Sambutan Aidilfitri Bersama Najib Bikin Pas & Anwar Sasau…

Apa malang nasib Pas dan Anwar, lain yg di harap lain yg jadi. Lain yg dirancang lain pula yg berlaku.

Sia-sia kerja propaganda PR selama 3, 4 hari sebelum majlis sambutan raya Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia di Permatang Pauh tu berlangsung.

Duit prepaid utk sms, modal buat bendera Pas dan PKR serta kempen mulut-mulut gagal jugak menghalang orang ramai drpd menghadiri majlis beraya bersama Najib.

Tak cukup dgn kempen dan propaganda, majlis sambutan raya PKR dan Timbalan Ketua Menteri Penang yg sengaja di buat berdekatan majlis rumah terbuka bersama Najib pun masih tak menghalang ribuan rakyat membanjiri padang tempat rumah terbuka 1Malaysia di adakan.

Demo anti Najib yg sepatutnya di adakan semasa ketibaan rombongan Najib pun gagal sama sekali.

Puak-puak berbaju kuning berlogo Bershit 2.0 boleh di bilang dgn jari. Alih-alih demo ntah ke mana, depa pulak pi join sekaki memeriahkan majlis tu pulak. Hangin satu badan Anwar dan Pas. ha..ha..

Anggaran sekitar 20,000 menghadiri majlis beraya bersama Najib sementara majlis anjuran PKR ada la lebihkurang 1000 orang itupun ramai yg blah awal dr tempat PKR utk tolong meriahkan pulak majlis bersama PM.

Dek kerana semua planning gagal, maka ada la balaci-balaci Pas kata semua yg hadir ke majlis bersama najib tu di upah RM50, ada juga juak-juak Pas yg kata ramai yg datang sebab nak makan free. ka..ka..

Dah namanya majlis rumah terbuka, mana ada tuan rumah yg buat sambutan raya kemudian di kenakan bayaran pula pada tetamu yg makan minum.. ha..ha.. lawak spastik sungguh alasan puak Pas pis pus ni.

Takkan la majlis raya anjuran PKR tu tak ramai datang sebab kena bayar baru boleh makan? Dah tentu free jugak kan. Tak tahulah kot ada yg duk usung tin milo & uncang dalam majlis raya anjuran PKR tu. Haru dibuatnya.

Depa kata ada upah RM50 tiap orang yg hadir, abis tu Lim Guan Eng hadir sama tu dapat payment Rm50 jugak ka? ha..ha..

Ada saja alasan depa utk cover planning sabotaj yg gagal. Dah la tak gentlemen sbb cuba kacau majlis orang lain. Bila planning busuk gagal ditabur pulak alasan budus utk tutup malu sendiri.

Apa yg nak takut sangat bila rakyat nak berjumpa bermesra bersama PM?

Jangan di ikut sangat peel perangai komunis yg suka paksa rakyat mengikut kehendaknya saja. Tahulah sebahagian pemimpin korang pro komunis, tapi takkanlah nak sambut raya pun kena ikut protokol pro komunis jugak.

Rakyat ada akal fikiran sendiri, biar pi la depa nak memeriahkan majlis bersama pemimpin negara.

Bila korang lagi buat perangai busuk cuba sabotaj sana sini majlis PM, lagi menyampah orang tengok. Hatta si totok yg pekat hijau dan karat biru laut pun bila kerap sangat di suruh buat kerja budus, lama-lama depa pun naik muak. Korang jugak yg rugi.

Aii.. Pas dan PKR ni, makin lama makin sasau bila dengar nama atau nampak batang tubuh Najib.

* Photo-photo kredit utk Pisau.Net.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s