Al-Fatihah: Jurukamera Bernama Mati Di Tembak Di Somalia…

Arwah (berdiri) semasa dalam perjalanan ke Somalia. Gambar oleh MinaqJinggo

Al-Fatihah utk arwah Noramfaizul Mohd. Nor, 41 yg disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan pemberontak di Somalia malam tadi.

Arwah merupakan antara sukarelawan yg menabur khidmat bakti dalam misi kemanusiaan ke Somalia  anjuran Kelab Putera 1 Malaysia yg berada di sana sejak 28 Ogos hinggalah 8 September nanti.

Misi tersebut yg dianggotai 53 orang sukarelawan termasuk doktor perubatan, bloggers dan wartawan pergi ke sana dalam usaha membantu meringankan bebanan kesengsaraan akibat masalah kebuluran yg melanda hampir keseluruhan Somalia.

Keberanian arwah mengambil risiko demi membantu insan lain amatlah terpuji.

Mengikut salah satu komen pembaca dalam blog saudara PapaGomo, arwah meninggalkan seorang balu dan 2 anak kecil.

InsyaAllah selain drpd majikan arwah, kerajaan Malaysia juga akan turut membantu menjaga kebajikan keluarganya.

Sama-samalah kita semua semua mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. – Bernama

(Arwah sedang berbuka puasa semasa dalam penerbangan ke Somalia)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s