Ideologi Komunis & Nasionalis Perlu Di Tolak Rakyat – Nik Aziz…

Kali ni kita hangatkan skit isu Mat Sabu dgn perbandingan sebaris dua kenyataan Nik Aziz pd tahun-tahun sebelum ni terutama pasal komunis. Tujuannya satu je, nak kasi bakar hati kering bebudak Pas yg mudah lupa sejarah lama. ha..ha..

“Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam. Orang nasionalis tolak hukum Islam dan ambil separuh sahaja”.

“Jangankan komunis perjuangan nasionalis pun saya tidak suka”. – (Nik Aziz / Harakahdaily / 28 Mei 2009)

Gitulah kata Nik Aziz, Murshidul Am Pas merangkap MB Kelantan yg paling lama dalam sejarah Kelantan. Agaknya nak tongkat langit dgn kuasa tu kot. ka..ka..

Kalau sebelum ni pd 2004 dulu dia kata sosialis tu adik kepada komunis. Tiba tahun 2009, dia kata komunis dan nasionalis adalah adik beradik pulak.

Abis Mat Sabu & Mat Indera tu adik beradik sapa agaknya?

Sebagaimana kita tahu, dalam PR ada DAP yg berpegang pd ideologi sosialis, nampaknya takde masalah utk Pas berkongsi bantal. Halal demi menjatuhkan BN agaknya.

Dalam PKR ada Nasir & Syed Hussien yg merupakan bekas pemimpin kanan PRM yg hingga sekarang masih kental jiwa sosialis mereka. Harus utk matlamat anti BN kot.

“Terus terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis, semalam sudah beritahu dengan telefon, pagi ini dengan surat. Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis’. – (Nik Aziz, Mushit Am Pas/MB Kelantan / 10 Mac 2004)

Manakala dalam Pas sendiri, arwah Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang nasionalis yg pernah menjadi YDP (Presiden) Pas sejak 1956 hingga 1969.

Selepas tu Pas diterajui pula oleh arwah Datuk Asri Muda yg merupakan seorang nasionalis Melayu hinggalah dijatuhkan dalam satu muktamar Pas oleh golongan pro revolusi Iran pada Oktober 1982.

Asri keluar drpd Pas pd 1983 kemudiannya menubuhkan parti HAMIM (Hizbul Muslimin), menjelang akhir tahun 1988 beliau meninggalkan HAMIM dan menyertai UMNO hinggalah meninggal dunia pada 1992.

Manakala pada tahun 1988 hingga 1996 Pas bekerjasama dgn Parti Melayu Semangat 46 (PMS 46) yg diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. PMS 46 merupakan parti nasionalis Melayu yg ditubuhkan selepas wujud perbalahan dalam UMNO.

Hasil kerjasama Pas dan PMS46 yg berideologi nasionalis Melayu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menzahirkan kewujudan kerajaan Pas + PMS46 pd akhir 1990. Jasa parti nasionalis PMS46 itulah yg dikendong oleh Pas hingga sekarang.

Tu belum cerita pasal Nik Aziz yg sehingga sanggup mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘Sikap Saya’ semata-mata utk menghalalkan kerjasama Pas dgn UMNO pd tahun 1973-1978 dulu tu.

Soalnya sekarang, apakah hukum yg Nik Aziz guna sewaktu ‘memfatwakan’ nasionalis tu menolak Islam & kenapa pulak boleh diadakan kerjasama dgn pihak yg dikatakan menolak Islam? Acu jawab meh…

Apakah Nik Aziz sedar bahawa sekarang ini Pas sedang berasmaradana bersama sekumpulan pemimpin dalam PR yg mendaulatkan ideologi sosialis yg sebelum ini di anggap sebagai adik komunis & menolak Islam oleh Nik Aziz sendiri?

Adakah Nik Aziz berani menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin & Datuk Asri Muda sebagai adik beradik komunis ataupun menolak Islam hanya semata-mata mereka berjiwa nasionalis sebagaimana UMNO? Tentu sekali tidak kerana bagi Pas apa yg keluar ikut mulut depa boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan kepentingan politik semasa.

Haram ketika bermusuh, halal bila tidur sebantal. Dulu dan kini sama saja sikap Pas mahupun Nik Aziz. Lagipun dgn setan pun Nik Aziz kata boleh buat kerjasama, apa sangatlah kalau setakat sosialis & nasionalis tu.

Tapi skang kita bukan nak fokus sangat pada sejarah Pas yg cacamerba & mulut Nik Aziz yg saban waktu berubah nada ikut peredaran masa tu, cuma nak highlight pada kenyataan Nik Aziz yg menolak fahaman komunis.

Apa agaknya pembelaan Nik Aziz utk Mat Sabu yg mengangkat Mat Indera yg diketahui mengetuai segerombolan komunis menyerang Bukit Kepong?

Mat Indera menyertai gerakan bersenjata komunis semua orang tak dapat nafikan, komunis menyerang Bukit Kepong semua rakyat kita maklum.

Tapi Mat Sabu dengan bangga menjadikan Mat Indera sebagai wira & pejuang yg mesti didendang, tak ke haru namanya tu.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

Waktu Mat Indera menyerang Bukit Kepong, dia mengetuai gerombolan komunis, di saat kematian dia di tali gantung dia jugak masih seorang komunis.

Lainlah kalau Mat Sabu boleh keluarkan fakta bahawa Mat Indera bukannya komunis dan sewaktu Mat Indera menyerang Bukit Kepong dia tidak mengetuai segerombolan komunis, barulah boleh kita debatkan pula adakah Mat Indera menyerang seorang diri ataupun dia mengetuai sekumpulan hantu raya semasa menyerang.

Jadi di mana logik & wajarnya utk Mat Sabu serta penyokongnya mendewakan Mat Indera tatkala Nik Aziz menolak fahaman komunis?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s