Ambiga & Pas vs Himpunan Sejuta Umat…

Kita semua maklum, Pas tiada masalah utk menyokong Ambiga apabila dgn mesranya turut sama menyertai perhimpunan Bershit 2.0 walaupun diketahui umum bahawa Ambiga adalah penganjur utama ‘Forum Memeluk Islam’ yg secara terang-terangan mempersendakan Islam.

Ambiga yg ketika itu adalah Presiden Majlis Peguam bagi sesi 2007 hingga 2009 terbabit secara langsung menguruskan majlis ‘Forum Memeluk Islam’ tersebut  pd 9 Ogos 2008 yg antara lainnya menampilkan 3 wakil keluarga non-muslim yg kononnya menderita selepas suami mereka memeluk Islam.

Bukan sedikit kemarahan umat Islam apabila Bar Council (Majlis peguam) yg diketuai Ambiga tu cuba bermain api & campurtangan urusan akidah orang Islam & bidang kuasa mahkamah syariah.

Dalam kes ‘Forum Memeluk Islam’ boleh dikatakan hampir segenap lapisan umat Islam bersatu menentang penjalanan forum tersebut. UMNO & Pas berganding bahumembantahnya.

Hadirin yg hadir dlm majlis ‘Forum Memeluk Islam’ anjuran kholipah pojaan Pas, Ambiga. Kini Ambiga adalah Pengerusi Bersih 2.0 merangkap rakan sepermainan seperjuangan sehidup semati bagi Pas.

Antara penentang ‘Forum Memeluk Islam’ anjuran Ambiga & Majlis peguam ialah bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas Perak, ada yg panggil dia sbg taliban Pas.

Gambar atas tu peristiwa bersejarah 3 tahun lalu. Dalam kes Bershit 2.0, walaupun ketuanya adalah orang yg sama yg menganjurkan ‘Forum memeluk Islam’, namun Azli taliban ni jugaklah antara yg terkehadapan membela perjuangan Ambiga kini.

Dek kerana majlis demo anjuran Ambiga tu ada kaitan dgn kepentingan politk, jadi agaknya tu la sebabnya Pas sudi mengabdikan diri demi Bershit 2.0.

Selain Azli, Presiden Pas yakni Hadi sendiri turut pernah mengecam campurtangan Majlis Peguam dlm isu ini. Lihat petikan berita di bawah.

PAS bantah forum awam “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam

Jumaat, 08 Ogos 2008 17:18 | Author: PAS Kelantan

ImageKUALA LUMPUR: PAS membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam bertajuk “Memeluk Islam” Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini, lapor agensi berita Bernama. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak.

“Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa  kerana Islam berdiri berteraskan sumbersumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata, Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata forum awam  itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka.

Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata, forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

“Untuk fahamkan isu sensitif ini, ia tidak akan boleh selesai dengan forum yang selama satu jam sahaja. Ia memerlukan diskusi yang panjang dan bersiri.

“Kita (PAS) bimbang ia akan memberikan reaksi yang tidak sihat sekaligus akan menimbulkan ketegangan. Ini juga akan turut mengundang kemarahan di kalangan masyarakat terutamanya umat Islam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya Majlis Peguam ingin membincangkan isu itu, perlulah mengadakan forum secara tertutup dan eksklusif.

“Isu ini memang sensitif di kalangan umat Islam dan saya tidak setuju ia dibuat secara terbuka dan dalam hal ini, mereka (Majlis Peguam) perlu memanggil mufti, tokoh-tokoh agama ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan pandangan yang betul serta tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam,” katanya.

Sumber: PAS kelantan

(Lain-lain link berkaitan penentangan UMNO terhadap forum anjuran Majlis Peguam itu sila klik di sini & di sini.)

Berikut pula ialah petikan berita mengenai sikap menentang Dewan Pemuda Pas WP & Selangor terhadap Ambiga & Majlis Peguam.

Pemuda Islam Wilayah dan Selangor turun bantah forum “memeluk Islam”

 Pemuda Islam Wilayah dan Selangor akan turun berhimpun bagi membantah forum bertajuk “memeluk Islam” yang dianjurkan oleh majlis peguam pada esok hari, 9 Ogos 2008 (Sabtu). Bantahan tersebut sebagai tanda protes dan amaran kepada majlis peguam yang dilihat cuba untuk mempertikaikan hak agama Islam.

Program ini juga amat merbahaya dan boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam kenyataan medianya sebelum ini membantah sekeras-kerasnya forum tersebut.

“Perkara ini juga berlaku akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin Islam yang tidak dapat menjaga Islam walaupun telah memegang tampuk kekuasaan. Sehingga Islam boleh dipertikaikan dan diperlekehkan”

Berikutan itu semua Pemuda PAS Wilayah dan Selangor telah mengarahkan ahlinya turun bersam-sama membantah pada esok hari. Pemuda PAS juga menyeru dan mengajak semua umat Islam lain yang prihatin untuk turun bersama-sama bagi menunjukkan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap program tersebut.

Semua Pemuda dan umat Islam diminta berkumpul di hadapan LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi esok dan berjalan beramai-ramai ke perkarangan Majlis Peguam.

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu. Dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu..(Al-Maidah :3)

Sumber:  DPP WP

Namun itu semua dulu punya cerita. La nie punya kisah, Ambiga bukan lagi musuh kpd kepentingan politik Pas sebaliknya bekas Presiden majlis Peguam tu kini umpama ayam tambatan utk Pas menarik utk non-muslim.

Sekarang ini sepertimana sedia maklum, Pas telahpun membuat keputusan utk tidak menyertai malah tidak menggalakkan ahli & penyokongnya menghadiri majlis Himpunan Sejuta Umat pd 22 oktober 2011 nanti di Shah Alam dgn alasan majlis Himpunan Sejuta Umat tersebut tiada kaitan dgn politik kepartian.

Walhal, tujuan penganjuran Himpunan Sejuta Umat jauh lebih utama dan besar matlamatnya melampaui batasan politik kepartian. Ianya satu ikrar kesatuan ummah yg bersifat tulen & lebih mulia asasnya berbanding acara demo jalanan Bershit 2.0 yg dikelolakan oleh Ambiga.

Tapi disebabkan objektif Himpunan Sejuta Umat hanya berkisar perihal kelangsungan hak & maruah agama, maybe sebab tu Pas mengasingkan diri. Pendekkata, setiap urusan agama bagi Pas mestilah melibatkan parti politik atau yg lebih tepatnya parti Pas.

Barangkali atas nama urusan politik kepartianlah maka dgn rela hati Pas dan Hadi Awang sedia ditunggangi oleh Ambiga utk sama-sama menjayakan demonstrasi Bershit 2.0.

Konon Pas bermaslahat bahawa tujuan menyokong Bershit 2.0 yg diketuai Ambiga adalah kerana menyokong intipati Bershit 2.0, kalau lagu tu timbul pulak persoalan apa yg payah sangat utk menyokong intipati penganjuran majlis Himpunan Sejuta Umat?

Penganjur majlis ni bukannya UMNO, bukan jugak Perkasa sebaliknya NGO-NGO Islam yg bersatu di bawah payung HIMPUN dan antara Pengerusi Bersama HIMPUN pulak ialah bekas ketua ABIM Malaysia. Payah sangat ke utk Pas buat sekian kalinya mengetepikan seketika agenda kepartian dan berlapang dada utk seketika bersekutu & menyokong usaha HIMPUN?

Tapi yelah, lagu ni lah gerak tari politik sesetengah orang Islam yg mendabik dada sbg pejuang Islam, sanggup bermusuh sesama Islam hingga  berkerat rotan, bila teruja dgn sokongan bukan Islam seperti Ambiga yg suatu ketika dulu keras ditentang Pas, anytime mudah utk dimaafkan demi kepentingan politik kepartian menggapai kuasa.

Pun gitu bagi kita majoriti orang Islam, Himpunan Sejuta Umat Sabtu 22 oktober 2011 nanti tidaklah tergugat dgn keengganan Pas mencemar duli bergaul bersama gerakan anti murtad ni.

Kita pun tahu, kalau Pas tak berani mai ramai yg sedia memahami perpaduan sesama islam tu bukan agenda utama Pas, andai kata sudi datang besar pulak rahmatnya utk kita semua umat Islam. Himpunan Sejuta Umat tetap berjalan seperti dijadulakan tak kira samaada Pas datang mahupun tidak.

Semoga Pas, Hadi & semua pucuk pimpinan Pas terus berbahagia bersama Ambiga & NGO Bersih 2.0 nya tu. Politik kepartian tu lebih penting drpd kesatuan umat, gitulah kira-kiranya dlm kepala Pas dan sebahagian besar balacinya yg sedang kemaruk mengejar kuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s