Sejarah Politik Kelantan & Parti KITA…

Belumpun tiba pilihanraya umum ke-13, Parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) pimpinan Zaid Ibrahim kini dilanda krisis pula.

KITA yg diasaskan drpd parti asal AKIM (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) pd mulanya hanyalah sebuah parti serpihan Pas yg ditubuhkan pada 1995 di Pasir Puteh, Kelantan oleh bekas YDP Pas Pasir Puteh, arwah Cikgu Musa Salleh.

Apabila Zaid Ibrahim keluar drpd PKR berikutan sengketa dalaman semasa perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pd tahun 2010 lalu, AKIM kemudiannya membentangkan karpet merah utk Zaid sebagai Presiden seterusnya menukar nama AKIM kepada KITA.

Walaupun kemasukan Zaid dilihat memberi nafas baru utk AKIM (kini KITA), tapi secara umumnya kekuatan parti KITA hanya berlegar di sekitar Kelantan, Kedah & Selangor sahaja yakni negeri-negeri di mana wujudnya ramai penyokong Zaid Ibrahim dari kalangan bekas ahli & penyokong PKR.

Ringkasan Sejarah Konflik Politik Kelantan & Malaysia

Dari segi sejarah politik Kelantan telah banyak parti serpihan lain yg pernah wujud antaranya BERJASA (Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia), HAMIM (Hizbul Muslimin), Parti Melayu Semangat 46 (PMS 46), Al-Islah & Parti Pas Baru.

1.  Sebelum kewujudan BERJASA, lama sebelum itu telah wujud satu perikatan Bebas Bersatu di Kelantan yang diketuai oleh Ahmad Fakharudin yg menentang keputusan Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974.

2. Manakala di luar Kelantan ahli & penyokong Pas yg menentang kerjasama  tersebut mengambil keputusan menyertai Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) yg di ketuai oleh Hashim Gera. Hashim Gera adalah ahli parlimen Pas Parit 1969 yg dipecat dari Pas selepas didapati bersalah berjoget di lobi parlimen pada 1974.

3.  Pada ketika itu Nik Aziz Nik Mat selaku salah seorang pemimpin Pas yg berpengaruh adalah antara pucuk pimpinan Pas yg kuat menyokong kemasukan Pas sebagai komponen BN.

4.  Perikatan Bebas Bersatu kemudiannya menyertai pilihanraya umum terutama di Kelantan manakala KITA memfokuskan kerusi di luar Kelantan utk menentang BN namun semuanya tewas.

5.  BERJASA pula ditubuhkan pada 1978 oleh bekas Menteri Besar Pas Kelantan, Datuk Muhammad Nasir berikutan konflik perebutan kuasa & konsesi kayu balak selain wujudnya sengketa peribadi antara Muhammad Nasir dengan YDP (Presiden) Pas ketika itu, Datuk Asri Muda.

6.  Antara orang yg kuat menyokong Asri Muda semasa konflik dengan Muhammad Nasir ialah Nik Aziz Nik Mat.

7.  Semasa pilihanraya umum 1978, BERJASA menjadi komponen BN menyebabkan parti Pas tumbang dan Kelantan kembali kepada BN.

8.  Peristiwa Revolusi Iran kemudiannya mempengaruhi hala tuju Pas selepas Pilihanraya Umum 1982 yg menyaksikan tentangan ramai pemimpin kanan Pas terhadap Asri Muda. Nik Aziz Nik Mat yg ketika itu merupakan ketua Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Pesuruhanjaya Pas Kelantan adalah antara pemimpin Pas yg lantang mengkritik dan menyemarakkan penentangan terhadap Presiden Pas, Asri Muda.

9.  Asri Muda meletakkan jawatan sebagai presiden Pas pada hari kedua Muktamar Pas, 23 oktober 1982. Beliau kemudiannya bertindak keluar daripada Pas pada 23 Februari 1983 bersama 5 orang ADUN & seorang ahli parlimen Pas.

10. Pada 24 Mac 1983 pula, HAMIM ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas, Datuk Asri Muda dan turut menyertai pilihanraya umum pada tahun 1986 sebagai komponen BN yg kemudiannya menyebabkan Pas kalah teruk dan hanya memenangi sebuah kerusi parlimen daripada 98 kerusi yg ditandingi di seluruh negara.

11. Pada tahun 1988, Asri Muda meninggalkan HAMIM & menyertai UMNO. Tindakan Asri Muda itu meletakkan beliau sebagai bekas Presiden Pas yg kedua menyertai UMNO selepas YDP Pas yg pertama, Tuan Hj Ahmad Fuad Hassan.

12. Menjelang tahun 1989 HAMIM yg saat itu terkontang konting selepas ketiadaan Asri kemudiannya  menyertai APU (Angkatan Perpaduan Ummah) pimpinan PMS 46 bersama-sama Pas, BERJASA dan KIMMA yg akhirnya menyaksikan kelantan jatuh ke tangan APU semasa pilihanraya umum 1990.

13. Dalam satu lagi pakatan berasingan, PMS 46 bersama DAP, PBS, MSP, IPF & PRM membentuk gabungan lain yg dinamakan sebagai Gagasan Rakyat sebagai satu kaedah utk menghubungkan jalinan kerjasama tidak rasmi antara Pas dengan DAP.

14. Bagaimanapun kerjasama Pas bersama PMS 46 (serpihan UMNO) telah menyebabkan wujud bibit tentangan dikalangan ahli & pemimpin pas yg menyebabkan wujudnya kumpulan serpihan dalam Pas dikenali sebagai Al-Islah.

15. Bagaimanapun tentangan Al-Islah tidak memberi kesan terhadap Pas kerana gelombang ketika itu lebih memihak kepada kebangkitan rakyat Kelantan yg mengimpikan seorang pemimpin negeri tersebut menjadi Perdana Menteri pertama berasal dari Kelantan.

16. Kebanyakan pemimpin & ahli Kumpulan Al-Islah kemudiannya menyertai menyertai UMNO dan turut memainkan peranan membantu UMNO memulihkan sedikit pengaruhnya dalam pilihanraya 1995.

17. Pada bulan Mei 1996 PMS 46 pimpinan Tengku Razaleigh dibubarkan, sebahagian besar ahli & penyokongnya menyertai kembali UMNO. manakala sekitar 20% lagi samaada menyertai Pas, menyepikan diri dari politik ataupun menyertai parti lain seperti AKIM.

18. Kemasukan semula Tengku Razaleigh bersama pengikutnya menyaksikan kebangkitan semula UMNO yg diterjemahkan melalui kekalahan tipis 118 majoriti di tangan Pas dalam pilihanraya kecil di Pulai Chondong Kelantan pada 7 Januari 1997. Sebelumnya semasa PRU 1995, Pulai Chondong dimenang oleh PMS 46 semasa bersama Pas & APU dgn kelebihan majoriti 1,461.

19. UMNO dilihat bertapak kembali di Kelantan setelah BN kembali menguasai DUN Semerak melalui pilihanraya kecil pada 11 Ogos 1997 dengan kemenang majoriti 778 mengalahkan Pas. Semasa PRU 1995 kerusi tersebut dimenangi oleh Pas dgn majoriti 248 undi.

20. Bagaimanapun kebangkitan UMNO di Kelantan tergugat teruk apabila berlakunya pemecatan Anwar ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO berikutan kes liwat pada tahun 1998 yg kemudiannya menyebabkan kewujudan Parti KeAdilan Nasional (KeAdilan/PKN) pada 4 April 1999.

21. Kewujudan Parti keAdilan Nasional (PKN) adalah hampir sama dgn penubuhan parti KITA. PKN merupakan rebranding parti drpd parti asal Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yg ditubuhkan pada 1990 oleh bekas pemimpin ABIM Terengganu, manakala parti KITA adalah rebranding daripada parti asal AKIM.

22. Menjelang pilihanraya umum 1999, PKN, Pas, DAP & PRM telah membentuk gabungan Barisan Alternatif (BA), hasil daripada itu menyebabkan Terengganu jatuh dari genggaman BN dan kelantan pula terus dikuasai oleh Pas.

23. Pun begitu sebelum berlakunya pilihanraya 1999, Pas sedikit terganggu dgn kewujudan sekumpulan kecil ahli parti yg memberontak membantah kerjasama Pas dgn DAP dalam Barisan Alternatif (BA) di mana mereka menggelarkan diri mereka sebagai Pas Baru.

24. Kehadiran kumpulan Pas Baru bagaimanapun tidak menggugat pencapaian Pas di Kelantan kerana gelombang ketika itu agak kuat memihak kepada Pas & BA hasil pengaruh besar Anwar Ibrahim.

25. Ketika saat-saat hampir tiba pilihanraya 2004, Zaid ibrahim yg ketika itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan dan mempunyai hubungan erat dengan Perdana Menteri ketika itu dipercayai memainkan peranan penting membawa usul penyingkiran Ibrahim Ali sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

26. Bibit kemarahan Zaid Ibrahim terhadap Ibrahim Ali banyak berkisar kepada sejarah pertentangan antara mereka sewaktu pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Pasir Mas sekitar pertengahan tahun 1990-an yg brakhir dengan kekalahan Zaid Ibrahim. Selepas itu barulah Zaid Ibrahim berpindah ke UMNO Bahagian Kota Bharu dan bertapak di sana.

27. Lantaran penyingkiran Ibrahim Ali telah membawa natijah buruk utk UMNO & BN Kelantan apabila BN kehilangan hampir 20,000 undi penyokong Ibrahim Ali yg bertindak melakukan undi protes dengan mengundi Pas. Pas mengekalkan Kelantan dalam genggamannya dengan kemenangan di 24 kerusi DUN manakala BN menang di 21 kerusi yg lain.

28. Jika tiada isu melibatkan Ibrahim Ali tika itu besar kemungkinan Kelantan telahpun berada dalam tangan BN dengan kemenangan di 32 kerusi DUN setelah diambil kira jumlah penyokong Ibrahim Ali di seluruh Kelantan.

29. Zaid Ibrahim pula semasa pilihanraya 2004 itu bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu setelah menewaskan calon PKR dengan majoriti 1,723 hasil protes penyokong PKR yg kecewa dengan penolakan & komen Nik Aziz terhadap calon asal PKR, Dr Syed Husin yg dikaitkan sebagai ‘adik kepada komunis’. Bagaimanapun semua DUN di bawah parlimen Kota Bharu kekal dimenangi oleh Pas.

 

Parti KITA

Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim yg ada hari ini (Kesejahteraan Insan Tanah Air – KITA) bukanlah kesinambungan kepada parti Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) yg pernah diasaskan oleh Hashim gera di Perak suatu ketika dulu tu.

Persamaan singkatan namanya yg membentuk acronym ‘KITA’, tak mustahil mungkin jugak bakal berkongsi jalan ‘kematian’ yg sama.

KITA yg di ketuai oleh Hashim Gera tewas dimamah masa dan hanya bertahan sehingga pilihanraya 1978, mungkin jugak KITA yg di pimpin oleh Zaid Ibrahim bakal terkubur selepas PRU 13 ataupun paling tidak hanya bertahan sehingga pilihanraya ke-14 sahaja.

Saat-saat kehancuran KITA kelihatan seakan pasti bilamana belumpun setahun jagung di ambil alih oleh Zaid Ibrahim sudah wujud percakaran dalaman.

Pemimpin KITA diburukkan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Ada pihak luar dipercayai menjadi dalang kepada tindakan beberapa ahli parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang sebelum ini didakwa membuat pelbagai tuduhan untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan kepimpinan parti itu.

Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim percaya tindakan itu dilakukan sejak beliau memberi sokongan terhadap beberapa dasar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Saya percaya tindakan memburukkan parti ini ada dalang (di sebaliknya), orang politik lain yang nak tengok kita hancur.

“Tetapi saya cuma mengagak sahaja siapa dalang ini kerana mereka bersungguh-sungguh membuat kenyataan di akhbar memburuk-burukkan KITA,” katanya pada sidang akhbar bagi menjelaskan isu-isu di dalam parti itu di Tropicana Resort di sini hari ini.

Sebelum ini, KITA mengenakan tindakan disiplin terhadap Abd. Latif A. Tambi dengan memecatnya daripada jawatan Setiausaha Pusat parti sementara jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Muhammad Firdaus Christopher pula digantung ekoran tindakan yang dilakukan mereka bertentangan dengan perlembagaan parti itu.

Ditanya kesediaan beliau disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (RS) setelah mereka yang terlibat melaporkan mengenai apa yang berlaku di dalam parti itu kepada pihak berkenaan, Zaid berkata, beliau bersedia bila-bila masa untuk disiasat.

“Jika mereka mahu adakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) juga saya akan buat. Tidak takut. Jika mereka kata ada sokongan yang cukup untuk buat EGM, saya bersedia.

“Sekiranya mereka boleh dapatkan 51 peratus sokongan daripada ahli untuk buat EGM, teruskan. Kita bukan seperti parti lain yang perlukan 75 peratus untuk buat EGM,” katanya.

Jelasnya, nasib KITA bukan bergantung kepada ahli yang membawa masalah dalaman parti itu kepada RS.

Ditanya sama ada KITA akan meletak calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Zaid berkata, pihaknya sedang meneliti kawasan-kawasan yang sesuai untuk tujuan itu.

“Kita sedang melihat kawasan yang sesuai. Kemungkinan ada di Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi jumlah belum ditentukan. Kita tengok kemampuan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Pun begitu, bersandarkan sedikit pengaruh Zaid Ibrahim disamping kekuatan kewangan peribadinya, tidak mustahil KITA mampu memberi saingan yg bukan sedikit terhadap BN & PR dalam PRU ke-13 kelak terutama sekali terdapat kemungkinan utk KITA meraih sokongan dari kalangan ahli & penyokong PKR.

Di Kelantan pengaruh Zaid banyak berlegar sekitar parlimen Kota Bharu, Ketereh, Pasir Puteh dan Pasir Mas. Jika KITA benar-benar mengambil keputusan menyertai pilihanraya umum kelak, kebarangkalian ia mengganggu rentak Pas dan PKR di Kelantan memang ada.

Apapun, KITA hanyalah secebis daripada cerita-cerita keghairahan rakyat & pemimpin  Kelantan dalam pentas politik negeri & nasional. Sesuai dengan sikap sesetengah rakyat kelantan yg sentiasa berasa betul dalam semua segi dan sentiasa ingin menonjolkan kepimpinannya dalam banyak perkara.

6 thoughts on “Sejarah Politik Kelantan & Parti KITA…

  1. apa yang ditulis oleh penulis pada hemat saya adalah agak “studied and research” api ada sesetengah idea dan fakta yang agak kurang tepat…..paling ketara tentang sokongan 20,000 pengundi terhadap Ibrahim Ali,adalah pada amatan dan kajian saya adalah tidak berdasarkan fakta yang jitu…pada PRU sebelum 2004 iaitu pada PRU 1999,Ibrahim Ali pada masa ittu adalah Ketua bahagian juga kalah dalam pilihanraya…..2004 dia dibuang dari jawatn Ketua Bahagian dan bertanding di pengkalan pasir,,tapi kalah..UMNO yang menang…jadi tidak ada bukti kuantitatif bahawa IBrahim Ali mendapat sokongan rakyat PAsir Mas….pada saya Ibrahim Ali adalah pelengkap politik tanha air yang penuh kontroversi dan idea-idea yang perkauman, idea yang ketinggalan zaman….dia bukan fenomena politik tanah air tapi hanya bencana politik……biarlah dia bersama PERKASA nya yang tiada hala tujuan……….Perkasa juga satu pertubuhan yang akan lenyap bersama waktu sebagaimana S46,HAMIM,BERJASA dan pelbagai lagi pertubuhan yang tiada identiti …..

  2. Pingback: Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986… « XPressMinda

  3. Sangat bagus kajian tentang politik kelantan. Namum ada beberapa fakta yang meragukan. Dato Asri peresiden kedua pas masuk umno meragukan. Ahmad Fuad presiden Pas pertama. Beliau dari umno menyertai pas. Selepad itu masuk parti NEGARA .

  4. Point ke 24. Terkenang abe Bidi. Beliau pengasas pas baru. Pernah berceramah sepentas bersama dato nuar musa dan ybm ku leigh. Pernah keluar tv3 rancangan khas. Tapi sayang beliau pergi awal. Ikra adalah simbolnya.

  5. Pingback: Serpihan Air Asia - Kidz Smile

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s