Pemansuhan ISA: Baik atau Buruk Kesannya?

Agak terkejut sebenarnya bila Dato’ Seri Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) malam tadi. Langsung tak terjangka.

Walaupun sebelum pengumuman tu sudah kedengaran desas desus berkaitannya, tapi takdelah aku nak ambil pusing sangat.

Banyak jugak aku duk mengomel depan seorang rakan aku malam tadi sebaik saja baca tajuk berita di Utusan Malaysia. Panas je rasa.

Cuma bila lepas sejam lebih kemudiannya aku teliti semula bait-bait ayat PM berkaitan pemansuhan tu, barulah terasa sedikit lega.

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

“Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,’’ kata Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.

“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,’’ ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

“Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,

Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Janji Najib pemansuhan ISA itu akan diganti dgn undang-undang lain sedikit melegakan. Bukan apa, selama ni yg kerap takut dgn ISA ni hanyalah mereka yg suka berteriak sakan dan gemar melonyat sana sini hingga menimbulkan ketidaktenteraman pd orang lain.

Ibarat kata “mencegah tu lebih baik drpd mengubati”. Itu peranan ISA, mencegah kejadian buruk drpd berlaku. Undang-undang sediaada yg lain bersifat menghukum selepas berlakunya sesuatu kejadian. Ada bezanya.

Pun begitu, utk meluluskan undang-undang baru kelak sebagai menggantikan ISA, akan timbul pulak persoalan lain. Mampukah kerajaan meraih 2/3 majoriti di parlimen nanti?

Sementara ISA telah dimansuhkan manakala undang-undang baru belum dibentang dan diluluskan, andaikata wujud perancangan jahat sesetengah pihak, apa pulak tindakan pro aktif yg mampu kerajaan lakukan utk mencegahnya?

Harapnya Najib tidak silap langkah, jangan kerana mahu mengambil hati sekelompok rakyat, natijah buruk pulak yg datang. Mintak dijauhkan.

Memansuhkan ISA bermakna melenyapkan satu lagi senjata pembangkang yg kerap menjadikannya isu, itu benar satu kelebihan utk BN.

Tapi jangan pula hanya kerana ada saja isu ditimbulkan pembangkang Najib dan kerajaan asyik ikut rentak tarian mereka. Parah nanti. Nanti ada yg naik toncang oooo.

Aku masih berpendapat ISA telah banyak berjasa dalam memastikan anasir jahat drpd bermaharajalela, tapi kalau ada kaedah yg lebih baik drpd ISA asal saja ia bermanfaat utk kedamaian negara tiada masalah utk kita menyokongnya. (kataku sambil memujuk diri… chewah.. :))

Apapun buat sementara waktu ni, kita tengoklah dulu perkembangan selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s