Pakatan Rakyat Nak Buang Ramai Kakitangan kerajaan…

Parah betui cita-cita Pakatan Rakyat (PR) yg telah planning hasrat memecat kakitangan awam tu seperti yg dinyatakan oleh pemimpin DAP pd 31 Oktober 2011 di Johor Bharu beberapa hari lepas.

Sekarang kita ada lebihkurang 1.2 hingga 1.3 juta kakitangan awam dan paling tidak kurang-kurang separuh jugak daripadanya akan tanam jagung di kampung kalau Dap, Pas dan PKR memerintah Malaysia nanti.

Ni belum pun di beri peluang berkuasa tapi dah punya planning jahat. Hangpa baca petikan akhbar Cina, Sin Chew Daily di bawah yg disiarkan pd 01 November 2011 (31 Oktober 2011 siaran online) yg diterjemahkan oleh rakan kita Kritis Online.

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 09
Tarikh: 1 November 2011 (Selasa)
Tajuk: Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Berperingkat-peringkat: Tony Pua Kiam Wee

31hb Johor Bahru – Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakan projek (pengurangan kakitangan awam) itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “Ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan, dan sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang dihadiri oleh Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching, Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, Ketua Pemuda DAP negeri Johor dan Setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012. Atur acara majlis itu diusahakan oleh Setiausaha Penerangan Pemuda DAP negeri Johor, Liau Yu Fei.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Sumber Terjemahan: Kritis Online

 

Terjemahan di atas menyebut sebagai Tony Pua yg berucap manakala berdasarkan translate google chrome yg disebut berucap perkara tersebut ialah Pan Jian Wei.

Ada kemungkinan perbezaan huruf bahasa Cina memungkinkan ada translation yg silap pd nama sebab base pd gambar yg Sin Chew Daily Online siarkan tu memang yg tu gambar Tony Pua.

Siaran berita online Sin Chew Daily pd 31 Oktober 2011

Mahu cecah ratus ribu beb yg bakal gigit jari termasuk puluhan ribu totok Pas dan PKR yg selalu buat onar sabotaj sana sini tu.

Yang pastinya andai takdir Pakatan Rakyat (PR) memerintah maka ramai yg akan jadi pengganggur dan hilang kerja semata-mata utk memenuhi cita-cita kemaruk kuasa Pakatan Rakyat yg diketuai oleh Anwar dan di dokong oleh PKR, Pas dan DAP.

Nak buang kakitangan awam ni senang je boleh saja guna alasan penjimatan, mengurangkan kos, utamakan kakitangan yg efisen dan macam-macam retorik lain yg membawak kepada maksud sama yakni pembuangan pekerja.

Slogan & kata-kata muluk & manis macam tebu tepi bibir mudah di cipta, tapi kalau dah hilang kerja jenuh nak mencarinya semula.

Disiarkan dalam paper Sin Chew Daily pada 1 November 2011.

 

Dengarnya puak-puak Pas dan PKR dah mula datang overdos & mereng sehari dua ni nak buat damage control.

Yang cuba cuci tangan kata rancangan Tony Pua DAP tu hanya pendapat peribadi je pun dah ada bunyinya.

Pendapat peribadi tengkorak dia kalau dah bentang dalam seminar dan siap ada nama khas lagi tu “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”.

Jadi keldai betui la Pas dalam PR. Nampak sangat Pakatan rakyat ni lebih mencerminkan utk capai cita-cita DAP. Pas jadi keldai, PKR jadi badut, DAP tokey sarkas.

Sapa-sapa kakitangan kerajaan yg selalu sangat duk komplen kerajaan BN tak Islamik dan zalim tu, eloklah teruskan hasrat mengundi DAP, Pas dan PKR tu mana tahu kot-kot berpeluang merasa jadi penganggur terhormat. ka..ka..

3 thoughts on “Pakatan Rakyat Nak Buang Ramai Kakitangan kerajaan…

  1. Hakikat sebenarnya, Pengurangan Kakitangan awam ini bukanlah cadangan DAP. Tetapi ia adalah keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam Sendiri.

    Rujuk Surat Pekeliling JPA bertarikh 20 Mei 2011,

    Pembekuan Pengambilan Kakitangan Awam adalah salah satu langkah Kerajaan untuk merasionalisasikan Kakitangan Awam yang KEJAT.

    Atau dengan kata Mudah.. Pengejatan Kakitangan Awam itu adalah Pengurangan Kakitangan Awam lah…

  2. Pingback: DAP Menari, PAS Gigit Jari, PKR Kencing Berdiri… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s