Samseng Berparang Makin Menjadi-Jadi Di Negeri Berkebajikan…

Dah jadi macam penyakit bermusim pulak, lepas satu timbul lagi satu. 28 Ogos 2011 lepas rompakan berparang berlaku di Selangor, kali ni samseng berparang pulak bermaharalela di Penang yg jugak negeri berkebajikan ala PR.

Satu persamaan di kedua-dua buah negeri ni, ialah kewujudan banyak pusat mengurut dan pusat hiburan yg tumbuh macam cendawan semenjak suku kedua tahun 2008.

Bila ada pusat mengurut, pusat hiburan, kelab malam bersepah tak dapat tidak kita tak boleh lari drpd bercakap kesan sampingan gejala samseng. Itu hakikat.

Tambah-tambah pulak zaman keterbukaan melampau dgn segala macam provokasi memburukkan pihak keselamatan seperti polis, kemudian ada pulak beberapa pihak mengherokan penjenayah, jadi tak pelik kalau ianya telah menyuburkan keberanian gila babas dikalangan sesetengah penjenayah jalanan.

Walaupun secara umumnya indeks jenayah seluruh negara dan hampir semua negeri menunjukkan penurunan, tapi jenayah kekerasan dan bersenjata nampak macam dah  jadi satu trend pula.

Ingatkan bila dah ada negeri berkebajikan kehidupan rakyat makin aman permai, rupanya lain yg diharap parang pulak yg dapat. Naya..naya..

Pemilik kedai kopi hampir putus tangan diserang kumpulan bersenjatakan parang

GEORGE TOWN: Seorang pemilik kedai kopi hampir putus pergelangan tangannya selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu di kedainya di Lorong Delima 5, Island Glades, di sini, malam tadi.

Loe Hock Guan, 37, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilapor stabil.

Kejadian pada jam 11 malam itu turut menyebabkan seorang pelanggan yang dikenali sebagai Tan Soon Lye, 55, cedera di tangan dan dirawat di hospital swasta.

Ketika kejadian, Loe dipercayai duduk di kaunter pembayaran dan tujuh lelaki berumur dalam lingkungan 20-an yang menyerang pemilik kedai itu turut menyelerakkan meja dan kerusi dalam kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata polis kini giat mengesan kesemua suspek di kawasan berkenaan dan dua daripada mereka berasal dari Gelugor dan Padang Tembak.

Beliau berkata, hasil siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan menunjukkan kesemua suspek memakai topi keledar, jaket kulit berwarna coklat, biru dan t-shirt hitam.

“Siasatan awal polis mendapati seorang suspek kumpulan terbabit mengambil wang tunai lebih kurang RM1,000 daripada mesin duit dan sebatang besi keluli turut dijumpai di tempat kejadian,” katanya.
Motif serangan itu dipercayai berpunca daripada mangsa dan pekerjanya menegur dua lelaki kumpulan terbabit yang mabuk teruk di kedainya, katanya. – BERNAMA

 Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s