YB PAS utk Parlimen Kuala Selangor / 20 Nov 2010 / Surau An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

Pas mengetahui hakikat perlaksanaan Hudud Allah s.w.t di Malaysia agak rumit kerana faktor masyarakat kita yg bersifat majmuk dan sistem pemerintahan yg berasaskan parlimen.

Tapi, walaupun memahami faktor tersebut, Pas masih lagi sedaya upaya menjual hukum hakam agama demi sesuap nasik mencari kuasa duniawi walaupun tahu hakikatnya jika takdir PR memerintahpun hudud tetap takkan terlaksana.

Kecualilah Pas berani menongkah arus menentang DAP & Anwar, membawa usul Hudud utk dibahaskan dalam parlimen, dan Pas takkan lakukannya.

Pendirian UMNO dalam isu Hudud adalah sama seperti pandangan Dr Zulkifli, bezanya UMNO berterus terang ketidakmampuannya berdasarkan faktor realiti namun di masa yg sama UMNO menggunakan segala ruang kuasa yg ada utk tambahbaik & naiktaraf Undang-undang Syariah bersandarkan peruntukkkan perlembagaan dalam Perkara 3, 4 dan 11.

Manakala Pas pula lebih selesa meneruskan propaganda isu hudud sekadar utk mencari undi politik kepartian & sebagai umpan semata-mata sesuai dgn sikap Pas yg banyak bercakap & beretorik 24/7.

Hakikatnya, tiada orang Islam yg menolak Hudud Allah s.w.t baik yg menyokong UMNO, Pas atau PKR namun sebagaimana Rukun Islam yg ke-5 yakni kita umat Islam disyariatkan menunaikan Haji di Makkah, namun bilamana wujud ketidakmampuan utk melaksanakannya atas pelbagai faktor, tidak jatuh hukum kafir atau haram pada seseorang muslim tu.

 

Bercita-cita utk melaksanakan hudud sebagaimana kita bercita-cita utk menunaikan fardhu Haji di Makkah amatlah bagus, namun bila cita-cita itu kita gembar gemburkan utk mencari nama, populariti & sebagai umpan kepentingan politik kepartian dikhuatiri dosa pulak yg kita dapat kerana mempermainkan agama utk kepentingan diri sendiri.

One thought on “Tiada Hudud Jika Pakatan Rakyat Memerintah – Anwar…

  1. Pingback: Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s