Sengsara Kebuluran Somalia Untuk Tontonan Mat Sabu…

Tatkala kita di Malaysia yg seronok berhariraya saudara seagama kita di Somalia sedang terhimpit dgn kesengsaraan akibat kebuluran & kekurangan ubat-ubatan berikutan kemarau panjang di tambah pulak dgn wujudnya konflik bersenjata yg tak berkesudahan.

28 Ogos 2011 lalu Kelab Putera 1 Malaysia yg mendapat tajaan dan sokongan Datin Rosmah Mansor telah berangkat ke Somalia bersama sejumlah 53 orang sukarelawan termasuklah blogger pro BN saudara PapaGomo serta para wartawan daripada TV3 dan Bernama.

Kesemua mereka termasuk beberapa orang rakyat Malaysia yg bukan beragama Islam telah mengambil risiko yg agak besar bilamana sanggup mempertaruhkan nyawa mereka utk membantu rakyat Somalia yg kebuluran.

Berdasarkan ranking terbaru dunia, Somalia kini berada di tempat pertama sebagai kawasan yg paling berbahaya di dunia. Tempat ke-2 paling berbahaya di dunia ialah Baghdad, Iraq.

Boleh Mat Sabu bayangkan jika kempen bersenjata puak komunis yg di puja puji tu gagal di tangani oleh pasukan polis dan tentera kita, apa akibatnya pada nasib rakyat, apa effectnya pada ekonomi dan apa pulak musibahnya pada negara?

Tentu Mat Sabu tak pernah memikirkannya.

Hatta keganasan komunis di Bukit Kepong pun dia pandang remeh malah sanggup mengangkat puak komunis sebagai hero pejuang kemerdekaan walhal komunis terus membuat onar sehingga tahun 1989 pun dia buat tak tahu, jadi apa nak pelik bila kesan buruk keganasan komunis tu di sapu bawah karpet je oleh Mat Sabu.

Jadi sebagai mengiktiraf kelembapan Mat Sabu dalam menilai sejarah serta bebal dalam memahami kesan buruk kempen keganasan komunis tu, maka eloklah kisah sengsara di Somalia ni dijadikan batu lonjatan utk mempertingkatkan pemahaman Mat Sabu.

Kita tak mintak Mat Sabu gadai nyawa dia untuk pi Somalia supaya dia belajar menghargai keamanan Malaysia hasil pengorbanan pihak polis dan tentera negara kita.

Gila apa nak suruh Mat Sabu buat amal kebajikan di Somalia, suruh dia berceramah siang malam di pentas ceramah berani la dia.

Suruh dia pi Somalia kan nanti jenuh la kita nak dengar seribu satu alasan yg dia bagi utk elak diri drpd jejak kaki ke tempat paling berbahaya di dunia tu.

Nik Aziz yg berserban berjubah siang malam tu pun nak pijak Selatan Thailand pun dah kecut perut takut mati kena tembak, ni kan pulak nak mintak Mat Sabu pi bantu orang Somalia.

Jangan buat lawak bro…

Ok, skang kita lupa dulu angan-angan nak suruh Mat Sabu pi Somalia tu. Kita sambung pasal bencana kemanusiaan di Somalia secara online dan selamat utk kebaikan Mat Sabu. ha..ha..ha..

Kita semua tahu yg rakyat Somalia berhadapan dgn risiko kebuluran & ancaman penyakit. Tapi tahukah kita bahawa di sana sekarang ni bagi setiap 6 minit ada saja kanak-kanak yg meninggal dunia gara-gara masalah kebuluran, penyakit dan juga menjadi mangsa pertempuran?.

Cuba tutup sejenak mata kita selepas menonton video di bawah, bayangkan anak kecil tu anak kita atau adik kita… apa perasaan kita sekarang agaknya?

Ada tak Mat Sabu berminat utk ambil tahu kenapa budak dalam video di atas tu menderita?.. Jawabnya tentu takde. Macam mana Mat Sabu nak ambil peduli menda tu semua sedangkan budak kecil dan wanita yg mati di tembak pengganas komunis di Bukit Kepong pun Mat Sabu takde kesian belas.

Lagi dipuja pujinya Mat Indra dan geng-geng komunis yg menyerang Bukit Kepong tu ada la. Inikan pula nak suruh Mat Sabu ambil tahu pasal kanak-kanak, wanita dan orang tua Somalia yg menderita. Kirim salam la jawabnya.

Kegemaran Mat Sabu lebih kepada pung pang pung pang atas pentas ceramah sambil balaci-balaci kat bawah pentas duk usung tin milo dan uncang utk collect duit derma drpd pendengar ceramah.

Kira macam bayar tiket la tu agaknya. Kita tengok konsert hiburan artis ada tiketnya, so tengok orang buat lawak dalam ceramah politik Pas pun kena ada pengerasnya jugak. ha..ha..

Kemudian cari isu utk memijak jasa pengorbanan orang lain sambil cuba memburukkan UMNO. Itu saja yg Mat Sabu suka buat, dulu sampai la nie, itulah habbit dia.

Ok, sambung skit lagi pasal Somalia..

Kemarau panjang satu hal, namun itu memang ketentuan Illahi yg tak mampu kita ubah. Tapi konflik bersenjata antara pelbagai puak lagi manambah rumitkan derita rakyat.

Untuk menghadapi risiko kemarau rakyat Somalia sudah lebih daripada bersedia kerana sememangnya memiliki sistem pengairan bawah tanah yg sekurang-kurangnya boleh membantu sedikit sebanyak utk tujuan pertanian serta meringankan keperitan bahang kemarau.

Tapi dek kerana wujudnya banyak pertempuran bersenjata telah menyebabkan kebanyakan kemudahan perairan bawah tanah musnah sekaligus kesannya agak tragik terutama pd golongan kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Bayangkan apa perasaan kita bila melihat anak kecil yg kurus kering, ibu muda yg kelaparan, orang tua yg kesakitan tanpa rawatan perubatan.

Sengsara dan derita, itulah yg mereka tanggung akibat sengketa bersenjata di tambah lagi dgn masalah kekurangan bekalan air bersih selepas sistem pengairan bawah tanah musnah.

Hmm… belum lagikah kita celik mata utk menghargai keamanan yg kita kecapi hari ini hasil kejayaan dan pengorbanan bapa-bapa kita mempertahankan negara kita drpd terus di robek oleh keganasan komunis?

Perlukah utk kita meraikan kekejaman komunis yg ideologinya menolak kewujudan Allah s.w.t itu kemudiannya mengangkat pula mereka sebagai hero kemerdekaan negara kita?

Kita wajar ambil ingatan bahawa kempen komunis yg melancarkan perang utk merebut pemerintahan negara kita dulu tu jika tak di bendung buruk padahnya.

Jadikanlah sengsara di Somalia tu sebagai sempadan dan pengajaran agar kita belajar menghargai pengorbanan orang lain yg membolehkan kita hari ini jauh lebih baik drpd derita seperti itu.

Kita sambung lain kali pula pasal Somalia ni, atau kalau ingin melihat lebih lanjut perkembangan semasa misi bantuan tu boleh aja singgah di blog PapaGomo, lebih detail pengkisahannya.

Salam Kemerdekaan & Salam AidilFitri.

One thought on “Sengsara Kebuluran Somalia Untuk Tontonan Mat Sabu…

  1. Pingback: Al-Fatihah: Jurukamera Bernama Mati Di Tembak Di Somalia… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s