Rompakan Kedai Mamak, PDRM Berjaya Selesaikannya…

Memang mantap, memang class Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Kes berlaku pada 28 Ogos 2011, tak sampai 3 minggu akhirnya dapat jugak tangkap penyangak & penyamun tu.

Bila kita tengok video cctv rompakan berparang tu, peh.. memang kecut perut dibuatnya. Rasanya kalau ada customers atau tuan kedai yg pi melawan sahih penyangak berparang tu tak fikir panjang terus tetak je agaknya.

Ni alang-alang dah settle kes ni, boleh dah kot pi singgah semula pekena segelas dua teh o ais. He..he.. berani ka?

Better berhati-hati la, takyahlah duk keluar lewat sangat, menda kalau nak jadi kita tak tahu bila.

Samun restoran mamak: Dua remaja antara ditahan

SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.

Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan. — Bernama

Walaupun pakai helmet tutup muka tapi boleh jugak trace sapa yg buat, maybe melalui cap jari kot. Boleh jadi. Syabas pd PDRM atas kecekapan ini, jasamu kami dikenang walaupun ada segelintir malaun cuba membusukkan pengorbananmu.

Kalau benda ni pun boleh settle rasanya tak lama lagi ada harapan satu kes mengongkek di hotel murah yg kecoh skang ni dimana rakamannya dlm bentuk night vision tu akan capai klimaks jugak selepas selesai kes melewati pembancuh kopi merangkap teman ke luar negara. ke..ke..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s