Tentera & Unit Khas Mengawal Mekah & Madinah…

Selalu kita dengar orang kata, Kota Suci Mekah & Madinah sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Kenyataan tu betul sebagaimana kenyataan yg menyebut kitab suci Al-Quran akan sentiasa terjaga kesuciannya.

Namun, dalam pada kita yakin dgn penjagaan & lindungan Allah s.w.t, tidaklah pulak kita digalakkan berdiam diri berpeluk tubuh tanpa mengambil walau sedikit langkah pre-caution utk keselamatan Kota Suci Mekah & Madinah.

Sejarah merekodkan Kota Suci Mekah & Madinah pernah mengalami beberapa peristiwa besar antaranya percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w, serbuan bersenjata oleh pengikut Al-mahdi palsu pada tahun 1979, pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan Iran pada 1987 dgn anggota keselamatan Saudi, tragedi maut dalam terowong di Mina dalam tahun 1990 dan beberapa kejadian lain.

Jadinya bila kita membaca berita atau melihat gambar-gambar persediaan Arab Saudi yg menggerakkan hampir 30,000 anggota tentera, pengawal keselamatan & lain-lain janganlah kita menganggap pemerintah Arab Saudi tidak yakin dgn kekuasaan & perlindungan Allah s.w.t.

Kali ini kita akan melihat beberapa koleksi photo persediaan Arab Saudi sepanjang musim haji tahun 2011 ni disamping beberapa photo yg lain.

Pasukan Khas Arab Saudi sewaktu  melakukan latihan kawad bersenjata.

Antara anggota tentera yg terlibat dalam menjaga keselamatan Mekah & Madinah

Unit-unit tentera Arab Saudi yg terlibat mengawal penjuru Mekah & Madinah daripada sebarang ancaman yg mungkin berlaku

Pasukan Sniper Arab Saudi sedang melakukan pemerhatian & kawalan keselamatan jemaah haji di sekitar Kota Suci Mekah

Unit anti pengganas Arab Saudi dalam keadaan bersedia bersama kelengkapan pelancar roket & mesingun.

Langkah keselamatan menghadapi tumpahan bahan kimia & ancaman berkaitan

Kemudahan ambulance utk kes-kes kecemasan

Kenderaan pickup khas berkemungkinan utk bantuan aliran udara sekiranya berlaku kesesakan di dalam terowong

Sebahagian anggota perubatan Arab Saudi

Ok, itu dulu beberapa photo yg sempat dipaparkan utk tatapan semua. Ada banyak lagi sebenarnya, hangpa boleh try pi AlRiyadh.com utk ikuti lebih dekat segala macam aneka photo.

2 thoughts on “Tentera & Unit Khas Mengawal Mekah & Madinah…

  1. Allah dan Rasul memberi jaminan bahawa Mekah dan Madinah tidak akan dimasuki oleh Dajjal sehingga hari kiamat, namun dalam satu hadis menyatakan diakhir zaman Mekkah akan cuba diserang namun Allah tetap melindunginya. Hanya puak-puak dan barua Yahudi dan khawarij jer tak senang dengan kawalan ketat di rumah Allah tu. Sebenarnya puak tu jelous sebab raja wali nasi bungkus mereka tak dapat layanan yang sama.

    Nuar bila hang nak pi haji kat Mekkah, ramai nak sponsor ni.

  2. Ekspresi Minda Anak Muda tertipu dengan keduniaaaannnn……….jangan nilai pada satu pihak sahaja…..perhatikan… demi masa depam anak cucu kamu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s