Hati-Hati Makan Lewat Malam…

Bukan nak nasihat supaya jangan makan lewat malam, cuma sekadar berkongsi ketakutan betapa bahayanya keluar makan di kedai-kedai mamak di saat ramai insan lain tengah nyenyak tidur.

Aku ni tergolong dlm kalangan yg kerap keluar makan-makan dan lepak bersama kawan-kawan di kedai mamak terutama selepas selesai semua urusan harian.

Kerap jugak keluar sendirian cari roti canai dan pekena segelas teh o ais bila terpaksa menyiapkan kerja hingga lewat dinihari.

Tapi rasanya memang kena kurangkan aktiviti melepaskan letih bekerja dgn singgah di kedai mamak time-time macam tu.

Gerun tengok mat-mat rempit selamber bawak parang dan merompak kedai serta barangan customers.

Gila betui manusia zaman skang. Sama gila babun dgn gerombolan komunis latnatullah. Eh, sori tersasul.. tak baik kaitkan dgn komunis kot tercemar nanti imej ‘pejuang kemerdekaan’ depa nanti. ke..ke..ke..

Molek sangat kalau tetiba terserempak dgn polis peronda mahu kena 5 atau 6 das tembakan sia-sia je mati katak. tak pasal-pasal jadi isu pulak nanti.

Tapi tulah zaman skang orang dah tak takut polis sebab kalau cedera atau ada yg mati di tembak, tentu ada yg sedia membela kematian penyangak tu semua.

Berderet  loyer buruk & politikus mondok sanggup tonjol diri anytime utk memberi khidmat bakti pd keluarga si penyangak.

Mungkin ada wajarnya kalau pihak berkuasa tempatan menghadkan operasi kedai makan 24 jam ni ataupun kalau nak bagi jugak kebenaran operasi, apakata wajibkan kedai makan tu semua mesti ada kurang-kurang seorang pengawal keselamatan.

Better rugi skit utk bayar pak guard bersenjatakan pump gun drpd rugi banyak, paling penting keselamatan nyawa & harta benda customers pun terjamin. Mencegah tu lebih bagus drpd mengubati.

Mesti suka tokey security guard dengar cadangan ni. Ha..ha..

Ada skejap try google maklumat pasal kejadian ni utk baca berita dari media, takde pulak jumpa. Kot kalau ada boleh dapatkan skit kepastian lebih lanjut. Mungkin aku terlepas pandang kot.

Mudah-mudahan kita semua selamat drpd jadi mangsa.

One thought on “Hati-Hati Makan Lewat Malam…

  1. Pingback: Rompakan Kedai Mamak, PDRM Berjaya Selesaikannya… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s