Kempen: Kurangkan Topup Hingga Cukai 6% Prepaid Di Batalkan…

Memandangkan produk prepaid ni bukannya satu menda yg wajib dlm kehidupan, masih boleh di kawal penggunaannya, jadi tidak menjadi masalah utk kita menggurangkan jumlah topup sebagai salah satu usaha utk protes.

Say No 6% Service Tax

Kita bukan boikot, sebaliknya sekadar satu protes sebagai salah satu cara meluahkan kemarahan. Tiada demostrasi, tiada mogok lapar dan tiada kekerasan.

Sebagai menyahut seruan protes oleh blogger GAP (Gerakan Anti PKR), rasanya elok kalau kita beramai-ramai bersatu hati mengambil langkah mengawal penggunaan prepaid utk permulaan selama seminggu bermula sekarang.

Syarikat telco dah decide nak naikkan caj 6% kepada pengguna kad prabayar telefon bimbit. Kami Akan lancarkan tindakan protes besar besaran terhadap IDE bodoh menyusahkan rakyat bawahan ni.Kami dah tahu siapa mangkok hayon yang initiate ide ni.

15 Sept 2011 adalah tarikh yg ditentukan oleh syarikat telco utk kuatkuasakan kenaikan harga topup dan kerajaan pula mengesahkan ia tidak mendapat kelulusan rasmi utk kenaikan cukai 6% – (GAP / 09 Sept 2011).

Mungkin bro GAP bermaksud lain atau sama seperti yg aku fahami. Yg pastinya bagi pengguna prepaid ada caranya utk kita mengekang kenaikan tersebut.

Utk memastikan kerajaan benar-benar serius menangani kenaikan ini di masa sama memberi sedikit pengajaran pd syarikat telco, tiada salahnya utk kita berpuasa seketika dgn tidak mengisi topup selama seminggu.

Kalau selepas 15 Sept 2011 masih jugak kenaikan berlaku, kita masih ada alternatif lain dgn mengurangkan kadar topup misalnya bg yg topup RM10 tiap minggu boleh kurangkan kepada RM10 utk setiap 2 minggu.

Mana-mana yg topup RM30 seminggu atau sebulan, cuba kawal penggunaan dan hanya topup RM30 bagi setiap 3 minggu atau setiap 45 hari.

Yg selalu bergayut tu cuba kurangkan bergayut, jgn risau kita tak mati kering kalau kurangkan bergayut. ha..ha..

Sesiapa yg gemar ber sms, kerapkan guna yahoo email utk sms pd rakan-rakan.

Bayangkan kalau sejuta pengguna prepaid bersatu hati utk seminggu atau sebulan selagi tiada keputusan muktamad ditentukan oleh syarikat telco dan kerajaan, mahunya jutaan ringgit syarikat telco akan rugi demikian jugak kutipan cukai kerajaan jugak akan ada kesannya.

Risiko ada utk kedua-duanya. Kesannya negatifnya pada pengguna jugak ada sedikit sebanyak. Terpulang pada kita pengguna utk membiarkan syarikat telco berbuat sesuka hati atau kita sebagai pengguna mengambil langkah menghalangnya.

Berjaya atau tidak protes ini bergantung kesatuan hati kita semua sbg pengguna prepaid.

Cuma utk pengguna broadband prepaid, susah skit la sebab kalau tak topup seminggu, minggu depan dah tak boleh akses internet.

Nak lepak tiap hari di kedai mamak atau KFC mahupun CC, pah ke ceroh la jawabnya lagi rabak poket ada la. ha..ha.. Tang ni tak dapat nak kasi idea. Kena fikir sendiri.

Apapun, sama-sama kita nantikan respon syarikat telco dan tindakan seterusnya pihak kerajaan dalam hal cukai 6% ni.

Di pihak kita sebagai pengguna bermula hari ni, kita dah boleh mulakan kempen ni sbb dah terbukti belum pernah ada yg jatuh sakit atau jadi gila hanya kerana tak dapat bersms atau bergayut sakan.

Tapi tak tahulah kalau pernah ada yg menghidap sindrom penyakit ketar tangan bila tak bersms tiap minit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s