Kematian Ghadaffi Kemenangan Untuk Barat…

Sampai sudah ajar Gadaffi, jika benar bagai digembar gemburkan oleh media antarabangsa.

Jikalau benar, maka kini Libya yg memiliki simpanan minyak yg besar skang ni sudah terbuka luas utk dimonopoli oleh sekutu NTC yg pro Barat.

Suatu ketika dulu Gadaffi pernah di angkat sebagai ikon anti Amerika malah jauh daripada itu beliau pernah di anggap sebagai antara pemimpin Islam yg paling lantang mengkritik polisis penjajahan ekonomi, kuasa & penindasan oleh Amerika & sekutunya terhadap negara-negara Islam.

Beliau mungkin di anggap kejam bagi sebahagian orang Islam sendiri sebagaimana Saddam Hussien yg dianggap sbg diktator kerana menekan pengaruh pemberontakan Syiah & Kurdis satu ketika dulu.

Walau buruk atau zalimnya beliau pd anggapan sebahagian kita, hakikatnya saat akhir perjuangannya adalah utk menghalang penjajahan baru oleh NATO & bonekanya sepertimana bukti terpampang di depan mata kita di sebalik kejatuhan Afghanistan & Iraq ke tangan Barat.

Rakyat Libya yg menyokong NTC yg pro Barat mungkin ada asasnya utk menggulingkan gadaffi & kerajaan autokratiknya, malah mungkin satu sebab wujud asakan kemarahan membara rakyat Libya terhadap Gadaffi adalah kerana kongkongan pemerintahannya yg berlanjutan selama 4 dekad  seolah-olah Libya itu adalah hakmilik dirinya & keluarga.

Akan tetapi slogan kebebasan yg mereka dukung sekarang ini belum tentu membawa ke arah yg lebih baik jika kerajaan baru NTC Libya berterusan condong kepada barat seperti kerajaan boneka Amerika di Iraq & Afghanistan.

Pun begitu, ada tikanya api kemarahan yg membara dlm jiwa sanubari sekian lama sukar utk menimbang baik buruk setiap tindakan yg akan di ambil & kesannya pd jangka masa panjang kelak.

Penulis sendiri tidaklah begitu teruja dgn kepimpinan Gaddafi malah agak ralat utk mengalu-alukan pemerintahannya yg berdekad lamanya tu.

Namun jauh di sudut hati penulis di antara 2 perkara mudarat, diantara 2 perkara yakni kemudaratan pemerintahan Gadaffi & campurtangan Barat dlm hal ehwal Libya yg memungkinkan kewujudan boneka baru, penulis memilih Gaddafi kerana jalan perundingan utk peralihan kuasa tetap ada penyelesaiannya.

Berbanding dgn tertubuhnya sebuah kerajaan boneka & pro Barat, kesannya memanglah tak terasa dlm jangka terdekat hakikatnya ia iabarat api dlm sekam, lama kelamaan ketidaktenteraman seperti di Iraq & Afghanistan pasti akan wujud yg bakal memakan lebih banyak korban tanpa mengira usia & agama.

Apapun sebagai pemerhati, kita hanya mampu mendoakan yg terbaik utk rakyat Libya dan semoga pilihan mereka adalah tepat sebagaimana kehendak mereka.

Kita hanya layak merenung & memerhati, namun tidak salah utk kita ambil iktibar & pengajaran disebalik sesuatu yg berlaku.

Andai sah berita gempar ini, penulis mengambil kesempatan utk mengucapkan salam takziah utk kita semua & Al-fatihah utk arwah Gaddafi, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s