PapaGomo 5: Kebenaran Di Lorong Kegelapan…

Jika ada pelayar internet yg tak pernah membaca atau mendengar nama PapaGomo, anda boleh dikira sbg sedikit ketinggalan keretapi.

Tapi, jangan pulak ada yg tertukar antara PapaGomo dgn PapaZola watak superhero dlm animasi BoboiBoy yg membintangi video games PapaZola 5: Kebenaran Di Lorong Kegelapan tu.

Ini kita nak cerita pasal fenomena PapaGomo, walaupun bunyi tajuknya kelihatan sama tapi orangnya berbeza. Satu adalah superhero dunia maya dan satu lg superhero animasi BoboiBoy.

Tapi tak salah utk kita layan seketika satu episod animasi BoboiBoy yg menampilkan watak superhero PapaZola sebelum meneruskan bacaan selanjutnya.🙂

 

PapaGomo, bukan anak kecik punya orang hatta papadoll anughairah tuhe paling top di Malaysia pun diketahui pagi petang siang malam mulutnya tak lekang drpd menyebut nama PapaGomo.

Susur galur perjuangan PapaGomo & beberapa bloggers top ten tidak sedikit menarik perhatian lawan mahupun kawan. Mereka umpama kekasih kebenaran & musuh kejahatan yg menghukum lawannya dgn tendangan kematangan.🙂

Waima ada ceritera yg belum ditentukan kesahihannya menyebut kisah seorang pakcik pro Pas yg sanggup membeli sebijik netbook hanya semata-mata nak kenal siapa PapaGomo selepas hampir saban hari mendengar rakan-rakannya memaki dan tak kurang jugak yg memuji PapaGomo semasa di awal meletupnya kisah China doll baru-baru ni.

Andai kata ceritera tu betui, tak diketahui samaada pakcik tu sengaja buat lawak spastik ataupun memang tergolong dlm kalangan yg agak teruja dgn maklumat dihujung jari sepertimana terujanya segelintir orang kita yg telah mengeluarkan belanja utk membeli sebijik laptop selepas terpesona dgn laman social facebook.

Kita lupakan dulu ceritera pakcik spastik tu yg kalau betui wujud harus bagi kita ketuk kepalanya guna senduk.

 

Perihal PapaGomo ni sebenarnya tak dapat tidak ianya memang diakui oleh sekian ramai pimpinan PR terutama sekali Pas dan PKR sebagai fenomena yg menakutkan mereka.

Depa bukan takut kerana PapaGomo tu berbadan besar walau hakikatnya kecil berbanding Parpukari & RBF, namun ketakutan mereka berasaskan siri-siri pendedahan yg dilakukan oleh PapaGomo dan bloggers seangkatan dgnnya.

Dengarnya ada komplot black october yg cuba menjatuhkan kredibiliti PapaGomo sbg top bloggers. Tak mustahil komplot terbaru ini sama nawaitunya dan mungkin ianya adalah lanjutan usaha-usaha terdesak pukatan rebel sebagaimana pernah di alami oleh bloggers RBF & ParpuKari.

(Blogger RBF pernah satu ketika sebelum ini di datangi oleh beberapa orang gengster selepas pendedahan isu rm300k melibatkan sorang pemimpin PR, manakala blogger Parpukari pernah di fitnah minum arak)

Misalnya yg terbaru dlm usaha menghakis kredibiliti & mungkin jugak utk menggertak PapaGomo, media pembangkang spt Mkini telah mengapungkan berita utk mengaitkan blog PapaGomo  sbg telah memfitnah arwah bekas pegawai kastam di masa yg sama

“Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam satu blog pro-Umno bahawa allahyarham antara lainnya mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa bahawa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga itu, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes melibatkan allahyarham.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Makhtar mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan

“Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) papagomo?,” soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham. – Mkini


Selain itu, pendedahan isu manipulasi sijil sakit oleh suami bekas calon Pas di PRK DUN Tenang yg pernah di dedahkan oleh PapaGomo & Gerakan Anti PKR (GAP) sebelum ini, tiba-tiba baru kini timbul ancaman utk menyaman kedua-dua bloggers tersebut.

Seakan memang wujud satu komplot utk menggertak & menakutkan bloggers pro kerajaan bertujuan untuk memperlahankan rentak serangan & pendedahan selanjutnya berkaitan kepincangan pembangkang, ternampak jelas di situ usaha tersebut seakan di susun secara tiba-tiba sebagai plan alternatif utk damage control.

Tendangan Kematangan

Tapi kot manapun, perjuangan membawa panji kebenaran di celah-celah lorong kegelapan tidaklah pula mampu membantutkan semangat mereka semua.

Mala KFC nak sama Papa Gomo dan GAP? He he he…… Ehhh Mala KFC, nak saman kami ke? Tak heran lah kalau nak saman tu. Saman le kami ke apa ke kami No hal punya. Sebab apa kami tak takut dengan saman anda tu? Sebab kami tahu kami tak FITNAH!!!

Malah kami tak menipu Rakyat, kami cakap yang benar dan kami tidak berbohong macam Mala KFC buat waktu Kempen Pilihanraya Tenang yang lalu – PapaGomo

Baik PapaGomo, RBF, GAP mahupun Parpukari, mereka semua berkongsi satu perjuangan murni dgn cara penulisan yg berbeza namun tidaklah seburuk yg disangka oleh pemimpin pembangkang & totok balacinya.

Gertakan & ancaman bukan penghalang dlm memperjuangkan kebenaran, walau gelap & hitam lorong-lorong politik yg berliku itu, saat akhirnya kebenaran mampu meneranginya.

Berbekalkan pelbagai bukti & maklumat yg sekian banyak dgn melaksanakan kaedah pendedahan yg merobek kesabaran menunggu dlm sanubari pembaca blog, tiba saatnya mereka apungkan satu demi satu umpama tendangan kematangan yg bertubi-tubi.

Pelbagai siri pendedahan, perkongsian info yg dilakukan oleh top bloggers tersebut hanya berkisar satu matlamat yakni utk tatapan khalayak umum supaya menyedari betapa dunia politik pembangkang terlampau gelap, bermuka-muka serta dipenuhi dgn tipudaya saja.

Kalau dlm siri animasi BoboiBoy, 4 sahabat (BobiBoy, Yaya, Ying & Gopal) boleh berganding bahu utk menewaskan kejahatan Adudu & Probe yg mahu menakluki bumi demi mencari kuasa ajaib koko.

Tak keterlaluan utk kita ibaratkan PapaGomo, RBF, GAPS & Parpukari sebagai 4 sahabat yg sehati sejiwa memikul tanggungjawab demi menegakkan kebenaran di lorong kegelapan.

Bak kata PapaZola dlm episode animasi BoboiBoy, “kebenaran tak pernah tidur”.

5 thoughts on “PapaGomo 5: Kebenaran Di Lorong Kegelapan…

  1. Salam… hua hua hua nak pecah perut aku baca artikel hang ni he he he.. lu pandai main sentimen dalam ni dan selitkan elemen Humor melibatkan watak karton yg disukai kanak kanak…..apa pun bro perjuangan tetap diteruskan dan kami tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Tq ats sokongan marilah kita bersama sama mendedahkan penipuan pakatan pembangkang.

  2. Pingback: Temuramah Eksklusif Bersama PapaGomo… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s