Kisah Sebalik Tabir…

Lumrah manusia jarang mengakui kesilapan tapi kerapkali mencipta alasan utk menutup kesilapan.

Bukan semua, tapi ramai antara kita macam tu la. Malu mengakui kesalahan sendiri, kerana takut dihukum atau dipandang sinis oleh khalayak jikalau terdedahnya kebenaran kelak.

Kali ni kita berkongsi satu peristiwa lanjutan edisi kantoi. Kisah di sebalik tabir rentetan sebuah sejarah.

Kisah ni aku berani jamin takkan disiarkan oleh Haprakdaily, Mkini mahupun Suara Keldaian. Berani depa siarkan? Jangan harap.

Berikut dipaparkan artikel yg dipetik drpd blogger ScrewKuat.

Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut.

Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor. Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.

Selain Mohd Sabu, turut bersama ialah Abdullah Idris, YDP PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai, Onn Jaafar, AJK PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor.

Malangnya kehadiran mereka pada kira-kira jam 2 petang telah disambut dengan batang-batang penyapu oleh penduduk setempat yang jelas tidak dapat menerima kenyataan Mohd Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis Balai Bukit Kepong yang terkorban sebagai alat British.

Keluarga Puan Jamilah juga enggan menerima kehadiran rombongan tersebut yang jelas tidak pernah menghargai perjuangan datuk mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis.

Tukang Screw sudahpun menjangkakan sambutan yang bakal diterima Mohd Sabu dan rombongan. Tetapi yang menarik, ahli keluarga Puan Jamilah jelas amat kecewa dengan taktik penipuan PAS yang merancang perjumpaan tersebut.

Sebelum perjumpaan pada 5 hb diadakan, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai telah menghubungi salah seorang dari ahli keluarga tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai PEGAWAI KERAJAAN dengan alasan untuk membantu waris tragedi serangan Bukit Kepong yang turut berjanji akan membawa Suhaizan Kaiat yang menyamar sebagai AHLI SEJARAH untuk membetulkan fakta sejarah tentang tragedi serangan tersebut.

Pada awalnya kehadiran Zaaba Ibrahim dan isteri tidak disenangi keluarga tersebut tetapi memandangkan taktik penyamaran sebagai PEGAWAI KERAJAAN yang digunakan selain tujuan lawatan untuk membantu waris mangsa serangan tersebut, akhirnya keluarga tersebut menerimanya.

Bagaimanapun seperti yang dijanjikan, pada 5 hb rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut datang bersama Mohd Sabu yang cukup dikenali penduduk setempat sekaligus disambut dengan batang-batang penyapu!!! Tindakan tersebut dibuat kerana rasa marah dengan kenyataan Mohd Sabu, penipuan yang dibuat Zaaba yang mengaku sebagai PEGAWAI KERAJAAN dan kebarangkalian PAS akan mengeksploitasi perjumpaan tersebut demi kepentingan politik mereka.

Setelah gagal mengadakan perjumpaan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut cuba berjumpa salah seorang ahli keluarga tersebut di Surau Assyakirin. Bagaimanapun mereka dinasihatkan beredar untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku. Khabarnya juga keluarga Puan Jamilah akan membuat laporan polis berhubung tindakan Zaaba Ibrahim menyamar sebagai PEGAWAI KERAJAAN.

Kerana malu dengan sambutan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut telah beredar dari tempat tersebut dan berfikir bagaimana nak menyembunyikan kemaluan mereka. Sebelum itu, Mohd Sabu sempat mengadakan sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina, Taman Maju, Johor Bahru berhubung serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Yang menariknya bagi memujuk dan divert isu tersebut, Mohd Sabu dalam kenyataannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada waris atau keluarga anggota polis yang terlibat dengan tragedi Bukit Kepong bagi menuntut pampasan daripada kerajaan British.

Mohd Sabu juga tetap berkeras menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan seperti yang ditulis dalam buku bertajuk “Pengukir Nama Johor” tulisan Ismail Adan yang dia sendiri masih belum membacanya apatah lagi semasa menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos lalu.

Apa yang Tukang Screw ingin ulas di sini ialah bagaimana terdesaknya PAS menipu untuk memujuk insan-insan yang telah diguris perasaannya kerana sokongan PAS terhadap perjuangan komunis Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dianggap sebagai aparatus penjajah British!!! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mohd Sabu PAS binasa.

Jadi selama ini jelaslah politik penipuan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap beberapa isu yang kononnya diperjuangkan bagi membela nasib rakyat. Tak perlulah menyebut UMNO lagi besar penipuannya kerana ianya telah menjadi satu konsep yang difahami oleh rakyat negara ini dan seperkara lagi UMNO bukanlah parti yang mendakwa parti mereka sebagai parti Islam.

Akhir kalam, eloklah kiranya pemimpin PAS berdebat secara ilmiah dengan ahli-ahli sejarah bagi menegakkan kenyataan mereka bahawa Mat Indera dan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya. Tak perlulah berdebat dengan UMNO kerana UMNO juga buta sejarah.

Ramai waris-waris mangsa dan polis/tentera yang terlibat dengan kekejaman komunis mahu mendengar hujah PAS seterusnya membetulkan fakta sejarah yang kononnya ditulis UMNO. Ini cabaran Tukang Screw kepada PAS atau penyokong mereka, kalau anak jantan berdebatlah dengan ahli sejarah ataupun mangsa kekejaman komunis! Carilah pentas yang sama tinggi sama rendah untuk menari. Beranikah Tuan Ibrahim Tuan Man menyahut cabaran?

Sumber / Link Artikel: ScrewKuat69.Blogspot.Com
* untuk memudahkan pembacaan, aku edit skit perenggan artikel tu. harap maklum.

Tak yakin dgn artikel tersebut? Try tengok berita Buletin Utama Tv3 di bawah ni pulak yg bersangkut paut dgn kejadian yg diceritakan oleh blogger ScrewKuat.

One thought on “Kisah Sebalik Tabir…

  1. Pingback: Mat Sabu Akhirnya Bertemu Mat Indera?… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s