UMNO Saman Pas, Mat Sabu Saman Utusan, Syed Disaman Husam…

Nampak gayanya dalam tempoh sebulan dua ni kita akan disajikan dgn banyak kes saman menyaman. Semuanya melibatkan orang politik.

Pada 14 September lepas UMNO memulakan tindakan menyaman Mustapha Ali & Harakahdaily berikutan fitnah Pas yg mengaitkan UMNO sebagai dalang punca JAIS melakukan pemeriksaan ke atas gereja DUMC.

Awal petang yg sama jugak Mat Sabu akhirnya mengambil tindakan utk menyaman Utusan Malaysia berkaitan isu Mat Indera komunis.

Dan kelmarin, giliran Husam Musa pulak menyaman Syed Azidi Syed Abdul Aziz, pemilik blog Kickdefella atas alasan blogger Kickdefella itu telah menyiarkan artikel fitnah terhadapnya. Semalam, Syed Kickdefella telahpun secara rasmi menyahut saman Husam itu melalui satu entri di blognya semalam.

Di antara 3 kes di atas, pertembungan yang melibatkan Husam & Syed Kickdefella adalah paling unik kerana ia membabitkan 2 orang yg pernah bekerjasama dalam satu pasukan & pernah bersama-sama mengharungi gerakan politik propaganda dalam kapal yg sama.

Kickdefella merupakan ahli UMNO yg berjaya ditarik oleh Husam Musa utk bertempur bagi pihak Pas semasa kecelaruan pimpinan UMNO di bawah Tun Pak Lah.

Lebih dari itu, Kickdefella telah di angkat sebagai jentera perang saraf yg paling berkesan bagi menaikkan nama Husam dalam kepimpinan Pas. Bukan kecil anak jasa Kickdefella utk Husam mahupun Pas.

Sehinggalah berlaku kekeruhan politik Kelantan & Pas melibatkan menantu Nik Aziz kemudiannya telah membawa kepada sengketa terbuka antara mereka berdua.

Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, saya diberi pelbagai arahan termasuklah galakan dan permintaan supaya saya menulis dan menggunakan kreativiti saya untuk memburuk-burukan musuh politik beliau termasuklah yang berada di dalam parti politik yang sama dengan beliau.

Beliau juga berusaha menyakinkan saya tanpa mengemukakan bukti bahawa terdapat korupsi di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan dan pimpinan tertinggi partinya ketika itu. (Syed Kickdefella / 20 Sept 2011)

Mereka berdua diibaratkan bagai belangkas, di mana ada Husam di situ ada Kickdefella. Di sinilah unik pertembungan ini, tentu sekali perbicaraan di mahkamah kelak bakal merungkai banyak episod baru yg kita sendiri tidak ketahui selama ini.

Husam sebagaimana kita kenali merupakan anak emas kepada MB Kelate Nik Aziz Nik Mat, pernah berkhidmat sebagai Setpol Nik Aziz sebelum naik secara mendadak dalam hierarki kepimpinan Pas Pusat.

Nyawa politik Husam banyak berkisar pd sokongan Nik Aziz dan hubungan rapatnya dgn Anwar Ibrahim. Dari segi sokongan grassroot beliau jauh di belakang berbanding pesaingnya YB Nik Amar.

Walaupun kurang popular dikalangan rakyat Kelantan yg pro Pas, tapi gerak kerja politik Husam yg strategik, tersusun dan kemas merupakan sebab kenapa beliau menjadi anak emas Nik Aziz.

Pun begitu jika Husam gagal dalam kes samannya terhadap Kickdefella, tidak mustahil status anak emas itu bakal berubah kelak.

Lawan Husam di mahkamah nanti bukannya orang lain sebaliknya anak buahnya sendiri yg banyak mengetahui tiap gerak geri Husam selama 3 tahun mereka bekerjasama.

Ibarat kata Syed Kickdefella;-

Hipokrasi beliau juga amat ketara dan sepanjang tempoh perkhidmatan, saya beberapa kali diajak oleh beliau ke premis-premis yang tidak sesuai untuk beliau kunjungi sebagai pimpinan sebuah parti Islam.

Saya juga terpaksa menyaksikan gelagat-gelagat beliau ditempat awam yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tinggi sebuah parti Islam.

Berdasarkan yang dinyatakan diatas, saya percaya kes ini turut akan membawa banyak faedah kepada orang awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya. (Syed Kickdefella / 20 Sept 2011)

Strategik Husam mudah difahami, mengambil tindakan saman mungkin bagi dia mampu menggertak Syed Kickdefella, hakikat adalah sebaliknya.

Sama-sama kita saksikan apa yg bakal terlondeh kelak, sambil tu singgah-singgah la di blog Kickdefella (kickdefella.wordpress.com) utk menyelongkar pelbagai pendedahan berkaitan Husam, Pas & Kerajaan Kelantan  sepanjang akhir November 2009 hinggalah detik sekarang.

* Bila Anwar nak saman Datuk Eskay & PapaGomo? Klik sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s