Bendera Malaysia: Pengetahuan Am Untuk DAP & PAS…

Pakatan Rakyat (PR) semenjak pasca PRU 2008 telah banyak bermain dgn isu panas, mencipta kekalutan dan terlampau kerap bikin kacau kedamaian rakyat Malaysia.

Ada saja yg mereka usik samaada utk carik penyakit mahupun cuba cuit-cuit sana sikit sini skit.

Spesis politikus jiwa kacau, kerdil dan tidak patriotik tapi boleh pulak berangan utk memerintah negara ini selepas dipijak dan diperlekehkan sejarah negara dan bendera sendiri. Lancau punya manusia keparat.

Mat Sabu dgn masalah buta sejarahnya duk angkat Mat Indera komunis sebagai pejuang kemerdekaan, M. Manoharan pula buta bendera negara hingga tak boleh beza antara politik kepartian dgn semangat patriotik.

Apa yg Mat Sabu pertikaikan pasal sejarah Bukit Kepong adalah senada dgn pandangan sesetengah balaci Pas yg lama sebelum itu telah memperlekehkan pengorbanan anggota polis yg terbunuh dalam serangan ganas komunis yg diketuai Mat Indera.

Manakala isu bendera yg diungkit oleh M. manoharan dari DAP ni pula jugak sekian lama sebelum ini pernah dijadikan isu oleh pengikut Pas dgn mengaitkannya dgn bendera Amerika.

Pendek kata samaada Pas mahupun DAP, mereka berbeza ideologi tapi nawaitu sama yakni mempertikaikan apa saja berkaitan negara kita demi kepentingan politik sempit kepartian dan mereka berkongsi matlamat sama utk merobek semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia.

 

Kali ni meh kita kenali beberapa jenis bendera negara-negara atas dunia ni termasuk bendera Malaysia dan sejarahnya.

 

Sejarah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia ni utk pengetahuan M. Manoharan dan balaci Pas serta DAP, bukanlah ciptaan pemimpin Perikatan ataupun BN.

1.   Bendera Malaysia terhasil pada tahun 1949 melalui satu pertandingan di peringkat kebangsaan yg dikelolakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan diperakui oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

2.   Seramai 373 karyawan seluruh negara menyertai pertandingan rekabentuk bendera negara kelolaan MPP tersebut.

3.   Sebanyak 3 rekabentuk layak ke peringkat akhir dan akhbar The Malay Mail telah ditugaskan utk mendapatkan pendapat umum utk mengetahui pilihan rekabentuk bendera yg sesuai.

4.   Rekabentuk pertama, mempunyai lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

5.   Rekabentuk kedua, ada 11 bintang pecah lima yang disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang.

6.   Rekabentuk ketiga pula, memiliki 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

7.   Keputusan yg diperolehi oleh The Malay Mail pd 28 November 1949 ialah majoriti rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu memilih rekabentuk ketiga yakni 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri bendera.

8.   Rekabentuk bendera yg ketiga itu di reka oleh Encik Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek dari Johor.

9.   Pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan perubahan pada bendera yg direka bentuk oleh saudara Mohamad bin Hamzah.

10. Pindaan tersebut ialah, 11 jalur merah dan putih, warna biru di tepi kiri atas bendera dan bulan serta bintang berbucu 11 dan size standard bendera ialah 6 kaki x 3 kaki.

11.  Selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan juga King George VI, bendera negara buat pertama kalinya dikibarkan di Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

12.  Berikutan gagasan pembentukan Malaysia yg menyaksikan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura, maka pindaan dilakukan dgn menjadikan jumlah jalur merah & putih kepada 14 jalur (7 Merah & 7 putih) diikuti perubahan bucu bintang berwarna kuning kepada 14 bucu.

13.  Singapura dikeluarkan drpd Malaysia pd 9 Ogos 1965, namun 14 jalur dan 14 bucu bintang dikekalkan dengan satu drpd bucu bintang & satu jalur itu mewakili kerajaan persekutuan.

14.  Bendera yg kita kibarkan pada hari ini adalah sama seperti yg berkibar pada 16 September 1963.

 

Mengenali Bentuk Bendera Pelbagai Negara

 

 

 

Bendera Malaysia (1 Bulan sabit + 1 Bintang besar berbucu 14 + 14 jalur merah & putih)

 

 

 

 

 

Bendera Amerika Syarikat (50 bintang kecil berbucu 5 + 13 jalur merah putih)

 

 

 

 

 

Bendera Liberia (1 bintang besar berbucu 5 + 11 jalur merah putih)

 

Soalan;-

Pernahkah kita mendengar rakyat Amerika atau rakyat Liberia komplen pasal bendera negara mereka?

Pernahkah kita dengar atau baca, rakyat Amerika atau Liberia mahu menukar bendera negara mereka hanya kerana ada beberapa persamaan dgn bendera Malaysia?

Pernahkah kita dengar rakyat Liberia atau Amerika merasa malu mengibarkan bendera negara mereka?

Pernahkah kita baca komen atau dengar rakyat Amerika atau Liberia gagal mengenalpasti mana satu bendera negara mereka?

+-+-+-+-+-+-+ ~~~ +-+-+-+-+-+-+

 

 

 

 

Bendera Iraq (1 jalur merah + 1 jalur putih + 1 jalur hitam + 1 perkataan Allahhuakbar)

 

 

 

 

 

 

 

Bendera Syria (1 jalur merah + 1 jalur putih + 1 jalur hitam + 2 bintang besar berbucu 5)

 

 

 

 

 

 

 

Bendera Yemen (1 jalur merah + 1 jalur putih + 1 jalur hitam)

 

 

 

Soalan;-

Pernahkah kita dengar atau baca, Rakyat Iraq atau Yemen ataupun Syria malu memiliki bendera yg kelihatan hampir sama?

Pernahkah kita baca komen rakyat Iraq atau Yemen ataupun Syria yg mahu menukar rekabentuk bendera negara mereka hanay dengan sebab ada beberapa persamaan?

Pernahkah kita dengar atau baca komplen rakyat Iraq atau Syria ataupun Yemen yg gagal mengenali mana satu bendera negara mereka?

+-+-+-+-+-+-+ ~~~ +-+-+-+-+-+-+

 

 

 

 

Bendera Indonesia (Jalur merah di atas + jalur putih di bawah)

 

 

 

 

 

 

Bendera Singapura (Jalur merah di atas + jalur putih di bawah + Bulan sabit + 5 bintang kecil berbucu 5)

 

 

 

 

 

 

Bendera Poland (Jalur putih di atas + jalur merah di bawah)

 

 

 

Soalan;-

Pernahkah kita dengar rakyat Indonesia malu memiliki bendera yg memiliki jalur yg sama seperti bendera Singapura?

Pernahkah kita baca komen rakyat Poland yg malu benderanya sebijik sama macam bendera Indonesia cuma kedudukan jalur saja yg terbalik?

Pernahkah kita dengar rakyat Singapura, Indonesia ataupun Poland mahu menukar bentuk bendera mereka hanya kerana ada persamaan yg tertentu?

Pernahkah kita baca, lihat atau dengar, rakyat Singapura memasang bendera Indonesia kerana tersilap mengenalpasti bendera sendiri?

Pernahkah kita tengok atau dengar berita, rakyat Indonesia memasang bendera Poland kerana tersilap memasangnya di tiang rumah atau pejabat?

+-+-+-+-+-+-+ ~~~ +-+-+-+-+-+-+

Jawapan untuk persoalan;-

Banyak negara yg memiliki rekabentuk yg seakan hampir sama atau sedikit berbeza, tapi tidak pernah ada antara rakyat mereka mahupun pemimpin politik mereka yg mempolitikkannya.

Setiap rakyat mereka mengenali bendera negara mereka, dan tidak pernah sengaja memasang bendera lain apatah lagi tersilap bendera sewaktu menyambut hari kemerdekaan mereka.

Mereka memahami bendera adalah tinggi statusnya di jiwa sanubari rakyat, mereka tidak sanggup memperlekehkan bendera negara sendiri kerana itulah panji kemerdekaan mereka, itulah erti jatidiri mereka.

Tapi segelintir rakyat Malaysia dan sesetengah pemimpin politik haprak di muka bumi Malaysia amat gemar mencari pasal dan bikin kacau jiwa raga rakyat, sesetengah kita jiwa kerdil dan hampir lumpuh semangat patriotiknya kerana asyik tenggelam dalam permainan politiking budus.

Golongan sebegini tiada jatidiri, pudar semangat patriotik dan lebih layak dijadikan makanan utk harimau di zoo negara.

Kalau malu dengan bendera sendiri, jika ragu utk menegakkan bendera negara, kalau malu memandang tinggi pada bendera kita, lebih baik berambus dan bermastautin saja di negara lain.

Kalau tak pandai menghormati bendera negara sendiri, tidak sukar utk kita fahami andai kata berlakunya peperangan dgn musuh, golongan yg pudar semangat patriotik seperti inilah yg pertama sekali akan lari menyelamatkan diri ketika majoriti rakyat berjuang menentang pencerobohan musuh.

Sanggupkah kita meletakkan harapan pada golongan sedemikian? Fikir guna akal waras, jangan fikir guna kepala lutut. Masa depan negara milik kita bukannya milik oppoturnis politik yg haprak berjiwa kerdil.

+-+-+-+-+-+-+ ~~~ +-+-+-+-+-+-+

Selingan

 

 

 

Bendera Bangladesh (Latarbelakang hijau + Bulan penuh warna merah)

 

 

 

 

 

 

Bendera Libya (Laterbelakang hijau)

 

 

 

 

 

 

 

Bendera Jepun (Latarbelakang putih + matahari berwarna merah)

 

 

 

 

 

 

Bendera Pas (Latarbelakang hijau + bulan penuh warna putih)

 

 

 

– Pernahkah kita lihat Pas tersilap memasang bendera Bangladesh sewaktu muktamar Pas?

– Pernahkah orang Jepun berasa malu kerana Pas memiliki bendera sama bentuk cuma colour berbeza dgn bendera Jepun?

– Pernah rakyat Libya malu kerana Pas memiliki latarbelakang sama seperti bendera Libya?

Jawabnya takde, kerana masing-masing memiliki identiti sendiri.

Jadi kenapa balaci Pas dan pemimpin DAP, memandang rendah pada identiti bendera Malaysia? Malu atau segan? Bangang atau bengong? Tolol atau bahalol?

Bendera negara sendiri pun berani kamu pertikaikan, sejarah juang anak bangsa pun kamu lekehkan, apa guna berkokok atas pentas ceramah meminta rakyat menyokong kamu?

Lebih baik kamu berambus saja dari negara ini dan cuba maki atau perlekehkan bendera negara tempat kamu bermastautin kelak, kita tengok apa jadi kemudiannya.

Budus punya politikus dan penyangak politik haprak.

9 thoughts on “Bendera Malaysia: Pengetahuan Am Untuk DAP & PAS…

  1. Apabenda ni ada bendera Passssssssssssssssssss dekat tempat negara ni?Ini semua pppppoooooyyyyyooooo tahutak.Cer jawab question kat atas.

  2. hukum allah tidak dilaksanakan oleh pemimpin,sedangkan ianya adalah wajib,kalau ikut hukum pemimpin seperti ini zalim,kalau zalim haram PANGKAH!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s