Video Untuk FAM: Turunkan Harga Tiket…

Parah FAM sekarang ni, pantang ada peluang terus mencanak naik harga tiket. Sapa la tukang cucuk supaya harga tu melambung naik mengalahkan harga satu beg 10kg beras ni?

Kot ye nak mencari untung berlipat ganda pun, jengah-jengahlah sikit susah payah kesanggupan para peminat bolasepak yang datangg dari pelusuk negara demi kemajuan sukan bolasepak kita.

Tanpa peminat sapalah pimpinan FAM di atas singgahsana nuu.

RM50 flate rate tu bakal membunuh semangat kecintaan peminat sukan kelak kalau tidakpun sekarang. Kalau setakat RM30 utk tempat duduk biasa sama seperti harga tiket Piala malaysia musim lepas, ramai yang tak kisah.

Memanglah logiknya dalam keadaan bersemangat ada ramai yg sanggup membeli tiket tu demi tidak melepaskan peluang menyaksikan pasukan negeri yg disokong, namun FM perlu faham tak semestinya target 65,000 penonton akan tercapai.

Kalaupun tercapai, ia umpama keuntungan utk seketika sahaja kerana bila masuk musim baru tahun depan, pasti banyak stadium yang akan lengang gara-gara protes oleh ramai peminat bolasepak, tak percaya tengoklah nanti.

Jika tahun 2009 harga tiket hanya RM20 utk dewasa dan RM5 utk kanak-kanak, kemudian tahun 2010 pula naik sedikit kepada RM30 utk tempat duduk biasa dan RM50 utk tempat duduk special orang masih boleh terima, kenapa tidak utk kali ini FAM kekalkan saja harga tiket tu sama seperti tahun lepas?

Bagi ramai orang kuat FAM harga RM50 kadar rata tu tentulah amat tidak membebankan, tapi bagi khalayak ramai yang datang ratusan kilometer jauhnya dari Stadium Shah Alam tu harga RM50 seumpama duri dalam daging yg menyakitkan hati.

Bayangkan perjalanan pergi balik Terengganu ke Shah Alam pun dah memakan belanja sekitar RM200 bagi yg berkereta dan RM100 utk yg menaiki bas di tambah pulak dengan bebanan tiket RM50, tak semena-mena melayang dua tiga ratus RM semata-mata demi menyokong industri bolasepak tempatan.

FAM perlu belajar menghayati dan menghargai kesetiaan peminat bolasepak tanahair bukannya mengambil kesempatan utk memeras keringat mereka.

Ramai peminat memahami keperitan FAM dalam mengurus dan memartabatkan sukan bolasepak tanahair, namun janganlah dek  kerana perit atau sukarnya menanggung bebanan kewangan semasa maka dipindahkan bebanan tersebut utk ditanggung oleh para peminat yg sekian lama menyokong FAM.

Berpada-pada tu lebih baik daripada menambah harga yang melampau seperti sekarang.  Hargai pengorbanan peminat yang tidak pernah jemu menyokong usaha FAM lebih berbaloi utk jangka masa panjang.

Turunkan semula harga setidak-tidaknya berdasarkan harga musim lepas maka semua akan gembira dan kita semua mengecapi kemeriahan perlawanan akhir ini dgn tenang dan sukaria.

Turunkan harga tiket akhir Piala Malaysia

Penyokong pasukan Terengganu menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan yang mahal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. – utusan/AZLAN BAHRUM

PUTRAJAYA 25 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu.

Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan.

‘‘Saya tidak akan terlalu kecewa sekiranya ia diumumkan lebih awal, kenaikan harga tiket secara mendadak ini akan menimbulkan kemarahan peminat yang merancang melihat perlawanan akhir secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan.

‘‘Lebih-lebih lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mutunya dipertikaikan sebagai bukan padang yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program pembangunan belia dan sukan di sini hari ini.

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi semua peminat sukan yang ingin menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketika Piala Malaysia sebelum ini yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, FAM perlu mengkaji pendekatan penjualan tiket terbaru yang diamalkan di luar negara termasuk kaedah jualan tiket guna Internet yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR).

‘‘Pihak QPR umpamanya telah memperkenalkan kaedah jualan tiket yang mirip kepada penjualan tiket kapal terbang AirAsia di mana peminat yang membeli tiket lebih awal akan mendapat diskaun lebih besar.

‘‘Indonesia pula menyediakan pelbagai jenis tiket dengan harga yang berlainan, ini kerana terdapat peminat yang sanggup beli tiket murah dan duduk di tempat yang tidak strategik semata-mata untuk memberi sokongan dan merasai suasana di stadium,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s