Papazola Di Liwat Raksasa Tidur…

Peh.. panas.. hot semacam sehari dua ni perihal meliwat & kegiatan pelacuran oleh satu dua pihak yg mempunyai hubungan rapat dgn VIP.

Ni kira macam modus operandi bapak ayam yg menikmati kesenangan di atas penat lelah pengorbanan orang lain la.

Tapi jangan salah faham, perihal bapak ayam & meliwat dan pelacuran tu hanyalah perumpamaan bagi menggambarkan keadaan rumit yg menimpa ramai bloggers skang ni.

Ceritanya bermula bila ada 2, 3 kerat haprak yg mengambil kesempatan mendapatkan fund konon utk membantu golongan bloggers pro UMNO dari segi perolehan gadget dan juga sedikit elaun.

Alih-alih bila fund betui2 dapat, sikit haram pun takde sorang pun bloggers yg namanya dijual tu dapat merasa isi atau kuahnya.

Cuma agak ralat skit sbb tak sangka gejala memanipulasi kumpulan bloggers ni dah berjangkit ke pihak UMNO.

Macamana la gejala buruk ni yg sejak hampir dua tahun lalu hanya berligar sekitar kumpulan bloggers Pas dan PKR akhirnya boleh merebak kena pada sekumpulan top bloggers UMNO.

Kalau dulu kita selalu dengar ramai blogggers Pas dan PKR berpatah arang bilamana fund yg turun dari langit hanya dinikmati oleh sekumpulan kecil bloggers yg rapat dgn pimpinan tertentu, kini menda tu merebak macam jangkitan H1N1 pulak.

Patutnya kalau betui nak bela nasib dan membantu perjuangan para bloggers di alam maya ni, pihak yg berlagak macam bapak ayam tu elok ambik iktibar apa yg terjadi pada geng bloggers PR sebelum ni.

Ini skang yg berlaku hangpa yg duk jual nama bloggers ni bukannya nak membantu tapi duk lacurkan nama orang lain utk fulus. Time ramai bloggers top duk berdikit-dikit meluaskan pengaruh di alam siber, hangpa duk senyap menikus sembunyi belakang kereta, bila nama bloggers ramai yg top hangpa guna nama depa utk meraih kesenangan.

Memang sebijik cara macam yg dilakukan satu dua kumpulan bloggers PR yg mengcekik darah dan keringat atas susah payah bloggers PR lain.

Tapi itulah, dalam perjuangan ni banyak betui dugaan, cuma semangat sajalah yg mampu membantu depa yg tertinda dan dilacurkan tu.

Cuma harapnya, janganlah pulak disebabkan kecewa dgn manipulasi oleh pihak yg berkepentingan tu sampai ada kalangan bloggers pro UMNO mengambil langkah sama seperti beberapa bloggers PR yg mengambil tindakan menyepi diri.

Dalam hal ni, aku nak komen lebih pun rasa macam tak layak sbb menda ni tak melibatkan blog aku (blog aku jauh daripada top), namun beberapa nama bloggers yg terkena tu aku kenal la jugak walaupun tak mendalam.

Berikut dipaparkan petikan luahan hati Papagomo berkait isu ni.

Sebenarnya bukan sahaja mereka yang bekepentingan dalam UMNO yang buat kerja ni malah Agensi Agensi juga ada yang terlibat dalam melacurkan nama nama Blogg. Tugas mereka mudah iaitu dengan Print artikel Blogger dan kemudian Claim bahawa Blogger ini adalah budak budak dibawah jagaannya untuk memudahkan mendapat peruntukkan dan sebagainya.

Itu belum masuk lagi dengan mereka yang kononya kawan baik dengan Blogger, Ajak jumpa para Blogger dan kemudian sembang makan minum. Then ambil lah gambar dengan kami sekeping dua dan esok maklum pada Boss depa bahawa si Gampang tu dah jumpa dengan Blogger dan goreng mana yang patut untuk Boss depa bagi peruntukkan mana yang patut.

Lagi jahanam bila ada rakan Blogger yang telah dibusukkan nama oleh pegawai agensi sendiri kononya menerima habuan bulanan. Punyalah bagsat pegawai tu sampaikan ada rakan Blogger yang tehasut dek mainan bangsat pegawai Agensi. Gomo penah kena hal ni dan terbaru rakan blogger Pineng Pisau.Net yang dibusukkan dengan menyatakan beliau telah menerima habuan bulanan walhalkan belia tidak menerima apa apa imbuhan.

Bila Gomo menyatakan untuk berehat sementara dari berblogg mengenai politik ramai yang bantah kerana merasakan Gomo tewas sebelum berjuang. Ya betul kata mereka kerana mereka tidak faham bahawa sebelum PRU 13 lagi Blogger tidak dihargai oleh BN UMNO apatahlagi bila sudah menang Pilihanraya kelak? Akan dihargai?

Kalau sekarang ini pun berlumba lumba mereka yang Gila Wang menjual nama nama Blogg apatah lagi selepas PRU 13? Sudah tentu lebih ramai yang akan hantar Bill Claim kata mintak Bonus dan sebagainya walhalkan kami empunya Blogg pun tidak mengetahuinya.

Ramai tidak tahu apa yang kami para Blogger buat, dan Gomo nak nyatakan disini bahawa kami para Blogger Otai terutamanya selalu berjumpa seminggu sekali dalam merangka perang untuk menentang pakatan Pembagkang. Kami tidak ada Tuan ataupun Boss dalam dunia Blogger kami. Sesiapa pun boleh campur ataupun berjumpa dengan kami tetapi kami tak Rela untuk dilacurkan sebagi Pelacur Blogg.

Sumber: PapaZola aka PapaGomo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s