Tiba-Tiba Pas Sayangkan Negara…

Pelik bin ajaib. Pas tiba-tiba menonjolkan diri sebagai parti yg patriotik. Rela atau terpaksa? Patriotik atau hipokrit?

Selepas mempertikaikan pengorbanan perwira-perwira negara yg berkorban nyawa menghancurkan komunis, boleh pulak Pas berlapang dada mempertahankan bendera Jalur Gemilang.

21 Ogos 2011 yg lepas, Pas melalui Mat Sabu bukan saja memperlekehkan perwira negara malah menghina jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan negara seperti Tun Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Mat Indera yg mengetuai suku sakat komunis di angkat sebagai hero, anggota polis Bukit Kepong yg dibunuh kejam oleh pengganas komunis dilekeh-lekehkan.

Lebih dari itu Mat Sabu turut menghina lagu Negaraku dengan menganggapnya sebagai ciplak drpd lagu terang bulan.

Demikian jugak Mat Sabu turut seakan menghina bendera kita & kemerdekaan negara apabila mengiakan fahaman segelintir anak muda pro Pas yg menganggap tiada gunanya menyambut kemerdekaan negara atas sebab kononnya bendera kita serupa seperti bendera Amerika.

“Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno, sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata “umph sambut buat apa”, bendera pun dia kata serupa bendera Amerika.

“Lagu negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.”

“Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube, dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa, ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap,… takpalah dah guna pakai nak buat macamana”.

“Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong polis itu, polis British. Hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera… Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup”

“Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu umno. Cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat. Polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping”. – (Mat Sabu / Tasek Gelugor / 21 Ogos 2011)

Kelancangan M. Manoharan menghina bendera Malaysia berlaku selepas Mat Sabu mempertikaikan kemerdekaan negara dgn mengangkat Mat Indera komunis sebagai sebagai hero dan di dalam ceramah yg sama jugak Mat Sabu memandang rendah bendera negara serta menghina lagu Negaraku sebagai ciplak.

Cuba baca pula berita di bawah ini dan bandingkan pulak dgn quote petikan ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 yg lepas. Berlawanan sama sekali.

PAS bantah tukar Jalur Gemilang
Pemimpin pembangkang bidas ADUN DAP keluar kenyataan kontroversi

KUALA LUMPUR: PAS membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang ingin menukar Jalur Gemilang jika pembangkang menguasai Putrajaya, sebaliknya mahu bendera yang menjadi simbol kekuatan negara itu dipertahankan walau apapun berlaku.

Sambil mempersoalkan hasrat ADUN DAP itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tiada sebab untuk pembangkang menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.

“Bendera Malaysia sudah abadi dalam sejarah dan kehidupan masyarakat kita. Perjuangan untuk ke Putrajaya bukannya mahu menukar bendera sebaliknya mahu menukar kepemimpinan yang ada. PAS akan mempertahankan Jalur Gemilang sebagai bendera negara.

“Bagi saya apakah salah dan ada dosa hingga kita perlu menukar bendera… pemimpin (pakatan pembangkang) perlu lebih cermat dalam membicarakan mengenai isu membabitkan kenegaraan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Salahuddin menyifatkan hasrat Manoharan itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya keputusan pembangkang.

Manoharan dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasannya dan menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih Barisan Nasional (BN) daripada Malaysia.
Tindakan pemimpin DAP itu turut ditempelak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan cadangannya sebagai bukti pembangkang mempunyai niat untuk merombak segala-galanya di negara ini tanpa menghormati atau menghargai sejarah dan warisan negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, turut membidas cadangan Manoharan dengan menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada mana-mana pemimpin pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan serta tidak boleh diperlekeh mahupun dipersendakan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan atau berhasrat untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata Manoharan perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan belajar semula undang-undang berikutan kenyataan dangkalnya mahu menukar Jalur Gemilang.

“Sebagai warga negara Malaysia dan sebagai seorang pengamal undang-undang, Manoharan sepatutnya maklum bahawa bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan cadangannya itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Mat Sabu kita telah lama ketahui, banyak bercakap berbanding kerjabuat utk rakyat.

Pun begitu dengan kedudukan Mat Sabu sebagai orang nombor 2 Pas (Timbalan Presiden) bermakna ia bukannya pandangan peribadi semata-mata tapi itulah pemahaman rasmi Pas selama ini.

Mempertikaikan kemerdekaan negara, memperlekehkan bendera Malaysia, menghina pengorbanan pejuang kemerdekaan negara hanyalah satu daripada cara paling mudah utk menanam keraguan sesetengah khalayak rakyat terhadap kerajaan yg memerintah.

Samaada disedari atau sebaliknya, tindakan sedemikian berupaya mengurangkan semangat patriotisme dikalangan sesetengah rakyat.

Soalnya sekarang, dengan kenyataan terbaru Pas melalui Naib Presidennya, saudara Sallahuddin & Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, adakah betul ia menunjukkan Pas masih lagi satu entiti politik yg menyanjung semangat patriotik & sayangkan negara?

Boleh Pas beri jaminan andaikata wujudnya pencerobohan musuh, penyokong-penyokong Pas akan berganding bahu berkorban harta dan nyawa utk mempertahankan kedaulatan negara?

Dengan sikap Pas yg kerap memperlekehkan sejarah negara kita, sukar utk diyakini yg Pas tidak akan menjadi seperti Syiah di Iraq yg meraikan kedatangan tentera penceroboh Amerika sewaktu kempen pencerobohan Iraq dalam usaha mereka menjatuhkan Saddam Hussien.

Kita faham Pas terlampau desperate mencari jatidiri utk meletakkan batang tubuhnya sebaris dengan sejarah ketamadunan tanahair. Namun dalam berpolitik ada hadnya, ada batasnya. Kalau tak mampu mencipta sejarah yg baik utk negara, jangan kita robekkan sejarah, panji & kemerdekaan negara.

Kalau Pas yakin masih ada jiwa patriotik dalam diri mereka, eloklah Pas didik bebetul pemimpin mereka supaya pandai membezakan mana satu isu politik dan mana satu semangat patriotik.

Balaci bawahannya & balaci PR yg lain seperti dalam quote dibawah ni elok ditarbiah semula supaya depa kembali kenal jatidiri dan reti membezakan antara politik parti dengan semangat menghormati bendera negara kita.

Tiada guna Pas gah saban hari di pentas ceramah bertepik sorak mahu memerintah negara ini bila gagal menghormati kemerdekaan, panji negara dan sejarah nusa bangsa.

Sample petikan komen yg tidak patriotik

Samsudin Osman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SKALI Community Engagement Sdn Bhd
bendera negara pun takde identiti sendiri….tiru bendera AMERIKA….phhiiraaahhh

Ipoh Mali· Pengulas Tertinggi
Tukar je.. Tak Islamic Langsung! dah la tiru Bendera Amerika… dgn lagu2 Negara ku pun kena tukar rentak lagu.. walau apa pun… yg Penting! Kerajaan regim UMNO kita kena tukar!
Faiz Faizal · University of Pennsylvania
Pendapat saya, rekabentuk bendera negara perlu juga dinilai semula di masa depan kerana sudah beberapa insiden dalam misi kemanusiaan disalah anggap sebagai bendera Amerika Syarikat hingga hampir mengorbankan nyawa para sukarelawan MY.
Jef ButterSound
Libya benderanya ditukar, Malaysia? lwn tetap lwn~.
semngat patriotik lahir apabila kita mempunyai identiti tersendiri, klau dh lagu ngan bendera ciplak nk lhir mcm mane smngt patriotik?
Dzul Fauzi Hj Raduwan
Aku cadang tukar lagu ‘Negaraku’ sebab tidak original. Kan ramai penggubah lagu di Malaysia ni. Tentu mereka boleh cipta lagu kebangsaan yang sedap dan bersemangat. cayalah!!
Vander Stone · Top Commenter · Southern Illinois University Carbondale
1. alaaa tukar pun tak apa, design pun terikut2 negara semcm USA sama juga dgn tugu BODOH negara yg jd kebanggaan melayu umnoBODOH!
* semua petikan komen ini di ambil dari Mkini. Harap maklum.

2 thoughts on “Tiba-Tiba Pas Sayangkan Negara…

  1. lantak korang laaaa… apa yang penting sekarang ini, bila je masa mengundi. kita pergi. barisan nasional ada 1 agenda , barisab altenet tab ada 3 agenda… so ko pilihhh laaa yg mana satu… klu tak berkenan ko tekan je Alt + Ctrl del… dia terus padam… dengan ko ko sekali haa haa haaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s