Bila Mat Sabu Nak Saman Utusan & Polis?…

Ikut pd kata Mat Sabu dia nak saman Utusan pada  Isnin lepas (12 Sept 2011), masuk hari ni belum ada lagi cerita saman tu keluar.

Takkan tak jadi kot? Rugi oooo, boleh claim juta-juta tu. Kalau menang la.

Hakikatnya jauh panggang dari api, hakikat realiti dgn cerita fantasi base pd persepsi kalau dijadikan isu dalam mahkamah jawabnya pencipta cerita fantasi macam Mat Sabu akan gigit jari.

Harap-harap Mat Sabu tak buat-buat lupa nooo… Ramai yg tak sabar nak tunggu sapa  yg makan tanah nanti ni.

Dan kita juga masih tertunggu-tunggu bila Mat Sabu nak saman pihak Polis berikutan isu pajero, landrover tu. Ka..ka..

Takkan berani setakat ugut saja, kot kalau confident diri tu betul dan polis tu salah cepat-cepatlah saman supaya orang ramai tahu siapa yg penipu besar dan siapa yang benar.

Tak tahulah pulak kot kalau Mat Sabu nak buat roadshow ceramah dulu utk collect derma uncang & tin milo bagi support kos perbicaraan. Kot kalau ada roadshow, rasanya takde masalah utk pengikut Pas menyumbangkan duit dan harta benda depa demi kepentingan Mat Sabu.

60 tahun Pas hidup dan 60 tahun duk mengharapkan rakyat bawahan menampung keperluan Pas dengan hanya balasan modal ceramah sambil usung uncang & tin milo, jadi soal menderma utk Mat Sabu tu menda enteng je, tak gitu?..

Jadi di sini tak nampak apa yg susahnya utk Mat Sabu mempercepatkan urusan saman tu supaya lagi cepat perbicaraan dijalankan lagi cepat kita tahu siapa pembohong nombor wahid.

Kalau lupa apa isu yg nak di bawa ke pihak pengadilan, ni aku tolong upkan semula klip video komunis Mat Indera dan video cctv landrover Bershit 2.0. ha..ha..

Ceramah Mat Sabu pd 21 Ogos 2011. Transcript ucapan Mat Sabu mengikut standard penulisan rasmi yg disiarkan Utusan Malaysia.

 “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

Transkript ucapan Mat Sabu yg dipetik dr video ucapan Mat Sabu di Penang tanpa olahan standard rasmi penulisan.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

Video Ucapan Mat Sabu 21 ogos 2011 di Penang

 

Video CCTV Landrover ala Mat Sabu

2 thoughts on “Bila Mat Sabu Nak Saman Utusan & Polis?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s