Cukai 6% Prepaid Di Tangguhkan…

Bolehlah bernafas lega, cukai 6% tu ditangguhkan dulu. Kan bagus kalau time Astro dulu pun buat lagu ni.

Tapi bila namanya tangguh tu, belum ada lagi jaminan yg ianya tak dilaksanakan. Cuma bila kerajaan kata akan adakan perbincangan lanjut dgn pihak Telco bolehlah kita mengharapkan sesuatu yg lebih konkrit pd masa depan.

Tima kasihlah noooo. Jasa baik kami kenang, kalau kasi muktamadkan secepat mungkin lagi bagus.

Carilah jalan lain kot ye nak serap kos operasi yg meningkat, kurangkan iklan dan tajaan hiburan ke ataupun pendekkan skit tempoh bercakap ke barulah orang ramai tak marah.

Tapi kalau Telco terus serap cukai 6% tu kekal bawah tanggungan depa pun lagi bagus, apa sangat la 6% bagi company besar macam Celcom, Maxis dan Digi.

Sama-sama kita tengok start 15 Sept 2011 ni, kalau confirm takde kaikan harga 6% pd reload anda maka betullah depa ambil berat amarah pengguna. Kalau depa ada jugak kedai atau agen yg kasi up jugak, pandai-pandailah report pd pihak2 yg berkenaan.

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh – Rais

MUHAMAD AIMY AHMAD

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. – Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s