Penyokong Bekas Timbalan Presiden Pas Berpaling Tadah…

Dalam Muktamar Pas yg lepas kita semua telah menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah Pas (selepas memperkenalkan slogan ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’), akhirnya tokoh yg dikatakan sebagai ‘ulamak’ kecundang di kaki seorang penglipulara.

Untuk pertama kalinya jugak dalam sejarah Pas, 2 orang tokoh ‘ulamak Pas’ tumbang serentak sujud menyembah bumi selepas terkena badi kebangkitan semangat menolak kepimpinan ‘ulamak’ dikalangan ahli & perwakilan Pas.

Bagi mereka yg mengikut sejarah jatuh bangun parti Pas perkara sebegini tentulah pelik, luar tabie dan menongkah arus kalau tidak pun kita panggil sebagai ‘meliwati’ norma kehidupan.

Mana tidaknya, sejak Pas beralih arah daripada perjuangan nasionalisme Melayu Islam (yg dikembangkan oleh Burhanuddin Al Helmi & Datuk Asri Muda) lanjutan terpengaruh dgn gerakan Revolusi Iran awal tahun 1980-an, sejak itu 3 jawatan utama Pas dipelopori oleh geng-geng ‘ulamak’.

Bermula saat konsep kepimpinan ‘ulamak’ diperkenalkan, Pas kembali dgn method baru dlm usaha mereka utk melemahkan pengaruh UMNO dikalangan muda mudi dan pengundi tua di bandar &  di kampung-kampung tradisional.

Pas bertungkus lumus pagi petang siang malam 24/7 menghambur kata-kata nista dan tuduhan antaranya UMNO menolak ulamak dan UMNO membenci ulamak.

Time tu bukan sedikit orang kampung & anak muda yg memiliki idealisme Islam yg termakan dgn propaganda Pas. Tidak sedikit surau & masjid yg mula dikuasai oleh talibarut Pas yg kemudiannya menjadikan rumah ibadat itu pula sebagai platform mencari undi politik kepartian.

Pun begitu bak kata orang-orang tua “hari ni menuduh orang lain, esok lusa tuduhan tu mencerminkan diri kita pula”. Dan gitulah Pas hari ini, tuduhan yg pernah depa hamburkan pada UMNO kini berbalik kena batang hidung Pas.

Nasharuddin & Tuan Ibrahim Tuan Man dah tercatit dlm sejarah sebagai ‘ulamak Pas’ yg menjadi korban tatkala Pas berusaha menjadi liberal mengejar kuasa duniawi.

Nasharuddin misalnya yg pernah Pas dewakan sebagai ‘ulamak’ muda yg berketrampilan, bervisi dan bakal membawa wajah baru kepimpinan Pas akhirnya menjadi kain buruk melukut tepi gantang. Di hina dan di sepak terajang, di hina dan di herdik seolah bangkai bernyawa.

Tapi Nasharuddin tak keseorangan, selaku bekas Timbalan Presiden merangkap YB Parlimen Bachok, dia pun ada pengaruh jugak, kalau tak banyak ada la sedikit yg boleh menyebabkan Pas tercunggap-cunggap di Kelantan dan Kedah.

257 penyokong Pas Kelantan sertai UMNO

TANAH MERAH 6 Nov. – Seramai 257 penyokong Pas di negeri ini menyertai UMNO selepas kecewa dengan kepimpinan Pas yang didakwa hanya pandai menabur janji tetapi tidak tahu melaksanakannya.

Sebanyak 187 daripada mereka adalah penyokong Pas dari Kampung Bechah Peleting, Pondok Lama dan Banggol Pisang Galadi di sini, yang menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu majlis di Kampung Banggol Pisang Gala di sini malam semalam.

Dalam majlis berasingan, seramai 70 nelayan tradisional pantai di Kuala Kemayan juga mengisytiharkan keluar Pas dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kemasin, Bachok hari ini.

Sementara itu, wakil tiga penduduk kampung terlibat, Kamaruddin Abdullah, 53, berkata, dia bosan dengan tindakan Pas yang hanya bijak berjanji tetapi tidak mengotakannya.

“Sudah 20 tahun saya berada dalam Pas, tetapi semasa menghadapi kesukaran apabila seorang anak terpaksa masuk hospital kerana menghidap leukemia, Pas hanya berkata ‘insya-Allah’.

“Setiap kali saya minta bantuan, jawapan yang sama saya terima. Usia saya pula semakin meningkat dan anak-anak memerlukan pelbagai perkara antaranya persekolahan dan pekerjaan yang Pas tidak dapat sediakan,” katanya.

Zahari Hussin, 37, pula berkata, dia tidak melihat sebarang perubahan di kampungnya sejak Pas memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu kerana masih tiada kemudahan malah sesetengah tempat belum mempunyai lampu jalan.

Sementara itu, Abdullah Ghani, 53, berkata, dia tidak pernah mendapat perhatian sepanjang menjadi ahli parti tersebut kecuali diminta menghadiri ceramah.

Ikmal Hisham semasa berucap pada majlis tersebut berkata, rakyat mampu membawa perubahan sekiranya mereka mengambil keputusan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sementara itu, wakil nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan, Azlan Mamat berkata, mereka akan berusaha menarik lebih ramai nelayan di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin memberi sokongan kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kerajaan Pas Kelantan tidak pernah memberikan bantuan kepada golongan tersebut biarpun rata-rata mereka hidup dalam kemiskinan.

“Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika pilihan raya dan selepas itu tidak lagi nampak muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami.

“Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot serta elaun saraan hidup RM200 setiap bulan dan ia sewajarnya memberi kesedaran kepada semua nelayan untuk tidak lagi memberi kemenangan kepada Pas,” katanya.

Seorang lagi nelayan, Ramli Awang, 45, berkata, hanya kepimpinan UMNO setempat yang gigih menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat sedangkan wakil rakyat Pas seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak pernah menghargai sokongan rakyat sebelum ini.

Katanya, elaun sara hidup bulanan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan amat bernilai kepada semua nelayan Kelantan terutama pada musim tengkujuh.

Sementara itu, Awang Adek berkata, hasil perkhidmatan yang telus dan ikhlas akhirnya menyedarkan penyokong Pas untuk berpihak kepada UMNO kerana mereka sebenarnya turut diabaikan oleh pemimpin Pas terutama ketika mereka benar-benar memerlukan bantuan.

Sumber: Utusan Malaysia

Setakat yg blog ini ketahui, daripada 257 ahli & penyokong Pas yg menyeberang ke kapal UMNO tu, lebihkurang 100 orang merupakan penyokong kuat Nasharudin dari sekitar Bachok & Tanah Merah.

12 orang daripada 257 tu pula adalah bekas ahli & penyokong UMNO yg menyertai Pas ketika gawat zaman reform terlepas kerusi tahun 1998 dan 1999.

26 orang lagi adalah bekas S46 yg menyertai Pas sewaktu kekalutan hubungan Pas & S46 tahun 1996 dulu, manakala selebihnya adalah penyokong biasa Pas.

Cuma yg depa tak cerita dlm tu, ada 8 orang penyokong UMNO yg turut  menyerahkan sekali borang sebagai ahli UMNO. Menda lagu ni la yg selalu bagi peluru pd Pas utk menafikan berita penyokong & ahli depa berpaling tadah menyertai UMNO.

Tapi kot manapun, ini semua bagi aku hanyalah gelombang-gelombang kecil saja pada Pas, start awal tahun depan baru akan bermula gelombang besar bukan saja di Kelantan malah Kedah, Terengganu, Selangor dan Pahang yg pastinya akan membuatkan Pas tenggelam jauh ke dasar laut.

Anggap sajalah apa yg tulis tu sebagai spekulasi dulu sbb menda belum jadi hanya baru info awal saja, tapi sehingga akhir tahun ni memang banyak gelombang kecil yg akan melanda kapal Pas. Sama-sama kita saksikan.

 

* dengarnya ada wakil rakyat tengah pening ayaq laut plan nak turut sama terjun dari kapal, sapa noooi? Bukan Nasha, orang lain. Jgn ada yg salah faham pulak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s