Sebab Pulut Santan Binasa, Kerana Facebook Melayang Nyawa…

Kalau tanya sapa saja atas dunia ni, boleh dikatakan sebahagian besarnya ada akaun facebook masing-masing. Dari sebesar-besar usia hinggalah budak yg baru sekolah tadika pun dah ada facebook.

Ada segelintir yg dulunya buta IT sepatah haram tak tahu apa itu komputer sanggup makan maggi sebulan dua utk simpan duit beli laptop semata-mata utk join facebook selepas tertarik duk dengar member-member sembang pasal facebook.

Pendek kata facebook adalah segalanya bagi sesetengah kita, siang malam facebook, makan facebook, tidur facebook, mandi pun facebook.

Ni sekadar nasihat utk sesapa yg addict dgn facebook tu, hati-hatilah nooo… zaman skang bukan sekadar mulut je kena jaga, kalau tulis komen kat facebook tu pun kena fikir dulu sebelum tulis.

Gitu juga time nak share-share koleksi gambar atau apa saja dlm facebook masing-masing tu, jangan duk main taram je. Ada perkara boleh dikongsi, banyak juga perkara yg perlu privasi.

Baca berita ka bawah ni,.. ni bukan lawak ganas.. tapi real punye…

Dibunuh kerana komen Facebook

JAKARTA – Polis Indonesia menahan dua lelaki yang dipercayai membunuh rakannya akibat perasaan tidak puas hati berhubung komen yang ditulis mangsa dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Jakarta, Yoyol berkata, pembunuhan tersebut berlaku pada minggu lalu ekoran si pelaku tidak berpuas hati dengan komen mangsa yang menggunakan kata-kata kesat kepada akaun Facebook milik isteri seorang daripada tertuduh.

“Mangsa merupakan rakan kepada dua tertuduh dan dia dipercayai mengirim komen menggunakan kata-kata kesat ke akaun Facebook isteri seorang daripada pelaku itu.

“Selepas membaca komen tersebut, isterinya mengadu hal itu kepada suaminya,” katanya.

Berang dengan perbuatan itu, si suami dan rakannya mengatur pertemuan dengan mangsa dan setibanya mangsa di lokasi yang ditetapkan, kedua-dua tertuduh bertindak mencekiknya sehingga mati. – AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

 

Nampak gayanya pepatah lama yg berbunyi “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” dah boleh di upgrade lagi kepada versi yg lebih terkini, “sebab pulut santan binasa, kerana facebook melayang nyawa”.. ha..ha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s