Seksualiti Merdeka: Hormati Gay Yang Tertindas?…

Parah… memang parah dah golongan liberal di negara kita ni.

Sejak berlakunya tsunami politik dalam PRU 2008 lepas nampak macam kian ramai golongan liberal & pejuang hak kebabasan berani menonjolkan diri depa secara terbuka.

Depa ni samaada golongan politikus, NGO mahupun orang perseorangan seakan nampak ‘sinar kebebasan’ yg selama ni depa terkongkong dgn dasar kerajaan yg sedikit tertutup dalam bab kebebasan tertentu.

Macam yg kita semua maklum, program Seksualiti Merdeka 2011 dah pun diharamkan oleh polis. Ni kalau polis dan kerajaan lambat bertindak alamatnya tahun ni akan jadi tahun ke-4 puak gay, lesbian, traseksual dan biseksual berpesta.

Kalau pi tengok depa punya web, slogan depa memang menakutkan para jantan sejati & pompuan solehah kalau takpun mungkin menghairahkan seorang perogol kambing di kelantan ataupun mamat diva yg suka berbaju pompuan.

“All Malaysian Have The Right To Live and Love Without Fear” atau dalam bahasa Melayu yg di translate secara ringkasnya bermaksud “Semua rakyat Malaysia berhak untuk menjalani kehidupan & berkasih sayang tanpa ketakutan”.

Peh.. bunyi tu macam demokratik sungguh slogan tu, bebas dan memenuhi ciri-ciri demokrasi gitu. Tapi hakikatnya depa bukan nak bebas utk bersuara sebagai manusia normal atau bersandarkan nilai-nilai ketimuran.

Geng-geng Seksualiti Merdeka ni depa duk perjuangkan golongan LGBTIQ ataupun gabungan pelbagai spesis terencat yg dulu dah hampir pupus tapi kini semenjak pasca PRU 12 tahun 2008 ianya kembali merebak selepas masuk zaman kebangkitan liberalisasi & kebebasan tanpa batasan.

LGBTIQ tu merujuk pada Lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan queer.

Salah satu kempen sempenan Seksualiti Merdeka 2009.

Depa nak bebas mengikut fahaman depa sendiri & mengikut naluri perasaan depa tanpa rasa takut dikenakan tindakan atau dipandang jijik oleh masyarakat.

Puak lesbian nak hidup berpasangan berumahtangga tanpa gangguan undang-undang & cemuhan masyarakat.

Puak gay pulak nak hidup aman permai jantan sama jantan ataupun bermain pedang sesama sendiri tanpa tindakan tegas penguatkuasa mahupun dipandang serong oleh khalayak umum.

Yang selera sebesar bas macam papa doll nakkan kebebasan balun jantan betina tanpa sekatan, pendekkata pedang nak berlaga pedang boleh, pedang nak masuk sarung pun boleh. Gila aaa..

Manakala yg jantan bapuk ataupun betina pengkid pula nakkan kebebasan bertukar jantina ikut naluri kebetinaan atau kejantanan masing-masing tanpa perlu bersusah payah naik turun mahkamah.

Cuma yg interseks ni aku tak tahu jenis spesis apakah ia. Mungkin internasional seks kot. Hentam sajalah labu. Kalau queer tu berkemungkinan individu yg ada 2 alat kelamin, tolong betuikan kalau aku silap.

Tahun 2008 firts time depa anjur program mengarut ni pada 29 Ogos 2008 diikuti 12 Ogos hingga 16 Ogos tahun 2009 dan yg ketiga dilakukan pada 03 hingga 17 Oktober 2010.

Berikut adalah petikan matlamat Seksualiti Merdeka;-

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti.

Kami menggunakan istilah ‘Seksualiti Merdeka’ untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka.

Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Sapa-sapa yg waras tahu benda ni semua mengarut dan melanggar norna-norma kehidupan. Rasanya takde agama atas muka bumi ni yg menghalalkan mana-mana golongan di atas, tapi tak tahulah kot ada.

Ada kurang-kurang 2 nama ‘besar’ yg menjadi penyokong kuat LGBTIQ ni. Sorang nama Ambiga dan sorang nama Marina.

Ambiga tu bekas Presiden Majlis Peguam sesi 2997-2009 merangkap Pengerusi Bersih 2.0 manakala Marina ni pulak anak pompuan Tun Mahathir Mohammad merangkap salah seorang penyokong Bersih 2007 & Bersih 2.0.

Penglibatan Ambiga diketahui memang serasi dgn pendiriannya yg sejak dulu lagi condong ke arah pembangkan selain lantang memperjuangkan hak kebebasan mengikut fahaman pembangkang.

Cuma penglibatan Marina ni agak emncemar imej Tun Dr. Mahathir walau diketahui selama nipun banyak tingkah laku Marina yg bertentangan dgn aspirasi Tun Mahathir.

Ada segelintir rakan bloggers UMNO diketahui agak ralat sikit utk mengkritik Marina atas sebab menghormati Tun Mahathir walaupun hakikatnya dalam kes Marina & pendirian peliknya itu tidak pernah mendapat dorongan atau sokongan ayahnya itu.

Kalau kita tengok berita buletin utama TV3 tadi pun nampak sangat macam Marina ni macam naik toncang berani mencabar wartawan supaya berdepan dengannya. (source transkrip: APA)

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda. Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden”.

***

“For the struggle, ask me. I have been defending the LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender) community’s rights for over 20 years now. In fact, I defend the rights of all who have been discriminated against, the poor and everyone else. So if there is any discrimination or violence against anyone, I will continue to defend their rights. That’s it. Do you understand?” (source: Seksualiti Merdeka Blog)

Manakala Ambiga pula barangkali mendapat semangat dukungan drpd Marina bunyinya agak keras sewaktu diwawancara oleh wartawan. (source transkrip: Cetusan Kenyalang)

“You have been calling this perancangan seks bebas. You know it’s not true. I challenge you to carry everything I say and I assure you will be hearing from my lawyers on this issue.
I warn you to carry every beat of this pita, kalau tidak you will be hearing from our lawyer. Now that is one thing. The manner in which this issue has been reported  is irresponsible.
You are lying in to the rakyat. Why? Have we no shame in this country that you want to bully a community that is already facing presecution, what’s that mean? What that make us all we are saying is show some caring as to what this community is going through.

(Kamu telah menamakan perhimpunan ini sebagai perancangan seks bebas tapi kamu tahu ia tidak benar. Dan saya mencabar kamu untuk membawa apa yang saya kata dan saya akan pastikan kamu akan berdepan dengan peguam saya berkenaan isu ini.

Saya mahu kamu menyiarkan semua dalam pita ini kalau tidak kamu akan berdepan peguam saya. Itu satu perkara.

Isu ini dilaporkan secara tidak bertanggungjawab dan kamu menipu rakyat. Kenapa? Adakah kita tak malu dalam negara ini untuk membuli golongan yang sememangnya sudah ditindas. Apakah maksud semua ini? Apa yang kami katakan, tunjukkan keprihatinan terhadap apa yang dilalui oleh golongan ini.)

Nampak sangat fahaman kedua-duanya melampaui norma kehidupan, kebaratan sangat bunyinya.

Ntah kot mana wujudnya hak utk golongan LBGTIQ ni? Semua manusia memang berhak utk hidup aman permai namun sebarang aktiviti kehidupan depa ada pulak batasnya.

Tambah-tambah kalau bab utk depa hidup berpasangan dan buat benda tak senonoh yg di luar tabie seorang Islam dan sebagai manusia normal tentu sekali no way.

Dan penentangan khalayak ramai terhadap program Seksualiti Merdeka ni jelas kerana membantah sebarang cubaan menghalalkan kewujudan atau aktiviti tak senonoh sesama jenis ataupun berlainan jenis.

Andai kata matlamat program tu bertujuan utk mendidik dan mengembalik golongan LBGTIB ke pangkal jalan, tiada orang yg membantahnya sebaliknya ramai yg akan menghulur tangan membantu.

Namun bila kita baca pd matlamat program Seksualiti tu di website mereka, nampaknya ada tujuan lain disebalik penganjuran tersebut dan PDRM telah mengambil tindakan yg betul bila mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 tu.

 

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini menambah, jika ada penganut agama tertentu yang rasa itu tidak salah untuk kelompok agama mereka, terpulang kepada pihak berkenaan untuk menerima amalan sedemikian.

Namun kempen terbuka ke arah kerosakan umum patut dibantah, kata beliau lagi.

“ada bezanya antara kesalahan atau dosa seseorang, individu dengan kempen ke arah dosa, jika ini satu kempen, maka memang patut dibantah secara tegas,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, jika mahu mereka boleh mengadakan “bengkel harian” sebagai terapi psikologi untuk golongan tersebut.

“Di samping memberi ruang mereka meluahkan masalah diberikan juga jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk agama”.

“Namun justifikasi untuk melebarkan atau meneruskan aktiviti tersebut tidak boleh dibenarkan,” kata ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini.

Oleh itu tambah beliau, mana-mana parti politik yang bersekongkol bererti mereka tidak layak menjadi kerajaan untuk sebuah negara bernama Malaysia.

“Di sini kejelasan pendirian perlu dinyatakan,” katanya. – (Pandangan oleh Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s