Selepas Dekat 2 Bulan Peram Laporan JAIS…

Ntah apa yg susah sangat utk kerajaan Selangor releasekan laporan penuh JAIS berkenaan pemeriksaan JAIS ke atas gereja DUMC awal bulan lalu.

Ni sekarang MB Selangor janji hari Rabu dekat ni pula utk dedahkan laporan tersebut selepas duk bertangguh beberapa minggu.

Bendanya bukan susah sangat pun, segala akta & perundangan negara & negeri Selangor sendiri dah jelas tertulis kebenaran tindakan JAIS tu.

Harap-harap takdelah tangan ghaib yg cuba main kong kali kong dalam laporan tu nanti sebagaimana cubaan divert di awal kes oleh sebilangan pencacai PR.

Semoga Khalid Ibrahim ada ‘batu’ utk bercakap benar & laporan tu bersih drpd manipulasi tangan-tangan politik sementara hayat politik depa masih ada di Selangor ni.

MB dedahkan laporan lengkap pemeriksaan JAIS Rabu ini

SHAH ALAM 26 Sept. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendedahkan laporan lengkap berhubung pemeriksaan JAIS terhadap gereja DUMC, awal bulan lalu, pada Rabu ini.

Menurut sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor, laporan itu dijangka didedahkan selepas Mesyuarat Exco sekiranya mendapat perkenan Sultan Selangor.

”Menteri Besar menghadap baginda setiap hari Rabu dan dijangka akan membincang membincangkan mengenai laporan tersebut minggu ini.

”Sekiranya baginda memberi perkenan agar laporan itu didedahkan, ia akan diberitahu kepada media,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s