Isu Hudud: Pas Tunduk Lagi Pada DAP…

Bagai dijangka oleh sekian ramai pemerhati politik, akhirnya Pas tunduk lagi pada DAP.

Matlamat Pas utk mempolitikkan sekali lagi isu Hudud nampak gayanya terbantut kerana kekangan dasar yg dipersetujui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun sidang akhbar oleh Anwar Ibrahim itu cuba bermain silat kata utk menjaga perasaan penyokong & ahli Pas bawahan, hakikatnya Pas perlu jugak mengekor dari belakang kehendak DAP.

Ugutan DAP utk meletakkan jawatan beramai-ramai dan keluar drpd PR amat berkesan hingga menjadikan Pas sekali lagi bakal meng’tongsampah’kan prinsip perjuangan mereka sama seperti mereka campak ke longkang dasar negara Islam.

“Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

“Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

“Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga.” – Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011

Cuba baca perenggan demi perenggan kenyataan Anwar di atas dan fahami buah silat Anwar.

Kenyataan yg playsafe namun nawaitu di hujungnya Pas mesti follow kehendak DAP. Kalau setakat nak bercerita soal hudud dalam ceramah sebagai penarik undi Melayu Islam, boleh aja. No problem..

Tersirat maksudnya ialah “andai ada hati utk melaksanakan Hudud, no way man… tolong ingat kembali deklarasi bersama PR dan Buku Jingga yea”. Gitulah maksudnya.

Ha..ha.. sekali lagi Nik Aziz gagal dalam misinya utk mengalih pandangan rakyat terhadap kecelaruan prinsip parti Pas.

Selingan 1

Kata Anwar, PR menerima penjelasan Takiyuddin Hassan (Exco Kerajaan Pas Kelantan) bahawa Hudud hanya dapat dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan persekutuan sahaja.

“Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan”. – Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011

Ha..ha.. perlembagaan kena pinda yea… Jadinya, setakat ni paling tinggi pernah kah Pas bertanding melebihi 2 per 3 kerusi parlimen sebagai bukti mereka tidak berniat mempermainkan Hudud sebagai umpan politik kepartian?

Nantikan esok hari, aku akan paparkan rekod kerusi parlimen yg pernah Pas tandingi sejak 1959 hingga 2008 sebagai bukti Pas hanya main wayang politik  sahaja dalam bab isu Hudud ni. Tiada kesungguhan, tiada usaha bersepadu, yg ada hanya cakap kosong umpama penjual ubat di jalanan.

Selingan 2

“Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat”. – Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011

Balik-balik UMNO & BN jugak yg dijadikan kambing hitam oleh Anwar & Pas. Skrip sama dulu sampai la nie.

Bila gagal atau tak tercapai target depa, UMNO & BN depa carik utk letakkan beban janji-janji palsu depa.

UMNO mahupun BN tidak pernah mempolitikkan isu Hudud, yg duk berjanji sakan dalam ceramah politik ialah Pas yg kononnya sebelum ayam jantan habis berkokok hukum Hudud terus dillaksanakan dalam pentadbiran negeri mahupun negara.

UMNO, BN & Kerajaan Pusat tetap dengan pendirian utk memperbaiki dan manambah baik perundangan Syariah sediaada secara berperingkat.

Jadi sejak bila pulak UMNO yg jadi punca keretakan kesatuan PR?

One thought on “Isu Hudud: Pas Tunduk Lagi Pada DAP…

  1. Pingback: Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s