Hassan Ali & Nasharuddin Keluar Pas?…

Kecoh betui nampaknya khabar yg bertiup kencang pasal Hassan Ali & Nasharuddin Mat Isa sedang dalam proses utk keluar drpd Pas seterusnya menyertai UMNO.

Ntah betui atau tidak sukar ditentukan. Hanya masa yg bakal menentukannya.

Jika mengikut khabar yg bertiup dalam kebanyakkan blog politik sekarang ni Hassan Ali yg jugak Ahli Jawatankuasa Pusat Pas merangkap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bersama bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hampir pasti berbuat demikian.

Ura-ura Hassan Ali keluar drpd Pas sememangnya diketahui ramai berikutan kecelaruan pucuk pimpinan Pas yg berdolak dalik cuba menutup isu murtad di Selangor selain kepincangan prinsip juang Pas yg kian haru semenjak bersekedudukan dgn DAP & PKR.

Bagaimanapun setakat maklumat yg aku ketahui drpd info dalaman Pas, hanya Dr Hassan Ali saja yg hampir pasti mengambil tindakan drastik keluar drpd Pas bersama hampir 4000 orang pengikut beliau termasuk beberapa bekas calon Pas yg pernah bertanding dlm PRU 2008 yg berasal Selangor, Kelantan dan Perak.

Semenjak pecahnya rahsia perjumpaan sulit UMNO & Pas berkaitan Unity Government pasca PRU 2008, Hassan Ali adalah antara pemimpin Pas yg menjadi punching beg & kambing hitam utk menutup perjumpaan tersebut, pelbagai usaha dilakukan oleh Pas utk melemahkan kedudukan Hassan Ali dalam Pas Selangor & Pusat.

Berita berkaitan Nasharuddin pula hanya aku ketahui melalui blog-blog saja, jadi sukar utk mengulas lanjut, tiada maklumat dalaman yg dapat dikongsi.

Selain tu, beberapa top leader PKR di sebuah negeri akan turut mengikut jejak Hassan selepas beberapa ketika. Jika itu benar berlaku kita akan saksikan teori domino kejatuhan PR di Perak bakal berlaku.

Apapun, beberapa orang bekas calon Pas dari Kelantan, Selangor dan Perak yg diwar-warkan akan turut bersama Hassan Ali tu memang dikenali di tempat masing-masing. Boleh dikatakan top jugak.

Sama-sama kita tunggu, tengok sejauh mana kebenaran info tersebut. Jangan terkejut beruk bila tiba-tiba ada sebijik lagi kerajaan negeri jatuh terduduk sebelum tiba PRU 13 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s