SPR, 60 000 Kad Pengenalan & Malek Hussin…

Sekali lagi Mkini buat kecoh dan sekali lagi Mkini kantoi. Dakwa Malaysiakini, SPR telah mengeluarkan sejumlah lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah atas arahan UMNO.

Kata mereka lagi dalam tempoh sedekad, seramai 600,000 pendatang asing mendapat kad pengenalan palsu tu untuk tujuan mengundi UMNO & BN bagi merampas Sabah daripada PBS.

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno. (Malaysiakini / 20 Sept 2011)

Hakikatnya tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menyediakan kad pengenalan sebaliknya mendaftarkan pemilih yg layak mengundi. Tugas mengeluarkan kad pengenalan adalah tugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kot ye nak menipu pun berpada-padalah, ni tak pasal-pasal kantoi tak tahu mana satu tugasan rasmi agensi kerajaan.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006. (Malaysiakini / 20 Sept 2011)

Malaysiakini kenal ka siapa Abdul Malek Bin Hussin tu?  Jom kita layan seketika sejarah politik Abdul Malek Hussin.

Abdul Malek merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP) Wilayah Persekutuan utk sesi 1985-1987.Pada tahun 1987 hingga 1989 pula Abdul Malek dilantik sebagai setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat.

Kemudiannya sekali lagi dia telah menyandang jawatan Ketua DPP Wilayah Persekutuan bagi sesi 1989-1994 sebelum mengumumkan perletakan jawatan pada 31 Ogos 1994

Menjelang pilihanraya ke-9 tahun 1995, Abdul Malek di angkat menjadi calon Pas utk Parlimen Bandar Tun Razak. Beberapa hari sebelum tarikh pengundian, Abdul Malek mengumumkan keluar drpd Pas dan menyertai UMNO dalam satu majlis yg di hadiri oleh Anwar Ibrahim.

Semasa krisis pemecatan Anwar ibrahim, Abdul Malek adalah antara orang kanan Anwar ibrahim yg turut mengembleng tenaga menggerakkan demonstrasi jalanan sebelum dikenakan tahanan ISA pada 25 September  1998 – 21 November 1998.

Pada 18 Oktober 2007 Ab dul Malek menang kes saman RM 2.5 juta terhadap kerajaan berhubung tahanan ISA ke atasnya sebelum ini, bagaimanapun pada 25 Mac 2010, Mahkamah Rayuan membatalkan bayaran gantirugi tersebut menyebabkan Abdul Malek terpaksa membayar kos perbicaraan sejumlah RM50,00 kepada kerajaan.

Salah seorang peguam yg pernah mewakili Abdul Malek dalam kes tuntutan samannya ialah R. Sivarasa yg merupakan ahli parlimen Subang (PKR), bekas Naib Presiden PKR dan sekarang ini turut menjawat jawatan sebagai MPP PKR.

Mafrel pula merupakan badan NGO yg kononnya bertujuan memantau perjalanan pilihanraya telah ditubuhkan oleh Abdul Malek sejak tahun 2003.

Melihat pd hubungan sejarah & kaitan langsung Abdul Malek & Mafrel dengan Anwar Ibrahim & PKR, layakkah ianya dijadikan asas utk membuktikan dakwaan Malek & Wikileaks itu?

Hatta pemimpin Pas sendiri  amat berhati-hati dengan sikap Abdul Malek. Misalnya salah seorang pemimpin Pas yang jugak Pengarah Pilihanraya Pas Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin pernah meluahkan keraguannya dengan kredibiliti Abdul Malek Hussin, katanya;-

Adakah kita boleh percaya orang seperti ini. Dalam keadaan dia (Malek) berbai’ah pun, dia berani khianat, inikan pula dalam soal yang tiada kaitan dengan bai’ah dengan Allah dan Rasulnya. – (Haji Ishak Surin / 14 Februari 2008)

Bila pemimpin Pas sendiri pun pernah bukak mulut meragui kejujuran & kredibiliti Abdul Malek, kat mana pulak asasnya utk kita ambil kata-kata Abdul Malek seperti dilaporkan oleh Wikileaks tu sebagai sumber sahih?

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994. (Malaysiakini / 20 Sept 2011)

Apa kehalnya seorang pengerusi NGO (Mafrel) bertemu dgn pegawai kedutaan Amerika untuk mengadu benda yg tiada kaitan dengan Amerika Syarikat? Tak ke pelik namanya tu.

Melainkan ada tujuan tersirat utk mengadu domba & mencipta cerita karut demi untuk menarik simpati Amerika utk memenuhi tujuan lain.

Yang jelasnya perjumpaan tersebut sebenarnya bermotifkan utk mendapat sokongan & dana kewangan drpd Amerika. Kaitan Mafrel, Abdul Malek dan Amerika anda boleh ikuti pendedahannya di blog Unspinners ataupun AIDC (klik sini).

Dan jangan terkejut Mafrel sememangnya pernah menerima bantuan dana drpd Amerika seperti di akui oleh pengerusi baru Mafrel.

“Saya tak nafikan (penerimaan dana) itu sebenarnya. Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kita sememangnya memerlukan dana untuk mengadakan pemantauan proses pilihan raya.

Saya hairan kalau ada pihak kata kita tidak perlukan kewangan. Kita perlukan dana dan dana ini sesuatu yang normal yang sememangnya diperlukan dalam mana-mana organisasi, parti politik mahupun NGO”. – (Syed Ibrahim Syed Noah)

Sedikit petikan berita berkaitan dana kewangan daripada Amerika utk Mafrel adalah seperti berikut;-

Syed Ibrahim berkata, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), Mac 2008 yang lalu Mafrel telah menerima dana sebanyak US$50,000 (RM170,000) bagi menampung kos kajian dan penyelidikan pada ketika itu.

“Seingat saya dana yang diberikan adalah daripada dua syarikat iaitu, Kedutaan Finland untuk PRU-12 dan International Republican Institute (IRI) di Amerika Syarikat untuk pilihan raya negeri di Sarawak.

“Dana itu khusus untuk tujuan latihan dan pemantauan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung. Bagi saya tak ada yang pelik dan ajaib dalam isu ini,” katanya. – (MStar Online / 06 Mei 2010)

Abdul Malek berjumpa dengan pegawai Kedutaan Amerika memanglah betul kerana tujuan perjumpaan berkisar pada memohon dana & sokongan Amerika, ianya terbukti sebagaimana di akui oleh pengerusi baru Mafrel yg mengesahkan Mafrel telah menerima dana tersebut sebelum PRU 2008 lalu.

Tambahan lagi dengan status haru biru Abdul Malek yg sekejap Pas, sekejap Anwar, fahamlah kita apa yg Abdul Malek ceritakan pada pegawai kedutaan Amerika itu hanyalah dongengan sebagai satu usaha mengukuhkan permohonan dana drpd Amerika.

Menjawab Fitnah Malaysiakini;-

Sebelum terus membaca perenggan dan fakta di bawah, Blog XPressMinda menyarankan anda semua utk mengingati dan highlight dalam minda masing-masing quote petikan berita Malaysiakini di bawah ini.

Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.(Petikan artikel Malaysiakini / 20 September 2011)

Data-data di bawah adalah utk menjawab tuduhan berkaitan pengeluaran 600,000 kad pengenalan yg kononnya diberikan kepada pendatang asing supaya mengundi BN dalam tempoh 10 tahun (sedekad) & data berikut boleh membantu Malaysiakini & para pembaca semua kembali celik mata, terbuka minda dan tidak terus buta angka.

Data #01 di atas menunjukkan jumlah pengundi berdaftar bagi 5 negeri termasuk Sabah untuk tempoh 34 tahun bermula 1986 hingga 2010.

Mengikut dakwaan Malaysiakini yg memetik kata-kata Abdul Malek, dalam tempoh sedekad (10 tahun) ada sejumlah 600,000 rakyat asing menerima kad pengenalan dan 60,000 drpdnya di keluarkan oleh SPR atas arahan UMNO.

Data #01 di atas menunjukkan sejak 1986 hingga 2010 hanya ada sejumlah 455,349 pengundi baru yg berdaftar dalam tempoh 34 tahun. Dan jumlah lebih 400,000 pertambahan pengundi di Sabah itu dalam tempoh 34 tahun adalah selari dengan pertambahan pengundi berdaftar di 4 negeri lain yg turut menyaksikan pertambahan jumlah pemilih dalam tempoh tersebut.

Jadi di mana dia pertambahan 600,000 pengundi warga asing untuk mengundi UMNO & BN dalam masa sedekad (10 tahun) bagi negeri Sabah?

Data #02 menunjukkan jumlah pengundi dan pertambahan pengundi berdaftar bagi tahun 1986 hingga 1990.

Untuk pengetahuan Malaysikini dan semua balaci Pas serta PKR, pada tahun 1986 PBS merupakan salah satu komponen BN yg memerintah negeri Sabah.

PBS keluar drpd BN menyertai Gagasan Rakyat yg diketuai PMS S46 hanya beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-8 tahun 1990 yg menyaksikan 14 parlimen di Sabah dikuasai dgn mudah oleh PBS.

Berdasarkan Data #02 di atas, di antara 5 negeri tersebut, Johor mencatatkan peningkatan jumlah pengundi paling ramai yakni 204,241 orang berbanding Sabah 157,120 & Sarawak 146,066.

Peningkatan jumlah pengundi di Sabah adalah konsisten dengan negeri lain.

Data #03 adalah jumlah pendaftar utk 5 negeri termasuk Sabah bagi tahun 1990 hingga 1995.

Dalam Data #03 di atas, hanya Kelantan dan Selangor sahaja yg terus mencatatkan pertambahan besar pengundi berdaftar.

Sabah, Selangor & Sarawak hanya merekodkan penurunan di mana jumlah pemilih baru agak kurang berbanding Data #02 sebelum ini.

Jumlah pertambahan pengundi berdaftar di Sabah walaupun menurun berbanding tempoh sebelumnya, namun ia konsisten dengan negeri lain.

Jika dakwaan Malaysiakini adalah betul kononnya wujudnya pemberian 60,000 kad pengenalan palsu kepada pendatang asing yg diberikan secara peribadi oleh bekas pengerusi SPR, maka sepatutnya jumlah pertambahan bagi tempoh tahun 1990 hingga 1995 terus mencatat kenaikan dan bukannya makin menurun.

Dalam tempoh 1986 hingga 1990 wujud pertambahan 157,120 pengundi baru makanya jika logik 60,000 pengundi warga asing hasil pemberian kad pengenalan oleh bekas pengerusi SPR ataupun 600,000 pengundi baru warga asing dalam tempoh sedekad itu benar-benar wujud, jumlah pertambahan pengundi baru di Sabah sewajarnya makin bertambah bukannya menurun.

Tambahan pulak tempoh 1990 – 1994 adalah tempoh PBS memerintah Sabah secara bersendirian.

Namun hakikatnya tidak sedemikian, tiada pertambahan mendadak pengundi baru sebaliknya yg berlaku adalah penurunan jumlah pemilih baru berbanding 1986 – 1990.


Data #04 menunjukkan semua 5 negeri di atas mencatat penurunan pemilih baru.

Data #04, di antara tahun 1995 hingga 1999, negeri Sabah hanya menyaksikan sejumlah 73,780 pengundi baru dan negeri lain turut mencatatkan penurunan daftar pengundi baru tempoh yg sama.

Data #05 merekodkan 10 tahun pendaftaran pengundi baru dari tahun 1990  hingga 1999.

Ini adalah klimaks kepada data-data di atas dan ia berkait rapat dgn dakwaan jahat Malaysiakini & Abdul Malek.

Imbasan fitnah jahat tersebut;-

Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.(Petikan artikel Malaysiakini / 20 September 2011)

Bagi yg rabun mata atau keliru tentang angka, silap klik pada data di atas (Data #05) utk besarkan imej.

Dakwa Malaysiakini sepanjang sedekad (1990 – 1999) sejumlah 600,000 pendatang warga asing di beri kad pengenalan sebagai pertukaran utk mengundi UMNO & BN & 60,000 lagi kad pengenalan adalah dikeluarkan secara peribadi oleh pengerusi SPR, Abdul rashid.

Ringkasan Fakta;-

1. Data #05 di atas menunjukkan dalam tempoh 10 tahun hanya sejumlah 180,742 orang pengundi baru sahaja yg berdaftar sebagai pemilih sah di Sabah.

2. Jika dakwaan Malaysiakini adalah betul, angka pengundi baru dari tahun 1990 hingga 1999 sepatutnya 840,742 (180,742 + 60,000 + 600,000).

3. Andaikata tuduhan Malayskiani adalah bukan fitnah, maka jumlah keseluruhan pengundi Sabah bagi tahun 1999 ialah melebihi sejuta orang ataupun angka tepatnya ialah 1,400,742 orang pengundi keseluruhannya (740,742 + 60,000 + 600,000).

4. Hakikatnya jumlah pengundi baru yg berdaftar di negeri Sabah bagi tempoh 34 tahun  cumalah 455,349 orang sahaja (3 dekad lebih). Jauh drpd mencapai angka 600,000.

5. Manakala jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Sabah sehingga 2010 hanyalah 858,229 termasuk 455,349 pengundi baru yg telah berdaftar dengan SPR semenjak 1986 (Data #01).

Kesimpulan;-

Terbukti dakwaan & fitnah  Malaysiakini yg bersandarkan rekod percakapan Abdul Malek dengan pegawai kedutaan Amerika itu adalah merupakan fitnah jahat yg niatnya jelas utk mencalar imej SPR & kerajaan.

Amatlah dikesali apabila sebuah portal berita yg kononnya bebas dan telus rupanya tak lebih ibarat majalah gossip hiburan. Sudah acapkali Malaysiakini menyiarkan berita & artikel tanpa terlebih dahulu melakukan kajiselidik tanpa memikirkan kesan buruknya pada pembaca mereka.

Diharapkan para pembaca dapat lebih berhati-hati di masa depan dan tidak mudah lagi tertipu dgn berita bohong seperti itu. Guna akal anugerah Allah s.w.t utk berfikir betul atau salah dan janganlah mudah menelan semua yg di siarkan oleh mereka.

+-+-+-+-+-+-+ ~~~ +-+-+-+-+-+-+

* Berikut pula ialah penafian bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid berkaitan isu yg sengaja ditimbulkan oleh Malaysiakini.

Rashid nafi kata Mafrel 60,000 dapat IC bantu Umno kuasai Sabah

Oleh G Manimaran
September 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.

Rashid yang meninggalkan SPR akhir 2008 berkata, beliau pernah bertemu dengan Abdul Malek Hussin ketika mengetuai badan pemantau Rakyat Malaysia Untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), tetapi tidak pernah menyentuh mengenai isu pemberian kad pengenalan palsu sebagaimana didakwa.

“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating . . . saya memang pernah jumpa dia dalam usaha mengadakan kerjasama baik dengan badan-badan pemantau pilihan raya di negara ini.

“Tujuan saya ialah mahu mewujudkan kerjasama dan membincangkan cara-cara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya, mahu mendapatkan pandangan mereka . . . itu sahaja,” kata beliau sambil menegaskan, “setahu saya, saya tidak pernah sebutkan perkara ini (isu kad pengenalan palsu kepada rakyat asing).”

“Apa yang dicakapkan itu tidak betul,” kata beliau yang pernah menyandang jawatan setiausaha SPR sebelum dilantik sebagai pengerusinya.

Rashid merupakan setiausaha paling lama berada di SPR.

Kata Rashid, isu pengeluaran kad pengenalan terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sama sekali tiada kaitan dengan SPR.

“SPR hanya mendaftar mereka yang ada kad pengenalan, kalau tidak ada kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh didaftar sebagai pengundi . . . itu jelas,” kata beliau.

Rashid juga berkata, beberapa parti di Sabah pernah menimbulkan isu itu kepada beliau pada tahun 1980-an dan 1990-an atas kapasitinya sebagai pengerusi SPR.

“Mereka kata ada peningkatan jumlah pengundi, datang jumpa saya. Saya juga menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya fungsi SPR.

“Soal pemberian kad pengenalan bukan kerja kami, tetapi JPN . . . saya beritahu mereka SPR tidak boleh campur tangan dalam isu pengeluaran kad pengenalan,” kata beliau.

Rashid mengulas laporan media memetik kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor, mendedahkan kononnya Rashid mengakui pernah dikeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 1990-an atas arahan Umno.

Laporan WikiLeaks disiarkan oleh portal Malaysia Today kelmarin.

Menurut laporan itu, Mafrel yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengakui perkara tersebut dalam satu pertemuan di rumahnya pada 25 Oktober 2006.

Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 1990-an untuk merampas Sabah,  yang dikuasai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1994.

Kerajaan PBS Sabah jatuh selepas pilihan raya umum negeri pada 1994 dengan beberapa wakil rakyatnya keluar parti itu dan menyertai Umno dan komponen BN.

Parti itu menang di kebanyakan kerusi dengan majoriti tipis ketika itu.

Sepanjang dekad 1990-an Umno didakwa memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing. Kebanyakan mereka dikatakan beragama Islam dari Indonesia dan selatan Filipina di Sabah untuk bertindak sebagai pengundi.

Soal pemberian taraf kewarganegaraan dengan ‘segera’ dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah dan berlaturan sehingga kini.

Pemimpin-pemimpin negeri itu sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian dengan mahu pihak kerajaan pusat mengambil tindakan sewajarnya.

Malah sejak beberapa bulan lalu, isu yang sama menjadi perhatian di Semenanjung, tetapi dinafikan oleh JPN dan SPR.

Sumber : Malaysia Insider

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s