Demo Mini Skirt…

Geng-geng mini skirt pun dah reti berdemo skang. Tapi ni bukan di Malaysia la, tapi di Jakarta.

Depa berdemo utk protes kenyataan Gabenor Jakarta yg menasihatkan supaya orang pompuan mengelakkan diri drpd memperagakan mini skirt kerana ia berisiko boleh menyebabkan berlakunya kejadian tak diingini.

Komen Gabenor tu berkait rapat dgn satu kes rogol  secara berkumpulan yg melibatkan seorang mangsa berumur 27 tahun pd 1 September lalu di Jakarta ketika mangsa menggunakan perkhidmatan minivan.

“They must adjust to their surrounding environment so that they don’t provoke people to commit unwanted acts. Imagine if someone on board a mikrolet (minivan) sits wearing a mini-skirt, you would get fidgety”. (Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo)

Betulkah kejadian rogol ada kaitan dgn mini skirt atau pakaian mendedahkan aurat? Salahkah apa yg dinasihati oleh Gabenor Jakarta tu?

Gabenor tu berniat baik ketika meluahkan pendapatnya tu, dia bukannya menggalakkan perogol merogol pompuan bermini skirt sebaliknya menasihati orang pompuan supaya menjaga peragaan pakaian utk kebaikan orang pompuan jugak.

Banyak sebab berlakunya jenayah rogol, pakaian yg singkat & ‘seksa’ tu pun satu hal, peluang depan mata pun satu hal, otak kuning bershit dgn nafsu mengelodak pun satu hal, kebanjiran vcd/dvd lucah pun satu hal jugak.

Pendek kata, nasihat Gabenor Jakarta tu betul pada dasarnya, mencegah tu lebih baik drpd termengandung kerana di rogol.

Harap-harap kita di Malaysia ni takdelah sampai berdemo-demo bila ditegur cara berpakaian tu, takde salahnya menerima dgn hati yg terbuka.

Sekumpulan wanita berskirt mini berhimpun di Jakarta

JAKARTA 19 Sept. – Kira-kira 50 orang wanita memakai skirt mini dan sarung kaki panjang berwarna-warni berkumpul di Jakarta hari ini sebagai bantahan kepada komen gabenor Jakarta yang menyalahkan cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual.

Protes tersebut sebagai respons terhadap kepada kenyataan Fauzi Bowo yang berkata Jumaat lalu wanita tidak patut memakai pakaian yang terlalu terdedah bagi mengelakkan daripada dirogol atau dicabul.

Perhimpunan tersebut bertujuan meminta polis dan kerajaan Indonesia untuk lebih berusaha menjaga keselamatan wanita serta membantu mangsa gangguan seksual, bukan menyalahkan cara pemakaian wanita. – Reuters

Sumber: Utusan Malaysia

 

Pun gitu, banyak jugak kes rogol dalam konteks negara kita Malaysia ni, tak terhad pd pakai seksi aja, ada jugak kes orang bertudung litup, nenek yg dah tua pun ada yg dirogol.

Pucuk pangkalnya nafsu bila dah menguasai diri seseorang jangan kata orang, kambing pun ada yg sanggup pi rogol. Mungkin sebab kambing tu tak berpakaian kot. ka..ka..

Remaja liwat kambing kali kedua
BACHOK: “Budak itu terbaring keletihan tanpa memakai baju berhampiran kambing saya,” kata Gayah Kasim, 36, pemilik seekor biri-biri yang menjadi mangsa perbuatan seks luar tabii seorang remaja di Kampung Pengkalan Chegal, Tawang, dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu disedarinya selepas memeriksa kandang haiwan peliharaannya kira-kira 10 meter dari rumahnya apabila mendengar bunyi bising dan pelik dari kawasan terbabit.

Katanya, budak itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menyergahnya dan menjerit meminta pertolongan.

 

Apapun, pandai-pandailah kaum hawa bawak diri masing-masing, elakkan dari berjalan seorang diri apatah lagi di tempat yg tak ramai orang. Zaman skang kalau kambing pun tak selamat, orang pompuan lagi la berisiko menjadi target jantan haprak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s