UMNO Saman Pas RM10 Juta…

Ha..ha.. belum sempat mat Sabu nak saman Utusan & Polis, UMNO ambil langkah ke depan dgn mengemukakan saman RM 10 juta berikutan tuduhan Mustapha Ali (SU pas Pusat) yg menuduh UMNO sebagai dalang operasi JAIS tempohari.

Jenuh duk menunggu Mat Sabu bertindak, alih-alih Pas yg kena dulu.

Dengarnya hari ni Mat Sabu nak failkan saman pd Utusan, ntah jadik ke tidak tak tahulah.

Kita tunggu ajalah, sebab siapa saja berhak menyaman kalau rasa difitnah dan keputusan perbicaraan sapa yg betul dan sapa yg salah hanya akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar segala hujah kedua-dua pihak.

Paling penting lagi cepat perbicaraan dilakukan lagi bagus utk mengetahui kebenarannya dan lagi elok utk sekalian hamba rakyat.

Dalam kes UMNO saman Mustapha Ali & Harakahdaily ni ia berkaitan langsung dgn fitnah Pas yg menuduh UMNO memainkan peranan penting hingga mempengaruhi tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke atas gereja DUMC.

Sedangkan hakikatnya semua tahu, JAIS tu bukannya under UMNO sebaliknya di bawah kerajaan Selangor.

Pulak tu, tindakan JAIS sama sekali tidak bertentangan dgn mana-mana akta ataupun undang-undang sedia ada.

JAIS sekadar menjalankan tugas selepas mendapat laporan awam dan ianya terbukti benar bila 12 orang dewasa beragama Islam memang berada dalam gereja tu.

Tak pasal-pasal UMNO yg tak menguasai kerajaan negeri Selangor tiba-tiba pulak dijadikan tempat melepas geram oleh Pas, apa daa, tak cerdik sungguh.

Sampai skang ni pulak, laporan JAIS tak timbul-timbul walaupun sebelum ni MB Selangor si Khalid Ibrahim menjanjikan pada 1 Sept 2011 laporan tu akan publish pd umum, jangan duk main aci nyuruk sudahlah nooo.

Kes melibatkan JAIS ni mengingatkan aku pada kes khalwat Mat Sabu tahun 1995 dulu.

Mat Sabu pemimpin Pas, pompuan yg ditangkap khalwat dgn Mat Sabu adalah muslimat Pas, suami pompuan tu pulak ahli Pas, tempat tangkapan di buat di Hotel Perdana yg dimiliki oleh kerajaan Kelantan dan yang pi tangkap JHEAIK agensi penguatkuasaan agama yg dikawal oleh Pas.. alih-alih UMNO jugak yg dijadikan kambing hitam utk tutup malu Pas.

Pendek kata apa saja yg memalukan Pas, akan diletakkan ‘kemaluan’ tersebut pada bahu UMNO. Pas cuma tahu cuci tangan.

Pastu pulak pantang ada isu yg menjentik telur Pas time tu la berderet ceramah merata ceruk kampung depa buat roadshow pagi petang siang malam sambil collect derma drpd pendengar ceramah, macam collect duit tiket la pulak.

Sejak 1951 sampai skang, gitulah peel perangai Pas.

Ha..ha.. aku tak pelik andaikata satu hari nanti ada sekor anak kucing peliharaan nik aziz dilanggar kereta, silap gaya depa akan kata UMNO juga yg salah.ka..ka..

UMNO Selangor saman S/U Agung Pas RM10 juta

SHAH ALAM 14 Sept. – UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS’.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu. – Utusan

One thought on “UMNO Saman Pas RM10 Juta…

  1. Pingback: UMNO Saman Pas, Mat Sabu Saman Utusan, Syed Disaman Husam… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s