Mat Indera: Serang Bukit Kepong Tapi Bukan Komunis?…

Meh kita layan permainan Pas yg sudah dilanda kepeningan gara-gara terdesak membela kelancangan mulut Mat Sabu.

Dalam berpolitik saban waktu, Pas acapkali bila tersasul akan memindahkan kesilapan tersebut utk di pikul orang lain. Itu peel perangai Pas sejak sebelum merdeka sampai la hari ni.

Sekarang ni mana halatuju sebenarnya yg ingin Pas tegakkan dalam isu Mat Indera?

Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan kerana menyerang Bukit Kepong atau Mat Indera bukan komunis yang tidak menyerang Bukit Kepong?

1. Kenyataan Mat Sabu dalam video tanpa olahan berita, yakni luahan percakapan semasa berceramah.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

2. Manakala teks di bawah pula ialah berita yg di siarkan Utusan Malaysia dalam standard penulisan rasmi.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

3. Di bawah ni pulak ialah pembelaan Pas melalui adik tiri Mat Indera yg menafikan abangnya adalah komunis semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS.

“Abang saya selalu menafikan bahawa beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau juga tidak pernah menganggotai PKM.

“Kami ahli keluarga percaya beliau bukan anggota komunis. Saya yakin beliau adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dengan caranya sendiri”. – (Baharom Shah Indera / 07 September 2011)

 

Point-point penting Mat Sabu

– Mat Sabu mengakui Mat Indera adalah ketua penyerang Bukit Kepong.

– Penyerang Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan.

– Filem Bukit Kepong mengangkat polis sebagai hero.

 

Point-point penting Baharom shah indera

– Mai Indera bukan berfahaman komunis.

– Mat Indera tidak menganggotai PKM.

– Mat Indera pejuang kemerdekaan dgn cara sendiri.

 

Tahukah anda?

– Abdullah CD yg merupakan pemimpin Melayu dalam PKM dalam sebuah buku tulisannya “Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) – Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10” telah mengakui Mat Indera adalah salah seorang pemimpin kanan kepada Chin Peng dan mengetuai Rejimen Komunis Melayu Johor.

 

Pertanyaan Mudah;-

– Siapa yg menyerang Balai Polis Bukit Kepong?  tentera Nazi ataupun tentera Jepun ataupun pengganas komunis?

– Adakah Mat Indera menyerang Bukit Kepong seorang diri ataupun mengetuai sekumpulan hantu ataupun mengetuai sekumpulan pengganas komunis?

– Mat Sabu mengakui Mat Indera adalah ketua penyerang Bukit Kepong dan sejarah mengesahkan Bukit Kepong di serang pengganas komunis, jadi sekarang di antara kenyataan Mat Sabu & kenyataan pembelaan Pas melalui Baharom Shah, siapa yg betul?

14 thoughts on “Mat Indera: Serang Bukit Kepong Tapi Bukan Komunis?…

  1. tima kasih utk video baharom tu.

    “Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yg terlibat. Antara yg diselamatkan drpd di bunuh adalah Sarjan Yusof Rono, Jamaliah Abu Bakar anak anggota polis Bukit Kepong”. (Baharom)

    vs

    “Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup| (Mat Sabu)

    ha..ha.. percanggahan yg kelakar.

    tengok cara duk baca kenyataan tu nampak sangat ada tukang tulis utk Baharom.

  2. Sejarah akan membukti siapa hero sebenar……..ia itu orang berjuang dan berjaya kerana kebijaksanaan,kesabaran dan ketekunan. Sejarah telah membuktikan UMNO telah berjaya membawa ke satu tahap kemerdekaan.ia telah mengerakan sebahagian umat Melayu mengikut kemampuan masing masing dan berjaya . Itu fakta.

    Rashid Maidin,Mat Indera menumpang kekuatan komunis bantuan komunis dari segi tectikal dan ikut arahan komunis……. hasil nya trajidi Bukit Kepung. Dia telah memilih rakan kongsi nya. Suatu masa ada yang sokong Jepun lawan British dan ada sokong British lawan Jepun.

    Sama sekarang ada yang sokong PAS ada yang sokong PKR yang berkompromi dengan DAP…….. kerena pepecahan, Melayu lemah: dulu minta tolong Jepun,kemudian Komunis. Tapi kenapa benci sangat UMNO padahal dia Islam dan dia Melayu?

  3. MAT KILAU TENTANG PENJAJAH INGGERIS, DIA PEJUANG
    DATO BAHAMAN TENTANG PENJAJAH INGGERIS, DIA MEMANG PEJUANG
    DATO MAHARAJA LELA TENTANG PENJAJAH, DIA JUGAK PEJUANG
    MAT INDERA TENTANG PENJAJAH, DIA PEJUA… EH….. PETUALANG

    • simple je sebenarnya.

      Mat Kilau lawan British, tanpa melakukan kekejaman terhadap rakyat, kita iktiraf dia sbg pejuang.

      Dato bahaman berjuang lawan Britis, takde rakyat dijadikan korban kita panggil dia pejuang.

      Dato maharaja lela bunuh dan lawan British, dia tak mengganas bunuh rakya sesuka hati, kita panggil dia pejuang.

      Mat Indera berjuang lawan British kemudian membunuh sana sini termasuk anak kecil, menyokong pulak gerakan komunis yg anti ketuhanan, buat huru hara pd rakyat jadi wajar ke nak panggil pejuang?

      Panglima Salleh Selempang Merah musuh utama Mat indera & komunis, kalau kita angkat Mat indera sbg pejuang, jadi kita nak panggil apa pd Panglima salleh?

      • jgn begitu saudara..anda sudah berjumpa dgn org kg bkt kepong,kg lenge dan juga kg gombang…masih ada lg ganerasi semasa kejadian tu berlaku…

    • komunis macam mat indera waktu zaman jepun menjajah negara kita memang ramai. ada yg sukarela menyertai komunis, ada yg masuk komunis utk mengintip komunis, ada yg terdesak kerana takutkan komunis.

      selepas perang, yg terdesak dan yg masuk utk mengintip komunis telah bergabung bersama panglima Salleh utk lawan keganasan komunis terutama di Muar, batu Pahat, mukim 8, mukim 18 dan lain-lain.

      mat indera tu termasuk dlm golongan yg terpengaruh dan masuk sukarela dlm komunis.

      selepas perang, mat indera pernah cuba menyerang mukim 4, tapi disebabkan panglima salleh tahu lebih awal, rancangan mat indera tu dibatalkan.

      kemudian mat indera beralih ke pagoh, juga tak jadi serang.

      bukit kepong tu target yg ke tiga mat indera.

  4. Pingback: Bendera Malaysia: Pengetahuan Am Untuk DAP & PAS… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s