Bukit Kepong: Mat Sabu Nak Saman Utusan…

Beria-ia Mat Sabu cuba menegak benang basah. Sekarang ini pula Mat Sabu cuba menunjukkan dirinya sebagai mangsa fitnah apabila muktamad mahu mengambil tindakan saman terhadap Utusan Malaysia.

Kata Mat Sabu dia difitnah.

“Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik”. – (Mat Sabu / Haprakdaily / 10 Sept 2011)

Eloklah Mat Sabu saman, hak saman menyaman memang termaktub menjadi mana-mana individu.

Tapi apa fakta yg menyokong Mat Sabu utk perbicaraan di mahkamah kalau betul saman tu benar-benar Mat Sabu lakukan pada hari Isnin nanti?

Dan perlu ingat, bila proses saman berlaku, pihak yg di saman jugak ada hak utk berhujah melalui peguamnya.

 

Transkript & Video;-

Mari kita imbas kenyataan Mat Sabu yg kemudiannya menjadi isu besar, semuanya bermula dari ceramah Mat sabu pd 21 Ogos 2011.

 

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

Kenyataan Mat Sabu di atas adalah petikan berita oleh Utusan Malaysia yg disiarkan pd 27 Ogos 2011, olahan ayat adalah mengikut standard rasmi penulisan.

Manakala petikan di bawah ialah transkript ucapan Mat Sabu yg dipetik secara bulat-bulat drpd video ucapan Mat Sabu di Penang tanpa olahan standard rasmi penulisan.

 

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

Kedua-duanya bermaksud sama yakni;-

1. Polis yg terkorban di Bukit Kepong adalah ‘polis British’

2. Penyerang Bukit kepong adalah pejuang kemerdekaan

3. Ketua penyerang Bukit Kepong ialah Mat Indera

4. Cerita Bukit Kepong menonjolkan penyerang sebagai penjahat manakala hero adalah polis yg mempertahankan Balai polis Bukit kepong

5. Mat Indera sepatutnya hero kerana mengetuai penyerang akhirnya dihukum gantung di penjara

 

 

Alasan Pembelaan;-

Manakala pd 29 Ogos 2011, Mat Sabu telah memberi respon dan menggangap laporan Utusan malaysia adalah palsu & bohong.

“Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali”.

“Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka”.

“Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos…jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya”.

“Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

“Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu”. – (Mat Sabu / 29 Ogos 2011 / Harakahdaily)

 

Fakta Sejarah;-

1. Balai Polis Bukit kepong di serang oleh segerombolan pengganas komunis

2. Mat Indera mengetuai lebih kurang 200 orang pengganas komunis telah menyerang, membunuh dan membakar Balai Polis Bukit Kepong

3. Filem Bukit Kepong menceritakan hakikat bahawa polis berjuang bermati-matian seterusnya menobatkan mereka sebagai hero kemerdekaan

4. Komunis sejak semasa berlangsungnya Perang Dunia Ke-2 telah melakukan khianat dan keganasan terhadap nyawa dan kediaman orang Melayu Islam selain turut berlaku kejam terhadap sesetengah orang Cina yg tidak menyokong komunis

5. Komunis menerima bantuan senjata dan latihan ketenteraan drpd British semasa peperangan melawan Jepun

6. Selain orang Cina, ramai jugak orang Melayu Islam yg menyertai komunis samaada secara sukarela (terpengaruh), secara paksa serta ada jugak yg menyertai atas sebab mengintip kedudukan komunis dalam hutan

7. Selepas Perang Dunia Ke-2, Komunis melalui Bintang Tiga membuat perarakan kemenangan dan membunuh ramai penduduk di Johor khususnya orang Melayu

8. Antara kaedah kejam komunis terhadap orang Melayu dan Cina yg ditahan ialah seksaan menggunakan getah yg dibakar dititikkan pd mangsa, merebus tawanan Melayu dalam kawah air panas hingga mati, kambus tahanan hidup-hidup dalam lubang serta mengelar badan mangsa.

9. Kebanyakkan ahli komunis Melayu terdiri drpd bekas ahli parti PKMM, API dan AWAS.

10. Ideologi komunis bersandarkan teori marxisme yg menganggap agama adalah candu kehidupan. Manakala Tuhan hanyalah illusi.

11. Sepanjang keganasan komunis terutamanya di Johor, Panglima Salleh (Kiyai salleh) adalah antara pahlawan Melayu yg banyak mengekang keganasan komunis terhadap orang Melayu

12. Tentera Selempang Merah pimpinan Panglima Salleh kerap menyerang balas keganasan komunis terutama sekali di Mukim 4, Senggerang, Pagoh, Batu Pahat dan beberapa tempat lagi.

13. Panglima salleh dan Tentera Selempang Merah meletakkan senjata selepas Mat Indera berjaya ditangkap.

 

Kesimpulan;-

Berdasarkan kenyataan Mat Sabu baik yg dipetik oleh Utusan Malaysia mahupun transcript ucapan Mat Sabu, kita nampak jelas di situ pengakuan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah ketua penyerang dan penyerang Bukit kepong pula ialah komunis.

Manakala Abdullah CD pula dalam memoirnya turut mengakui Mat Indera adalah salah seorang orang Melayu yg menjadi orang kanan kepada Chin Peng dalam pasukan bersenjata komunis.

Talian hayat Mat Sabu ialah perkataan ‘komunis’ tidak disebut olehnya dalam ceramah serta mungkin persoalan teknikal manakala talian hayat Utusan Malaysia ialah fakta sejarah bahawa Mat Indera adalah ketua penyerang yg mengetuai segerombolan pengganas komunis.

Halangan utama Mat Sabu ialah fakta sejarah dan peranan Mat Indera itu sendiri dalam pergerakan pengganas komunis PKM. Utusan pula mungkin terpaksa bergelut persoalan teknikal berkaitan status Mat Indera sebagai komunis.

Jika Mat Sabu meneruskan saman dan kes di bawa ke mahkamah, kita sudah boleh agak siapa yg akan menang. Utusan berada di pihak yg benar apabila menceritakan hakikat keganasan komunis ketika menyerang balai polis Bukit Kepong dan tiada masalah utk menjawab saman Mat Sabu.

Melainkan, kalau MatSsabu mampu membawa fakta sejarah bahawa Mat Indera menyerang Bukit Kepong atas kapasiti sendiri tanpa melibatkan komunis lainlah pulak ceritanya.

Apapun, sama-sama kita tunggu episod seterusnya. Kita tengok sapa yg kena, siapa yg akan bermain dgn soal teknikal dan siapa yg akan menggunakan fakta dlm penghujahan di mahkamah nanti.

One thought on “Bukit Kepong: Mat Sabu Nak Saman Utusan…

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱…… 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s