PAS Tak Minat Sertai Himpunan Anti Murtad…

Pas memang terkenal dengan peel perangai pelik & luar tabie. Dulu dan kini sama saja perangainya.

Dulu time negara dalam proses mendapatkan kemerdekaan yg ketika itu adalah saat genting memerlukan perpaduan orang Melayu Islam, Pas tiba-tiba buat perangai pi keluar daripada kesatuan ummah dan pecah belahkan orang Melayu Islam.

British tersengih dan dengan gembira meluluskan pendaftaran parti Pas pd tahun 1951 dgn harapan kewujudan Pas akan dapat memecahkan kesatuan & tuntutan kemerdekaan oleh orang Melayu Islam seterusnya melambatkan proses kemerdekaan negara drpd penjajahan British.

Kini tatkala umat sedang berdepan dgn agenda kritianisasi & permurtadan, sekali lagi Pas mengambil sikap mengasingkan diri drpd kesatuan ummah dgn alasan program Himpunan Sejuta Umat tu tidak melibatkan part-parti politik.

Apa ke bodohnya pimpinan Pas hingga mengalami sindrom down sepanjang masa.

Nak kata tak reti membaca, masing-masing dah mengaji tinggi tapi masih jugak gagal memahami situasi sebenar.

Meh kita baca objektif & prinsip tujuan gerakan Himpunan Sejuta Umat yg akan berlangsung pd 22 Oktober 2011 nanti di Stadium Shah Alam supaya kita tak tergolong sebagai manusia keparat & budus sombong seperti pemimpin Pas.

 

OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

PRINSIP HIMPUNAN

Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

 

Dah baca & faham? Bagus.

Maksud 2 ayat dlm Prinsip Himpunan tu bukannya melarang penyertaan pemimpin atau penyokong parti politik, sebaliknya memberitahu bahawa penganjuran Himpunan Sejuta Umat ni adalah inisiatif Umat Islam tanpa kira ideologi politik dlm usaha menyuarakan bantahan terhadap agenda jahat memurtadkan orang Islam.

Ini pun Hadi awang & pimpinan Pas gagal nak memahami? Bebal sungguh, sia-sia saja ada ijazah berjela-jela tapi tak reti memahami ayat yg tertulis tu.

Bawah ni pulak disertakan alasan Pas melalui Presidennya, Hadi Awang utk mengelak drpd dikaitkan dengan gerakan anti murtad Himpunan Sejuta Umat tersebut.

“PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.”

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Tak ke bangang namanya tu bila menjadikan alasan “PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.”

Sedangkan maksud sebenar prinsip Himpunan Sejuta Umat ialah penganjuran majlis tu tidak melibatkan inisiatif parti politik sebaliknya ia adalah usaha sama pelbagai NGO Islam namun di masa yg sama sokongan & penyertaan semua Umat Islam tanpa mengira fahaman politik amatlah dialu-alukan.

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).

Kalau Pas boleh begitu beria-ia menghadirkan diri dalam acara demostrasi Bershit 2007 & Bershit 2.0 malah telah menggerakkan jentera ahli & penyokongnya utk meramaikan tiap majlis anjuran NGO Bersih, kenapa pula kali ini Pas mengasingkan diri daripada menyertai majlis anjuran NGO Islam?

Hanya ada 2 alasan kenapa Pas takut menyertai majlis Himpunan Sejuta Umat ni,

1. Pas hanya berminat perihal politik dan isu yg memberi keuntungan demi kepentingan parti.

2. Pas takutkan DAP dan lebih berminat utk menjaga perasaan DAP.

Patutnya Pas tidak perlu takut utk suarakan pendirian malah tak perlu melarang penyertaan Dewan Pemuda Pas Pusat dalam Himpunan Sejuta Umat tersebut.

Peduli apa dgn kecaman DAP, MCA mahupun Gerakan. Takkanlah orang Islam yg menyertai Pas hanya berhak utk berhimpun atas tujuan politik kepartian aja, sedangkan kedudukan & kepentingan agama itu jauh lebih tinggi drpd kepentingan kepartian.

Kot kalau tak mahu sokong atau tak minat menyertai perhimpunan ni, better diam diri saja kalau rasa ia menyinggung perasaan non muslim, ia jauh lebih baik drpd mengadu domba dgn memperlekehkan & melarang penyertaan orang Islam di majlis ni.

“Mereka (Pemuda Pas) berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh”. – Mustapha Ali, Setiausaha Pas Pusat

Perhimpunan ni bukannya mengumpul orang utk pergi berperang, bukan juga utk membakar mana-mana gereja, sebaliknya lebih kepada menyuarakan bantahan secara aman di satu tempat yg spesifik yakni di Stadium Shah Alam.

Majlis ni di buat di tempat yg luas dan tak mengganggu lalulintas malah tidak memberi kesan negatif langsung terhadap aktiviti perniagaan.

Lainlah kalau himpunan ini dilakukan di jalanan hingga mengganggu orang ramai berurusan logiklah jugak utk kita mengasingkan diri drpd menyertainya.

Apapun jika hingga ke akhir majlis Pas masih dgn pendirian melarang penyertaan ahli & penyokongnya, ia tetap tidak dapat menghalang kehadiran  orang Islam yg prihatin ke majlis tersebut.

Mudah-mudahan majlis ini berjalan lancar dan mampu menyemarakkan kesedaran dikalangan seluruh umat Islam tentang bahaya agenda memurtadkan orang Islam.

13 thoughts on “PAS Tak Minat Sertai Himpunan Anti Murtad…

  1. Pembetulan fakta Sejarah
    Dari tahun 1948 – 1950
    British mengharamkan PKMM dan Hizbul Muslimin ( Nama PAS sbl 1951) dan pemimpin pemimpin mereka dipenjarakan.
    Pemimpin UMNO di bela dan dididik dalam acuan British sebagai persediaan menggantikan mereka.
    1951 Pilihanraya Persekutuan pertama diadakan dan British TERPAKSA memberi kebenaran penubuhan PAS kerana mereka tidak mahu dunia melihat bahawa mereka tidak demokratik kerana memberikan kemenangan percuma kepada anak didik mereka iaitui UMNO.
    Pemimpin PAS ( sbl itu Hizbul Muslimin ) yang telah dibelasah separuh nyawa oleh British di dalam dan di luar penjara diberi peluang masuk ke gelanggang untuk bertarung dengan UMNO yang telah dilatih oleh British dari 1948 hingga 1950.
    Sebab itu UMNO pun menang dan PAS kalah.
    Fakta sejarah yang sebenar
    UMNO adalah anak didik British
    PAS adalah penentang British
    Logik mudahnya adalah ; Mana ada pemimpin UMNO yang dipenjara tapi ramai pemimpin PAS yang dipenjarakan oleh British.
    Logik mudahnya adalah ; tentu yg kena seksa itu adalah musuh British dan yang dibela itu adalah kawan British. PAS – musuh British UMNO – kawan British.
    Semua fakta ini ada dalam buku sejarah.
    Bacalah dengan mata hati.

    Pemimpin PAS dan orang PAS ramai yang dah lama hidup susah kerana perjuangan ini. Dan mereka sudah nekad menghadapi semua ini demi perjuangan Fi sabilillah.

    Saudara boleh reka fitnah dan hamburkan caci maki apa sahaja kepada mereka kerana saudara dan kumpulan saudara sedang berkuasa di Malaysia sekarang. Pas dan orang pas kalau tak dapat perintah Malaysia pun mereka tak akan sedih kerana bagi pemimpin pas dan orang pas yg dah lama susah ini, kemenangan di dunia hanya satu bonus tetapi kemenangan di sisi allah itu lebih utama.

    Katalah dan hamburkan apa sahaja yg saudara mahu.
    Moga kita semua beroleh hidayah dan disatukan semula suatu hari nanti kalau tak di dunia pun di akhirat.

    Satu lagi fakta sejarah yang saudara kena tahu ;
    Tahun 1999 Haji hadi telah kemukakan cadangan rang undang undang murtad di Parlimen tapi ditolak oleh UMNO.
    2004 Ketua Pemuda PAS Salahuddin ayub sekali lagi cuba membentangkan rang undang undang murtad tapi ditolak oleh UMNO.
    Perjuangan PAS dari dulu sampai sekarang adalah untuk Islam.
    Dari tahun 1950 an hingga 1990 an Pas terpaksa berhadapan dengan UMNO ketika kesedaran Islam dalam masyarakat Malaysia masih rendah dan UMNO tidak jelas mempertahankan Islam.
    Sekarang apabila kesedaran masyarakat kepada Islam semakin kuat UMNO TERPAKSA tunjuk bahawa dia juga Islamik demi undi orang Islam yg dah sedar.
    PAS yakin bahawa ISMA, ABIM, TERAS dan lain lain NGO Islam itu IKHLAS mempertahankan aqidah ummat cuma PAS perlu berhati hati kerana UMNO sedang memasang perangkap untuk kacaubilaukan pakatan rakyat.

    Mungkin kali ini adalah PAS tidak dapat bersama dalam himpunan tersebut demi mengelak dari terjerumus ke dalam perangkap UMNO.
    Tapi jauh dalam lubuk hati pemimpin PAS dan orang PAS yg dah lama susah dalam perjuangan ini, kami sebenarnya tetap bersama sahabat sahabat kami ISMA ABIM TERAS dan lain lain.
    Kami doakan himpunan ini akan dikuasai oleh sahabat sahabat kami yg ikhlas dari kalangan ISMA ABIM TERAS dan lain lain dan UMNO tidak akan dapat menggunakan HIMPUN sebagai peluru bagi senjata politiknya untuk menembak PAS.

    Ayuh ummat Islam. hadirilah beramai ramai perHIMPUNan ini walaupun kami tak dapat bersama anda semua tetapi hati kami tetap besama anda. Hidup Islam Hancur murtad.
    Umat islam yang Ikhlas pasti akan bersatu suatu hari nanti demi Allah dan Rasul

    Semoga saudara juga adalah salah seorang darinya.

    Wassalam

    • aku komen seringkas yg boleh, kot kalau tulis panjang akan jadi artikel pulak.

      1) Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka berlangsung pd 27 Julai 1955.
      – Perikatan bertanding di 52 kerusi dan menang 51 kerusi
      – IMP (independence Malaya party) bertanding 30, kalah semua kerusi.
      – Pas bertanding 11 kerusi, menang 1 kerusi

      2) Manakala Pilihanraya Pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka drpd British ialah tahun 1959.

      3) Hizbul Muslimin, Awas, API, Peta & PKMM diharamkan kerana diresapi pengaruh komunis terutama sekali PKMM yg diketuai oleh Moktharuddin Lasso.

      4) Penubuhan Pas takde kaitan pun dgn Hizbul Muslimin, asal usul Pas drpd perut UMNO.

      5) Selepas Onn Jaafar keluar UMNO menubuhkan IMP, .Ahmad Fuad bertanding lawan Tunku utk jawatan YDP UMNO tetapi kalah dan Ahmad Fuad kemudiannya menubuhkan PMIP (Pas).

      6) Kalau UMNO ni alat British dah tentu lama dulu lagi Pas diharamkan drpd bergiat dlm politik Malaysia.

      7) Dalam pada penyokong Pas duk yakin UMNO ni alat British boleh pulak Pas bekerjasama dgn UMNO dalam BN sekitar 1973 – 1978 dulu tu.

      8) Kalau dikatakan Pas tu alat British lagi logik sbb waktu Pas bersama BN dulu tu apabila diberi tanggungjawab menjaga tanah rancangan Felda, abis setiap segenap pelusuk tanah rancangan Felda di masukkan ahli-ahli & penyokong Pas dgn tujuan utk melumpuhkan pengaruh UMNO.

      9) Hasil perancangan jahat Pas sewaktu dlm BN tu lah yg menghasilkan kewujudan penyokong Pas di Felda hingga sekarang.

      10) Pas tentu sekali takkan menggalakkan ahli & penyokongnya menyertai Himpunan Sejuta Umat sbbnya bagi Pas politik kepartian tu nombor wahid dan agama tu hanya alat saja utk mencapai kepentingan parti.

      11) lagipun bukankah Ambiga Bersih 2.0 tu menyokong kemurtadan orang Islam, jadi kalau Pas join Himpunan Sejuta Umat yg anti murtad ni tentulah Pas takut kehilangan undi & sokongan Ambiga & balacinya.

  2. salam semua…
    apa pun penjelasan anda maksud yg tersirat @ tersurat di dlm hati anda hanya Allah taala yg mgtahui… demi utk agama, hidup@mati hanya krn Allah Taala tapi hanya utk bhimpun pun sudah takut.. penganjur himpun bkn umno@perkasa…tapi ngo2.. persoalan besar saya kenpa phimpunan haram yg pengajurnya seorg pejuang murtad pas turut sertai??? kenapa anda terlalu benci sesama melayu@islam tapi tidak pada kafir??? adakah ini yg dianjurkan oleh Islam melalui Nabi Muhammad S.a.w? harap anda tidak jadi puak munafikun hanya krn kuasa dan politik! ALLAH HU AKBAR!

  3. cukup2 la jadi hamba politik , even nak bersatu padu sesama muslimin terhdp perkara akidah pun PAS tak berdaya , kelihatan lemah sungguh di mata ummat Islam serta terpinggir sendirian.

    Insaf lah , muhasabah lah , kembali lah pd jalan Allah dan RasulNya.

  4. Saya sangat tak paham apa yang pimpinan PAS fikir. Semuanya kalau bukan PAS yang handle isu agama bukan dpd PAS, mesti diorg pikir ada kaitan politik UMNO. Come on, please chage. Jgn sentiasa bersifat pesimis terhadap sesuatu yg baik. Sentiasa husnuzon. HIMPUN akan mengumpulkan umat Islam di seluruh Malaysia untuk bersatu padu walaupun berlaitan latar belakang or parti politik. Once again, come on – Change your mindset.

  5. Dear pimpinan PAS, Harap dapat buang semua dendam2 / perasaan berkauman berbau politik. Mindset kena ubah. We are no more separate entity. We are 1 MUSLIM. No more hijau/merah/biru…

  6. saya sungguh teruja bila HIMPUN ini diadakan… ingin sekali saya menyaksikan kekuatan Islam sebenar yang tidak dicemari dengan elemen politik yang memecah-belahkan masyarakat tetapi tidak disedari oleh ahli-ahli politik yang kurang bijaksana dan lari dari matlamat sebenar…. tetapi bila PAS sendiri yang merupakan parti berkonsepkan Islam tidak berminat pada HIMPUN… saya jadi keliru dan semakin kecewa dengan perjuangan mereka…. saya bukan juga penyokong UMNO atau PKR … hanya sekadar rakyat marhaen yang menyayangi agama dan negaranya… wahai PAS… wahai UMNO… wahai PKR…. sudah-sudahlah memecah-belahkan umat Islam dan Melayu di negara ini…. mari kita berhimpun untuk tunjukkan kesatuan umat yang mencintai akidah Islam….

  7. Patut nya himpun ramai2 desak umno gubal akta anti murtad
    umno parti yang memerintah bukan pembangkang
    kalau pembangkang yg tak de kuasa boleh le himpun2
    ni dah ade kuasa
    gunalah ………

    • UMNO dah lama merintis ke arah menghalang ancaman murtad, yg perlu ditambah lg ialah penguatkuasaan yg lebih tegas tapi berhemah.

      Perkara 11 perlembagaan persekutuan dah memperuntukan bahagian khas utk negeri-negeri mengadakan undang2 anti murtad, misalnya di selangor ada peruntukan khas dlm enakmen jenayah syariah negeri 1995, seksyen 9 & 10 ada disebut berkait menda ni.

      bab kelemahan penguatkuasaan satu hal yg berlaku di banyak negeri termasuklah selangor & kelantan yg dikuasai PR mahupun di negeri lain yg dikuasai oleh BN.

      https://xpressminda.wordpress.com/2011/08/13/fakta-perlembagaan-membenarkan-tindakan-jais/

  8. sABAH ADALAH SEBUAH NEGERI TUGU KUAT bn..DAN DI SABAHLAH ISU MURTAD PALING TINGGI(TP SAYA SEBAGAI RAKYAT SABAH, SAYA XNAMPAK APA2 PERANAN KERAJAAN MAINKN UTK MENANGANI ISU INI) YG ADA SABAHLAH SETIAP TAHUN SEBAGAI TUAN RUMAH SAMBUT HARI KRISMAS SATU MALAYSIA
    ..SELAGI PEMIMPIN MENGAMBIL SEBAHAGIAN AGAMA DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN MASALAH INI AKAN TERUS MENINGKAT..BN..KALAU RASA MEMANG NAK BETUL2 PERJUANGKAN AGAMA, TOLONG LA SERIUS..JGN HANGAT2 TAHI AYAM.. LEPAS PERHIMPUNAN TU APA TINDAKAN SETERUSNYA YG KERAJAAN BUAT..SAYA NAK TAU JUGA..ADAKAH BERTAMBAHNYA PENGAJARAN AGAMA tv DAN TEMPAT2 AWAM? ADAKAH KONSERT DAN HIBURAN SEMAKIN DIKURANGKAN? ATAU STIL BERTAMBAH? ADAKAH PUSAT JUDI, KELAB MLM DAN KILANG2 ARAK TELAH DITUTUP? BUKTIKAN BN ..SEBELUM KUASA HEGEMONI YG ANDA PEGANG 54 TAHUN INI, JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG..SALAH SILAP HARAP MAAF..

  9. saya setuju dengan komen kat atas, umno kata pejuang melayu, pejuang Islam kenapa menolak hukum hudud? isu murtad adakah semakin menurun? nampak sangat umno @bn tak serius dalam memperjuangkan agama, kerajaan kena amik contoh seperti [pergerakan IKHWAN MUSLIMIN di Mesir @ jamiat Islami di Pakistan..tokohnya2 sangat hebat seperti imam hassan Al-Banna, Syed Qutb, dan di Pakistan seperti Abu A’la Al-maududi.. dorang x kisahpun apa org kafir nak wt, apa org kafir nak kata yg penting hukum Allah dan perlembagaan trsebut betul2 mengikut syariat Islam..kerajaan kan ada kuasa kenapa x mansuh je perlembagaan yg ditinggalkn oleh british tu, kita wat perlembagaan kita sendiri yang betul2 menjaga agama kita, bangsa dan negara kita yang tercinta

  10. penyokong PAS ADA JER SERTAI PERHIMPUNAN TU..TP BUKAN TURUN SEBAGAI MEMBAWA NAMA PARTI ..ITU PUN NAK KECOH..xkan ini pun nak lapor diri dengan puak2 UMNO..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s