Yusof Rono Kenalan Mat Indera Komunis…

Rupanya Mat Indera mengenali Sarjan Yusof Rono kerana pernah sama-sama bekerja di Perlabuhan Muar.

Dah lama kenal pun masih jugak sanggup membenarkan anak buah komunisnya menyerang tempat Sarjan Yusof Kono bertugas sampai cedera parah kawan tu.

Apa nak pelik, sebelum menyerang Bukit Kepong pun Mat Indera pernah planning utk menyerang kawasan orang Melayu Islam di Mukim 4 dan Pagoh, kerana kecekapan Panglima Salleh memperolehi berita Mukim 4 tidak jadi diserang oleh Mat Indera, manakala di Pagoh serangan Mat Indera dapat digagalkan.

‘Mat Indera selamatkan polis’

MELAKA – Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu pernah diselamatkan Mat Indera selepas serangan berkenaan.

Nazir Yusoff, 54, berkata, arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka, di sini berkata, menurut arwah bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai,” katanya.

Menurut Nazir, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan. Sementara kaki kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah tu sudahlah’ kepada anggota komunis berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Nazir berkata demikian sebagai memberi penjelasan berikutan kenyataan adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, dalam Sinar Harian semalam yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Allahyarham Yosoff.

Allahyarham Yusof yang ketika itu berusia 27 tahun merupakan seorang daripada empat anggota polis terselamat ketika peristiwa serangan itu.

Malah, dia juga kekal sebagai satu-satunya anggota yang terus berkhidmat dalam pasukan polis selepas peristiwa itu.

Allahyarham Yusof meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

Sumber: Sinar Harian

Kisah Sarjan Yusof Rono adalah antara modal besar pembangkang utk menghalalkan tindakan Mat Indera seolah-olah arwah Sarjan Yusof Rono langsung tidak dicederakan.

Hakikat Mat Indera menyelamatkan nyawa Sarjan Yusof Rono perlu kita akui, hakikat Sarjan Yusof Rono cedera parah kerana perlakuan ganas anak buah komunis pimpinan Mat Indera jugak perlu kita akui.

Sifat komunis ketika zaman penjajahan Jepun hinggalah selepas Perang Dunia ke-2 tidak memilih kawan ketika menyerang, yg mana terselamat atau cuma cedera kira bernasib baiklah.

Tapi tak semua yg bernasib baik walaupun sama-sama kenal, ramai ketika itu yg mati kerana di rebus dalam air panas, ada yg di titik pd badannya dgn getah panas yg sedang terbakar dan paling terkenal ialah istilah “bertanam ubi”

‘Bertanam ubi’ pd ketika zaman komunis berlagak sebagai penguatkuasa, mereka menangkap siapa saja Melayu atau Cina yg tidak menyokong komunis atau enggan membayar cukai kemudian di heret ke tempat lapang jauh drpd rumah kediaman dan di suruh menggali lubang dalam.

Lubang yg di gali bukannya tujuan utk tanam ubi atau tanaman lain, tapi itulah lubang kubur utk mangsa komunis. Mangsa samaada mati ditembak ataupun di tetak dikepala kemudiannya di  kambus.

Nanti bila berkesempatan aku tuliskan sejarah Panglima Salleh yg dipetik drpd buku Panglima Salleh – Tentera Selempang Merah, banyak keganasan komunis diceritakan termasuk kisah komunis Melayu seperti Mat Indera yg setia buta mengikut telunjuk komunis.

One thought on “Yusof Rono Kenalan Mat Indera Komunis…

  1. http://saint-guerre.blogspot.com/2010/05/konspirasi-dunia-pope-roman-peter-ii_23.html

    Kajilah sejarah kebangkitan Yahudi kerana dunia dan jiwa manusia yang ada hari ini adalah hasil dari propaganda yahudi untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW sesesat-sesatnya,

    DI TANAH AIR KAMU DAHULU, DATUK-DATUK KAMU TIDAK SEDAR PUN BAHAWA MEREKA TELAH BEKERJA UNTUK KNIGHT TEMPLAR. NYAWA MEREKA TELAH KAMI GUNAKAN UNTUK MEMBUNUH KOMUNIS. BEGITU JUGA DISEBELAH PIHAK KOMUNIS, KNIGHT TEMPLAR TELAH MENGGUNAKAN KOMUNIS UNTUK MEMBUNUH KAMU. KEDUA-DUANYA MATI. KNIGHT TEMPLAR BENAR-BENAR ANAK DIDIKAN KAMI.

    DATUK-DATUK KAMU ITU SEBENARNYA MATI SIA-SIA. MEREKA SEMUA AKAN MASUK NERAKA, MATI SYAHID KONON-KONONNYA.

    SEKARANG INI MEREKA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN DENGAN PERASAAN BANGGA, MALAH RAMAI ORANG MUDA BERCITA-CITA UNTUK MENYERTAINYA, MEREKA SUDAH MENGANGGAP IA SEBAGAI ‘KERJAYA’. MEREKA BENAR-BENAR MENYAYANGI KERJAYA ITU DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN PAKAIAN YANG INDAH-INDAH KEPADA MEREKA. TERNYATA MEREKA BENAR-BENAR SUKAKAN PAKAIAN ITU MALAH BEREBUT-REBUT UNTUK MEMAKAINYA. ORANG-ORANG YANG MEREKA LINDUNGI MEMANDANG MEREKA SEBAGAI WIRA. HAKIKATNYA MEREKA SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG MEREKA LAKUKAN, DENGAN SIAPA SEBENARNYA MEREKA BERKHIDMAT.

    Kisah ini diceritakan pada tahun 2010…Bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi sesiapa yang menegakkan Agama Allah, dialah yang patut kita ikuti….Aku Bukan mewakili mana-mana pihak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s