Empayar British, Penjajahan & Kemerdekaan Negara…

Ini satu bab sejarah yg agak berat utk difahami ramai.

Isu yg tercetus berikutan ceramah Mat Sabu meleret kepada isu Tanah Melayu tak pernah di jajah oleh British spt yg dihujahkan oleh Prof Khoo dan Dr. Zainal.

Pasal isu Mat Sabu ramai kita sudah faham, Mat Indera tu talibarut komunis dan salah seorang pemimpin Melayu yg memainkan peranan penting dlm gerakan bersenjata komunis.

Skang kita fokus pd isu akademik yg di cetuskan oleh Prof Khoo dan Dr. Zainal. Isu yg tak popular tapi bagus utk kita study & fahami.

Permainan istilah yg boleh mengelirukan tapi membawa maksud berbeza namun titik noktah pd keputusan akhir sama iaitu tuntutan kemerdekaan.

First yg kita kena faham istilah ‘Colony (Colonial), Protectorate, Mandates, Territories & Dominion’ apabila kita nak bercakap pasal penjajahan Empayar British.

Kelima-lima istilah tu bersangkut paut secara langsung dgn empayar terbesar dunia di abad ke 18, 19 dan 20 yakni Empayar British.

1. Colony ataupun colonial merujuk pd tanah jajahan ataupun penjajahan oleh British. (Afghanistan, Filipina, New Zealand, Melaka, Sarawak)

2. Protectorates pula adalah wilayah yg di naungi atau dilindungi oleh British drpd ancaman pihak luar. Manakala kuasa pemerintahan pula terhad hampir seperti kuasa autonomi. (Tanah Melayu, Kuwait, Brunei, Uganda dll)

3. Mandates membawa maksud wilayah yg di amanahkan dr satu pihak kepada pihak British. (Palestin, Tanganyika)

4. Dominion pula ialah kekuasaan khas urustadbir yg diberikan utk wilayah tersebut menjalankan sendiri pemerintahan tapi dengan kawalan penuh British. (Australia, Bahamas)

5. Territories ialah wilayah yg membuat keputusan utk kekal bawah pentadbiran langsung British. (British Antarctic Territory, Bermuda, British Indian Ocean Territory, Falkland Islands)

6. Independence ataupun kemerdekaan membawa maksud pemerintahan sendiri dalam semua aspek tanpa kawalan pihak lain.

Walaupun tujuan Prof Khoo & Dr Zainal bermatlamat menjawab isu komunis bawaan Mat Sabu dalam konteks akademik & istilah yg digunapakai semasa perjanjian Tanah Melayu dgn British, namun bila isu ni menjadi isu politik orang akan tong sampahkan saja soal akademi mahupun istilah tu semua.

Dalam kes negara kita Tanah Melayu yg kemudiannya selepas Malayan Union di batalkan pada akhir 1947 kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu, kita termasuk dalam kategori ‘Protectorate’ yakni dilindungi dan dinaungi oleh kuasa Empayar British drpd sebarang ancaman luar.

Bagaimanapun kalau Malayan Union gagal di tentang, maka kita akan termasuk dalam kategori Colony British (Tanah Jajahan British) yakni penjajahan total, dikuasai sepenuhnya oleh British.

Baik ‘Protectorate, Dominion, Mandate ataupun Territories’, hakikatnya penjajahan tetap berlaku.

Dalam keadaan kita dilindungi dan dinaungi kuasa British, kuasa pemerintahan kita seumpama hanya bersifat autonomi & terhad, tidak menyeluruh dan kita tidak memiliki total pemerintahan pada negara sendiri.

Wujud kawalan kerana pusat kuasa masih di jalankan oleh British walaupun ada batasannya berdasarkan tiap butir penjanjian yg ditandatangani dgn Raja Melayu.

Tapi dari segi istilah dan perjanjian ia betul kita tidak di jajah secara langsung sebagaimana sifat colony (tanah jajahan), bagaimanapun secara umumnya kita tetap dijajah kerana banyak aspek tetap dikawal oleh British.

Sebab tu baik secara zahir mahupun percakapan kita panggil penjajahan British, tidak bebas sepenuhnya kerana banyak aspek dikawal British misalnya ekonomi, kerakyatan dan kuasa pusat.

Penentangan terhadap Malayan Union 1946 bertujuan utk mengelakkan hakmilik dan pemerintahan negara kita dikawal sepenuhnya oleh British.

Manakala penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 bermatlamat menyatupadukan semua negeri-negeri Melayu, mengurangkan kuasa & camputangan British seterusnya memudahkan usaha ke arah kemerdekaan penuh dapat dicapai.

31 Ogos 1957 bermakna kita merdeka sepenuhnya, tiada lagi naungan atau perlindungan, tiada lagi campurtangan British dan pemerintahan negara dapat dijalankan sendiri oleh anak bangsa.

Demikian kesemua yg berada dlm ‘Colony, Protectorate, Mandates dan Dominion’ telah mencapai kemerdekaan masing-masing kecuali Palestin dan wilayah yg berada dlm kelompok Territories.

Setiap negara yg telah bebas drpd kekuasaan British pula di serap dlm pertubuhan Komanwel yg turut membantu ahlinya dari segi ketenteraan pada awal kemerdekaan setiap negara bekas empayar British tersebut.

Dari segi istilah perjanjian ‘protectorate’ (naungan) yg disebut oleh Prof Khoo itu betul, Dr. Zainal juga betul. Secara istilah tidak wujudnya penjajahan boleh di anggap betul.

Hakikat wujudnya penjajahan British terhadap negara kita juga betul walaupun secara istilah ‘Protectorate’nya tidak tepat utk gambarkan penjajahan. Tapi zahirnya kita memang terjajah.

Kita berjaya merdeka pada 31 Ogos 1957 pun betul, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Bapa Kemerdekaan pun betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s