Piala Malaysia: Akhirnya Kelate Tunduk Pada Terengganu…

Nampaknya tahun ni pasukan Red Warriors terpaksa angkat kaki awal dalam persaingan Piala Malaysia tahun 2011.

Tahun ni ternyata merupakan tahun kebangkitan pasukan Terengganu.

Sebelum ni dalam pertemuan peringkat akhit piala FA 2011 pun Terengganu dah meraikan kejayaan menafikan hasrat Kelantan utk gondol piala tu.

Walaupun aku ni bukannya peminat hardcore sukan bola sejak umur meningkat tua ni, ada la jugak terasa sedikit terkilan melihat kekalahan pasukan negeri sendiri.

Tapi bagi penyokong setia pasukan Kelate yg lain, kekalahan ni tentunya agak perit utk di terima namun setakat ni rasanya belum ada sebarang berita berkaitan apa-apa kejadian yg di ingini berlaku selepas abis perlawanan tu.

Kalau confirm takde kejadian buruk seperti yg pernah berlaku dlm beberapa games setahun dua dulu tu, rasanya maybe kerana kebanyakkan penyokong kuat Red Warriors sudah matang ataupun mungkin jugak rata-ratanya telah set mind utk redha pd takdir selepas kekalahan 3-1 dalam pusingan pertama suku akhir di Terengganu sebelum ni kot.

Apapun tahniah utk set-set Terengganu, memang biso geng demo tahun ni, ada kemungkinan boleh gi jauh lagi dlm persaingan seterusnya.

Juara bertahan tersingkir

Pemain Terengganu merai kejayaan ke separuh akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan Kelantan 5-3 secara agregat. – UTUSAN/ Aizzul A.Majid

 

KUALA LUMPUR – Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.

Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.

Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.

Selangor terus menyalakan misi untuk merangkul Piala Malaysia ke-33 apabila menang ke atas Perak 1-0 hasil jaringan Rudie Ramli pada minit ke-49 dan ditambah dengan kelebihan perlawanan suku akhir pertama apabila mereka mencatat kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Md. Fitri Omar minit ke-30 dan Zairo Anuar Zailani minit ke-63.

Sabah cuba bangkit pada saat-saat akhir perlawanan melalui jaringan saguhati Mafry Balang pada minit ke-86 bagaimanapun ia sudah terlambat dan T-Team berjaya mengikut pasukan abang, Terengganu untuk mara ke separuh akhir.

Sumber: Utusan Malaysia

One thought on “Piala Malaysia: Akhirnya Kelate Tunduk Pada Terengganu…

  1. kekalahan kelantan kepada terengganu adalah kelemahan permain seperti sakih, daud su, dan aziz kerana menmungut kad merah dan kelemahan pengurusan/jurulatih kerana tiada perubahan corak permainan semasa perlawanan di terengganu,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s