Perjuangan Komunis Sama Dengan Perjuangan Rasulullah?…

Aduhai.. kenapalah wujudnya ramai pemimpin yg berserban dan berjubah ala-ala bebalan tak sudah-sudah buat onar atas muka bumi ni?..

Kot ye pun beria-ia nak damage control atas kerosakan yg dilakukan oleh Mat Sabu pun janganlah sampai nak disamakan komunis dengan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w wahai Hadi oooiii.

Nabi Muhammad tu Pesuruh Allah s.w.t junjungan besar yg Allah letak atas bahunya membawa dakwah Islam.

Manakala si komunis keparat tu menidakkan kewujudan Allah s.w.t.

Itu pun takleh nak faham ka? Masih lagi nak berpusing kata-kata semata-mata utk melepaskan diri ka?

Gila ke apa para bebalan di kalangan pemimpin Pas ni, keras kepala dan masih berusaha memutar belit sejarah Tanah Melayu dengan menggadaikan perjuangan Nabi Muhammad untuk di samakan dengan keganasan komunis.

Bengong bin baghal sungguh.

Puak komunis yg menyerang Bukit Kepong.. Di ulangi Bukit Kepong (bukannya parlimen Kepong) bukan sahaja membunuh orang Melayu Islam dan orang Cina yg menjadi anggota polis dan polis bantuan, lebih teruk daripada itu membunuh anak isteri dan mencampakkan mayat mereka ke dalam api yg marak membakar… faham ka tolol bin badigol oiii?…

Nabi Muhammad s.a.w pula dalam perjuangan mendapatkan kembali kota Mekah sama sekali tidak berlaku kejam terhadap musuhnya, tiada mayat yg dibakar, tiada musuh yg cedera yg di campak ke dalam api dan tiada anak kecil dan isteri musuh di bunuh kejam.

Nabi Muhammad bawak panji Allah, bawak kebesaran Allah s.w.t, menyeru keamanan dan hanya menggunakan peperangan terhadap musuh selepas pihak musuh enggan berkompromi atau berunding.

Komunis PKM membawa ideologi anti Islam, anti ketuhanan dan menafikan kewujudan Allah s.w.t. Komunis menjadikan keganasan sebagai satu cara mencapai matlamat dan menjadikan orang Melayu Islam serta sesetengah orang Cina yg tidak menyokong mereka sebagai mangsa utk dibunuh dan dizalimi.

Banyak bezanya wahai tololan Pas semua oooiii.

Adui la… korang bacalah sendiri petikan berita haprakdaily ni kemudian nilaikan sendiri tahap pemikiran putar belit pemimpin Pas yg bernama Hadi Awang ni.

Memang depa ni dah tahap desperate makin hari makin sengal, dah la perjuangan negara Islam yg depa duk agungkan selama ni dah di campak dalam longkang masih ada hati nak gunakan hujah sejarah juang Rasulullah utk kambus lubang busuk yg orang dia gali sendiri.. sialan sungguh.

Nabi pun dianggap pengkhianat

Khairul Azlam Mohamad
MARANG, 30 Ogos:Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.

Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.

Haprakdaily / 30 Ogos 2011

Apa si Hadi duk fikir bila komunis serang Bukit Kepong tu atas perjuangan utk memartabatkan Islam ka?

Ko ingat si komunis lahanat menyerang Bukit Kepong dan buat huru hara merata pelusuk negara tu atas sebab utk halau British kemudian wujudkan dakwah Islamiah ke?

Parti ngko sendiri nak bercerita pasal hudud pun tergeliat lidah bila berdepan dgn DAP, aii ada hati masih nak bercerita pasal mendaulatkan Islam. Bukankah ngko sendiri yg beria-ia duk kata hudud tu cuma 0.0001% saja. Ayam jantan dah serak tekak berkokok sampai la ni hudud Pas tu atas kertas saja buat umpan politik.

Ada hati nak bercerita pasal perlaksanaan Islam sedangkan perjuangan negara Islam yg 60 tahun kamu duk agungkan pun sanggup kamu campak masuk tong sampah dan tukar dengan negara berkebajikan selepas berbakul-bakul maki hamun kamu duk hamun kata UMNO tolak negara Islam… aii, tak sedar diri, tak reti tengok cermin betapa besarnya boroi perut sendiri tu.

Sedar la diri tu cuma keldai saja sepanjang berada dalam PR tu. Hudud yg kamu laungkan tu entah ke mana selepas berbelas tahun jadikan modal kempen politik dalam mencari nikmat jawatan duniawi.

Sedar la skit betapa parti ngko tu menunggu panggilan sakkaratul maut selepas memuja muji komunis yg terang nyata meletakkan prinsip anti Islam dan menidakkan kewujudan Allah s.w.t dalam ideologi pegangan mereka.

Lagi banyak kamu dan rakan sekapal kamu berbunyi lagi banyak kebodohan dan kesengalan pemikiran kamu terserlah. Sementara masa masih ada utk perbetulkan kelancangan mulut Mat Sabu tu, ada eloknya sekali sekala belajar mengakui kesilapan sendiri.

Biar sedar diri skit yg  serban, kopiah, jubah dan segala ucapkata pasal Islam tiap kali kamu berceramah tu bukannya tiket utk menutup hakikat bahawa kamu sendiri dan pemimpin Pas yg lain tu tetap hanyalah manusia biasa yg tidak maksum.

Mengakui kesalahan tu lebih baik daripada kuat gebang utk tutup kesalahan sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s