Jentera Kempen Terbaru PR Menjelang PRU 13…

Terus terang cakap dari segi kesungguhan kempen pilihanraya, UMNO & BN tidak mampu melawan gerakkerja propaganda Pakatan Rakyat (PR).

PR terutama sekali Pas, agak ke hadapan bila kita membicarakan perihal kempen propaganda politik.

Dalam dunia maya, UMNO di lihat agak lembap, kebanyakkan gerakan melawan propaganda PR dilakukan oleh para bloggers & facebooker sukarelawan.

Manakala di alam realiti, UMNO & BN tewas kepada gerakan kempen propaganda Pas yg saban hari bergiat cergas mengadakan ceramah politik di merata tempat.

BN di lihat masih terlampau bergantung harap pada peranan media massa arus perdana dalam melaporkan aktiviti & menyampaikan penerangan pada rakyat, namun dgn ruangan yg terhad mesej-mesej sedemikian tidak mampu mencapai semua sasaran.

Pihak Penerangan UMNO & jentera penerangan komponen BN perlu lebih ke depan jika mahu menggapai sasaran yg lebih besar, ceramah-ceramah penerangan amat perlu di perbanyakkan setiap minggu di setiap kawasan DUN dan parlimen.

Kesibukan tugas menjalankan amanah memperbaiki kehidupan rakyat sepatutnya bukan alasan utk menafikan peranan penting kewujudan ceramah penerangan.

Memanglah kita ketahui sejak sekian lama Pas agak cergas dalam bab berceramah di merata pelusuk negara dek kerana fokus mereka ialah politiking sepanjang masa sambil mengusung uncang & tabung derma tin milo.

UMNO mahupun BN tidak memerlukan penceramah syok sendiri seperti Mat Sabu ataupun turut mengusung uncang derma semasa majlis ceramah, cukuplah sekadar sedikit kupasan isu semasa dan penerangan utk menjawab pelbagai dakwaan propaganda Pas & PR.

Di seluruh negara terdapat lebih 17 ribu cawangan UMNO & beribu-ribu lagi cawangan komponen BN, andainya setiap satu cawangan mengadakan satu ceramah seminggu pun sudah cukup utk menggapai sasaran yg sebelum ini gagal di capai oleh media perdana.

Cuma satu saja, harap sangat yg satu lagi kaedah kempen propaganda PR melalui dinding-dinding jamban seperti di bawah ni jangan lah sesekali di jadikan contoh oleh UMNO/BN mahupun penyokong bawahan.

Walaupun media baru kempen jamban ni kesannya mungkin bakal diingat hingga ke liang lahad oleh pembacanya, namun takyahlah kita buat sama.

Tak pasal-pasal mengganggu seketika ketenangan pengguna jamban yg mahu melepaskan hajat.

Kronik sangat kalau jamban pun dijadikan media menyampaikan propaganda parti. Busuk dan membusukkan.🙂

Luahan perasaan oleh penyokong Pas atau PR yg dikesan di sebuah jamban di Johor Bahru.

– Photo oleh PapaGomo

Sebetulnya, hal ehwal conteng-conteng dinding & pintu jamban ni bukanlah baru. Banyak tandas awam di sekitar Kota Bharu misalnya yg memaparkan pelbagai mesej politik dan banyak jugak yg berbau lucah bersama lukisan yg pelbagai corak.

Nampak macam kreatif tapi hakikatnya macam gejala vandalisme jugaklah, si penconteng mungkin bermaksud mahu berkongsi pandangannya tentang sesuatu isu atau perkara, namun sebenarnya di masa yg sama bikin kacau ketenangan pengguna yg sedang memerut utk melepaskah ‘hajat’.

Penyokong UMNO & BN jangan memandai duk ikut kaedah kempen jamban  ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s