Kata Boikot Utusan, TV3… Rupanya Malu Tapi Mahu…

Apa la Malaysiakini (Mkini) punya stail ni. Tetiba duk persoalkan kenapa Mat Sabu tak diberi peluang jelaskan isu komunis di media massa perdana.

Macam la dia tu telus, mulus & bebas. Macamla portal dia tu kerap sangat beri ruang utk penjelasan & penerangan sebelah kerajaan. Yang ada banyak berita yg bersifat sensasi memang berlambak.

Bukankah selama ni pemimpin pembangkang duk ajak penyokong depa supaya boikot Utusan, TV3 dan Berita Harian ka?

Kenapa bila tersepit mulalah memujuk rayu mintak space utk pembelaan Mat Sabu? Atau Mkini sudah lupa ataupun tak ingat sejarah seketika dulu?

Jangan jadi cam Mat Sabu dah la, baru seminggu berceramah terus dah tak ingat apa yg dia ucapkan. ha..ha..

Ni aku ambik petikan Mkini tulisan Firdaus Jaafar

Media arus perdana terus memainkan isu tersebut dengan serangan bertali arus terhadap beliau sedangkan dalam masa yang sama mulut, tangan dan kaki beliau ‘diikat’.

Kenapa tidak diberi peluang untuk beliau muncul di media arus perdana untuk membela diri daripada serangan bertubi-tubi sedangkan media ‘berfoya-foya’ dalam ‘menjaja’ berita berkaitan isu ini?

Mat Sabu hanya berpeluang menjawab kembali serangan terhadap beliau hanya di dalam portal-portal berita di internet yang mana liputannya amat terhad. – (Mkini / 6 Sept 2011)

Kenapa sekarang Mkini mempertikaikannya? Kenapa tidak sewaktu gerombolan PR melancarkan kempen boikot terhadap media perdana?

Ingat lagi kempen boikot yg di sarankan oleh Anwar, Mahfuz dan lain-lain.

Kalau masih lupa mengingati sejarah lama, di bawah ada petikan dan pelbagai banner & poster yg menyeru supaya penyokong PR memboikot semua media perdana.

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.

Ni pulak kempen oleh Pas melalui Nik Aziz dan Tuan Ibrahim. Masihkah kau ingat?

KOTA BHARU 17 Jun – Pas hari ini melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lalu.

Kempen yang dilancarkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meminta ahli parti tersebut memboikot akhbar tersebut kerana didakwa telah melampaui batas.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyiaran karikatur yang menggambarkan seorang mangsa rogol membuat laporan kepada dua pihak dalam situasi berbeza, amat dikesali.

Tu baru di beri nikmat secebis kuasa yg Allah s.w.t kasi test tapi dah angkuh dan bongkak hingga mengajak penyokongnya boikot media massa perdana.

Bayangkan kalau di beri ujian memegang tampuk pemerintahan negara, mahunya semua paper diharamkan. Yang tinggal hanya Harubirukah dgn keldaian saja gamaknya.

Semua stesyen TV pula siang malam duk tayang ceramah Mat Sabu dan Anwar. ha..ha..

      

Jadi skang, dimana asasnya, di mana letaknya waras Mkini utk mengeluh kesah mengadu nasib malangnya Mat sabu?

Waktu terasa gagah, pemimpin Pas & PKR ajak penyokong boikot Utusan, Berita harian, TV3 dan lain-lain. Bila tersepit, media internet pro pembangkang pula gagal menepis asakan dan  jualan Harakah dan Suara Keadilan pula makin merudum kamu mula meminta simpati.

Dah jadi macam anjing pula. Time lapar mintak di beri makanan, bila kenyang di gigit pula tangan orang yg beri makanan.

Banyak cantik.

Kamu yg mintak di boikot, jadi apa kamu peduli dgn media perdana? Kalau di banding Harakah yg saban edisi sedikit jasa UMNO & Kerajaan pun langsung tak di beri ruang, namun dalam Utusan, Bharian dan TV3 ada jugak liputan utk pembangkang diberikan.

Ada tu pantang saja wawancara dgn Mingguan Malaysia, belum bekalan paper tu sampai di kedai runcit dia dah tercegat duk tunggu nak tengok mukanya hensem ke tidak agaknya dalam paper tu. ka..ka..

Kempen boikot tu dah gagal total ke? Betul la tu.

Mana tak gagalnya, Nik Aziz dan Hadi pun suka baca Utusan & Berita Harian walaupun berbakul-bakul duk kempen suruh penyokong bawahan boikot. Marah-marah sayang pulak dah… Tak gitu? Ha..ha..

  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s