Pengorbanan Noramfaizul…

Perginya arwah Noramfaizul menghadap Illahi selepas cedera parah terkena tembakan sesat di Somalia adalah satu kehilangan besar utk negara.

Arwah tergolong dalam kalangan mereka yg berani mengambil risiko kehilangan nyawa demi membantu menyelamatkan ribuan nyawa rakyat Somalia yg terhimpit dgn masalah kebuluran akibat kemarau & perang saudara.

Somalia terbukti sebagai kawasan yg paling berbahaya atas muka bumi ini, bahaya yg tidak mengenai siapa sahaja.

Misi kemanusiaan kelolaan Kelab Putera 1 Malaysia dgn kerjasama BAKTI yg membawa ratusan tan bantuan makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian walaupun bermatlamat membantu menyelamatkan nyawa manusia akhirnya berakhir dengan tragedi kehilangan satu nyawa rakyat kita.

Sejumlah 60 anggota sukarelawan menyertai misi tersebut termasuk wartawan, jurukamera, bloggers, doktor & pegawai perubatan.

Anggota sukarelawan biasa berperanan mengagihkan bantuan. Para wartawan, jurukamera dan bloggers pula selain turut meyumbang tenaga menyampaikan bantuan kepada perlarian paling penting peranan mereka ialah mengwar-warkan derita rakyat Somalia utk menarik perhatian masyarakat dunia supaya lebih prihatin dengan amsalah di sana.

Doktor & pegawai perubatan pula dgn tugas hakiki merawat pesakit samaada di hospital-hospital Mogadishu mahupun di khemah pelarian.

Masing-masing dgn peranan sendiri tetapi dgn satu matlamat, yakni meringankan bebanan masalah kebuluran kalaupun tidak semua jutaan orang yg menderita mampu di bantu setidak-tidaknya ribuan nyawa dapat diselamatkan.

Mujurlah kesemua bantuan tersebut sempat jugak di agih-agihkan kepada pihak hospital dan mangsa kebuluran di khemah-khemah sementara yg menempatkan ribuan perlarian dr seluruh Somalia, jika tidak sia-sialah pengorbanan arwah.

Selain arwah Noramfaizul, seorang lagi jurukamera TV3, saudara Aji Saregar turut cedera di lengan sewaktu kejadian tembakan tersebut.

Anggota sukarelawan misi tersebut dilaporkan akan tiba di tanahair seketika nanti dgn pesawat TUDM C-130.

Arwah Noramfaizul bukanlah satu-satunya mangsa korban sengketa bersenjata di Somalia yg sudah bertahun-tahun tak kunjung padam, rekod menunjukkan arwah adalah wartawan yg ke-38 terkorban di sana samaada sewaktu bertugas membuat liputan mahupun semasa mengagihkan bantuan kemanusiaan.

Nyata perang tak mengenal usia mahupun tugas kerjaya.

38 wartawan terbunuh di Somalia sejak 1992

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992.

Angka itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP).

Jumlah itu termasuk korban terbaru membabitkan wartawan dari Malaysia iaitu seorang jurukamera dari stesen televisyen BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena tembakan ketika membuat liputan bantuan kemanusiaan di negara itu, semalam.

Dalam kejadian tersebut, Noramfaizul yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, maut selepas terkena tembakan curi di bahu sehingga menembusi ke paru-parunya, dalam satu serangan di ibu negara Somalia, Mogadishu.

Sementara itu, seorang lagi jurukamera dari TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, pula cedera dalam kejadian tersebut.

Noramfaizul merupakan wartawan Malaysia pertama terkorban ketika membuat liputan di luar negara. – Agensi

Ada juga segelintir rakyat kita yg mempertikaikan apa perlunya utk kita membantu Somalia sedangkan di negara kita pun ramai yg miskin dan kesusahan.

Di fikir pendek, memang ada logiknya kenyataan tersebut. Ibarat kata, “kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan”.

Tapi cuba kita renung sejenak dan berfikir di luar kotak…

Kita ke Somalia bukannya utk membantu kera atau menyelamat anak kera yg kehausan susu, kita ke sana atas matlamat membantu manusia yg terhimpit kesusahan, membantu meringankan beban, memberi rawatan dan perubatan serta menghulur bantuan makan minum demi menyelamatkan ribuan nyawa.

Kita boleh mengambil sikap mementingkan diri, mendahulukan rakyat kita yg kesusahan.

Akan tetapi, pernahkah kita mendengar masalah kebuluran yg menyebabkan ramai anak kecil dan ibu tua mati kelaparan di bumi kita Malaysia ni?

Walau kita susah dan miskin, masalah kekurangan makanan dan air minuman belum berlaku di negara kita kecuali ketika zaman pendudukan Jepun dan zaman darurat akibat kempen bersenjata komunis dulu memang betul masalah kekurangan makanan pernah wujud.

Kalau kita mempertikaikan apa perlunya bantuan kemanusiaan utk rakyat Somalia, kita wajar berfikir utk masa akan datang jika perkara sama yg menimpa negara kita siapa pulak yg akan membantu kita bilamana kita kesusahan kelak?

Bumi ini bulat, ketentuan masa akan datang hanya Allah s.w.t saja yg tahu, hari ini kita sedikit senang tak bermakna selamanya kita berterusan begini.

Bersyukur waktu kita senang dan ringan tulang membantu mengurangkan bebanan masalah orang lain InsyaAllah ramai yg akan ambil tahu dan senang hati utk membantu tatkala kita mungkin susah kelak.

Kalaupun masih ada yg mahu mempertikaikan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia ini atau mana-mana misi ke Gaza, Palestin atau mana-mana tempat di pelusuk dunia kelak, eloklah cermin diri belajar menerima hakikat kita hidup atas dunia ni wajib saling bantu membantu.

Belajarlah menerima takdir putaran dunia yg kita semua saling memerlukan, tiada manusia yg boleh hidup sendirian dalam dunianya sendiri. Tiada negara yg boleh kekal kalau fikirkan negaranya sahaja.

Andai kata kita hanya tahu mempertikaikan jasa bakti dan kesanggupan orang lain mengambil risiko dalam mana-mana misi bantuan, tanyalah diri kita sendiri apa yg kita pernah lakukan utk menjadikan dunia ini lebih baik utk semua?

Setakat kita hanya tahu sembang kosong tidak mampu menghilangkan dahaga anak kecil yg kehausan di luar sana, setakat kita berani memekik atas pentas ceramah takkan hilangnya masalah kelaparan dan kebuluran.

Kalau sekadar banyak komplen dan mengkritik melalui tweeter tidak sesekali mengenyangkan kanak-kanak dan wanita tua di mana jua. Arwah Noramfaizul terkorban nyawa demi membantu ribuan nyawa lain. Usah dipersenda pengorbanannya mahupun keberanian anggota misi kemanusiaan tersebut.

Jadi, kalau diri sendiri tak berani mengambil risiko membantu orang lain yg kesusahan, usahlah letakkan diri tu sehina binatang dgn mengadu domba mempertikaikan kesediaan manusia lain utk menghulur bantuan menyabung nyawa insan yg kelaparan.

+-+-+

Salam Takziah untuk keluarga Noramfaizul, semoga banyak bersabar menerima ketentuan Illahi, semoga Allah s.w.t menempatkan arwah dikalngan orang-orang yg terpuji dan tinggi darjatnya.

Kepada semua peserta misi bantuan kemanusiaan di Somalia, kesediaan anda semua menjejak kaki di bumi Somalia itu demi membantu anak-anak kecil dan ibu tua yg kelaparan serta meringankan kesakitan mangsa perang di sana, hanya Allah s.w.t jua yg mampu membalasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s