Pas Menempah Maut Dalam PRU 13…

PRU 13 dijangka akan berlangsung paling cepat akhir tahun 2012 atau paling lambat awal tahun 2013.

Pola dan trend pengundian berdasarkan situasi sebelum tercetusnya isu komunis sebagai hero, menunjukkan BN telah berjaya menarik kembali sokongan majoriti pengundi Melayu dan India.

Anggaran 52% sokongan pengundi Melayu untuk BN dalam PRU 2008 lalu kini telah meningkat kepada 58% jangkaan sokongan manakala dikalangan pengundi India tahap sokongan mereka untuk BN dianggarkan sekitar 70% berbanding hanya 8% sahaja semasa PRU ke-12 yg lalu.

Bagaimanapun trend pengundian di kalangan masyarakat Cina meletakkan  BN dalam kedudukan tidak selesa sekiranya Gerakan dan MCA selaku komponen BN masih belum kebas drpd demam terkejut.

Tak mustahil anggaran 38% tahap sokongan pengundi Cina dalam PRU 2008 yg lepas boleh merudum kepada hanya 30% sahaja untuk BN sekiranya kedua-dua parti Cina komponen BN itu masih goyang telur sendiri.

Itu jangkaan tahap sokongan sehingga akhir Julai 2011 yg lalu yakni sebelum Mat Sabu melepas kentut busuknya.

Anggaran kasar di atas bersandarkan jika hanya 75% sahaja peratusan keluar mengundi di seluruh negara. Jika peratusan meningkat sehingga 80% atau 85% kebarangkalian besar BN akan mencapai tahap sokongan yg lebih baik kerana kebiasaannya kebanyakan pengundi atas pagar kerapkali menjadi undi bonus tambahan untuk BN.

Kalau ada yg berminat utk pertikaikan data ringkasan data-data ni, bolehlah selak kembali beberapa artikel lama pasal pengundian pilihanraya kecil yg lepas utk meneliti sejauh mana kebenaran setiap data yg aku tulis ni.

Sekarang ini timbulnya isu komunis latnatullah yg cuba di angkat sebagai hero dan pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu kemudian wujud pula pembelaan luar tabie pemimpin Pas untuk kenyataan bunuh diri yg Mat Sabu keluarkan itu telah menyebabkan bukan sedikit kemarahan rakyat pada Pas dan Mat Sabu.

Kita tak payah cerita lagi anggaran peratus sokongan pengundi Melayu, India dan Cina kerana fakta sejarah sudah lebih daripada cukup utk membuatkan Mat Sabu dan Pas makin dijauhi rakyat.

Faktor komunis yg menolak kewujudan Allah s.w.t, kekejaman komunis yg membunuh ribuan rakyat dan anggota polis serta tentera, anak isteri yg kehilangan orang tersayang, sanak saudara yg kudung kaki, buta mata dan hilang tangan sejak sebelum merdeka hinggalah komunis letak senjata pada tahun 1989 sudah lebih drpd memadai utk menyebabkan Pas dan Mat sabu terkontang konting kencing tak lawas.

Biarlah sekalipun Hadi Awang pusing cerita mengaitkan komunis dgn perjuangan Rasullullah dan Tuan ibrahim Tuan man pula menyamatarafkan komunis dgn Mat Kilau, Tok Gajah dan lain… pusing-pusing kot mana pun hakikat komunis itu adalah barua, hakikat komunis tu terus membuat kacau walaupun British sudah berambus dari bumi Malaysia pastinya akan menyebabkan pemimpin Pas tidur mata tak pejam.

Ok, skang ni yang kita nak cerita yg kita nak fokus pada undi sejumlah 120,000 anggota tentera, 600,000 askar simpanan termasuk wataniah & Rela, 80,000 anggota polis dan kira-kira hampir 1.5 juta sanak keluarga mereka.

Tu belum lagi di tambah dgn sejumlah 90,000 pesara tentera dan 30,00 pesara polis di seluruh negara bersama hampir 200,000 kaum keluarga mereka.

Ke mana undi mereka kelak? Dapat Pas bayangkan sekarang ke mana condongnya sokongan mereka selepas Pas melepaskan kentut busuk 21 Ogos 2011 yg lalu?

Semua anggota polis & tentera layak mengundi secara pos manakala pesara tentera akan mengundi sebagaimana kita pengundi biasa. kaum keluarga anak isteri mereka jugak ramai yg layak mengundi.

Boleh Pas bayangkan jika kesemua mereka bersatu hati keluar menunaikan tanggungjawab mengundi apa akan jadi pada Pas, PKR dan DAP?

Bayangkan anak isteri, saudara mara mereka yg selama ini jarang sekali keluar mengundi, tiba-tiba dek kerana Mat sabu akhirnya telah menyuntik kesedaran mereka utk keluar menghukum Pas dan PR, peh… memang nahas besar utk Pas dan PR.

Ha..ha..

Tentu sekali Pas tak pernah bayangkannya kerana adat manusia sewaktu gah berceramah mulut pi dulu, fikir akibatnya kemudian. Itu kalau dia ada fikir kemudiannya, selalunya yg diaorang buat ialah fikir macamana nak pusing cerita. Standard Pas selalunya lagu tu la.

Samalah macam negara islam yg dijaja ke hulu hilir selama 60 tahun sejak 1951, mai tahun 2011 takde dalam Al-Quran. 60 tahun duk maki UMNO duk kata UMNO tolak negara Islam, 60 tahun duk hamun UMNO kata UMNO anti Islam, alih-alih Pas sendiri yg campak masuk longkang idealisme negara islam dengan alasan takde dalam Al-Quran.

Gitu jugak isu hudud Pas, berdentang dentung selama 21 tahun since 1990 hudud itu, hudud ini mai Hadi kata hudud cuma 0.00001% saja kena buat banyak menda lain dulu. Ayam jantan dah berjuta kali berkokok sampai nak pecah anak tengkuk, akhirnya hudud Pas hanya tinggal draf saja.

Sama juga pasal perlembagaan negara, 60 tahun pas ke hulu hilir kata itu perlembagaan taghut, itu undang-undang ciptaaan manusia, itu lord reid punya idea, itu perlembagaan kuffar… itu dulu, skang undang-undang dan perlembagaan sama tu jugaklah Nik aziz guna pakai utk claim royalti minyak.

Perlembagaan sama jugaklah yg Pas pertahankan sewaktu kecoh kes murtad lina Joy, bersandarkan peruntukkan undang-undang yg sama lah yg Nik Aziz, Azizan, Khalid ibrahim duk guna pakai skang untuk memerintah negeri masing-masing.

Kerana peruntukkan perlembagaan itulah jugak yg memberi kuasa utk JAIS mengawal gejala murtad, kerana perlembagaan yg sama lah Khalid Ibrahim, Nik aziz, Guan Eng duk guna semasa memintak peruntukkan belanjawan negeri daripada kerajaan persekutuan.

Dan peruntukkan perlembagaan yg sama jugalah yg Nizar x-MB Perak duk jadikan alasan utk tuntut kerajaan BN perak tidak sah. Undang-undang & peruntukkan perlembagaan yg sama tu la yg Nik aziz, hadi, Khalid Samad dan lain-lain duk guna utk claim tuntutan elaun dan gaji sebagai wakil rakyat.

Inilah hakikatnya.

Jadi skang, Pas jangan salahkan rakyat, usah salahkan SPR, jangan jadikan daftar pemilih sebagai kambing hitam dan takyah duk gebang pasal undi hantu bila tiba PRU nanti Pas terkangkang tak cukup tanah.

Kita jugak maklum Pas terlampau ingin mencari jatidiri selepas 60 tahun menghabiskan masa bersembang kosong atas pentas cermah sambil memungut derma orang ramai, dek kerana malu takde berjasa utk kemerdekaan negara maka kerana itulah Pas sedaya upaya mungkin cuba mereka cipta sejarah sendiri dengan memijak jasa hakiki orang lain.

Kita faham Pas terlampau desperate mahukan kuasa hingga lupa daratan yg kuasa itu walau diusahakan dgn pelbagai cara bila Allah s.w.t tak redha, tak kemananya.

Tambah lagi bila Pas menyebarkan dakyah dan menghina pengorbanan orang lain di masa yg sama nikmat yg Pas perolehi ini hasil berdiri atas jasa orang yg terkorban yg bermati-matian mengusir komunis dulu tu, mahu tak mahu Pas kena belajar menerima hakikat yg majoriti rakyat akalnya waras dan mereka ada caranya utk menghukum Pas kelak.

Kalau tak mampu buat jasa utk negara, jangan pula Pas terus berusha menghina jasa pengorbanan orang lain utk negara. Cermin dulu diri sendiri.

Sayonara Pas & Salam Kamikaze untuk PRU 13 nanti.

2 thoughts on “Pas Menempah Maut Dalam PRU 13…

  1. input ni mmg berguna mmg PAS dari dulu duk tebar fitnah pelik2… last2 makan diri sendiri..

    tpikn gmbar nik aziz pakai serban kene baling ngn kasut tu x payah la letak… x manis pulak serban diletakkan dalam keadaan cmtu…saya tahu nik aziz tu camne tapi RTM pun dah berhenri siarkan golongan yang pakai serban, jubah duk kutuk orang pasal rupa2nye huduh anak2 tngk orang berpakaian sunnah duk maki hamun orang.. ni cadangan saje… kalau x suka nik aziz pun x manis lah letak gmbar dia beserban cam tu…. biarlah pas yang emotional, kita jangan emotianal mcm diorang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s