Filem Bukit Kepong Untuk Pengajaran…

Alang-alang Mat Sabu telah cuba menghancurkan kredibiliti & jasa pengorbanan anggota polis dan keluarga mereka semasa pertempuran dgn komunis di Bukit Kepong, eloklah sama-sama kita sekali lagi menghayati filem yg mengadaptasikan semula kejadian tersebut utk dijadikan renungan agar kita lebih memahami betapa peritnya peristiwa tersebut.

Peristiwa Bukit Kepong dan jugak filem Bukit Kepong berkisar pd pertempuran antara pihak penyerang dan pihak yg diserang.

Penyerang ialah pengganas komunis dgn kekuatan lebih kurang 200 anggota yg menyerang Balai polis Bukit Kepong dan pihak yg diserang pula ialah anggota polis dan keluarga mereka yg mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 tidak diserang oleh Jepun, tidak diserang oleh tentera nazi tetapi di serang oleh KOMUNIS.

Dan filem Bukit Kepong menceritakan kisah serangan pengganas komunis ke atas balai polis itu yg meragut nyawa kesemua anggota polis Melayu dan ahli keluarga mereka. Faham wahai Mat Sabu & totok Pas semua?

Mari kita imbas semula kata-kata Mat Sabu yg amat melukakan hati nurani kita semua orang Melayu Islam;-

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.

+-+-+-+-+-+

1) Mat Sabu beranggapan, penayangan filem Bukit Kepong tiap kali menjelang hari Kemerdekaan adalah usaha sia-sia kerana bagi Mat Sabu anggota polis yg terkorban dalam peristiwa tersebut adalah polis British yg tak patut dikenang.

– Sedang hakikatnya, anggota-anggota polis yg mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong itu sanggup berkorban nyawa adalah kerana tanggungjawab demi negara, demi anak bangsa dan demi agama.

– Jika benar anggota polis yg terkorban itu berjuang semata-mata kerana mereka polis British dan pengganas komunis yg menyerang Bukit Kepong pula atas sebab anggota polis itu adalah polis Britis, maka selepas Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 sepatutnya puak pengganas komunis telah meletakkan senjata serta merta.

– Tetapi sebaliknya yg berlaku, pengganas komunis berterusan menyerang anggota polis dan askar kita malah melakukan banyak keganasan yg mengorbankan rakyat awam walaupun negara kita telah merdeka. Komunis hanya meletakkan senjata pada tahun 1989.

– Jadi terbukti penjuangan anggota polis di Bukit Kepong adalah benar demi negara, agama dan bangsa kerana mereka tahu komunis sejak sekian lama telah berusaha utk menguasai tanah air kita sejajar dgn impian puak komunis utk mengkomuniskan seluruh Asia Tenggara.

2) Mat Sabu mendewakan Mat Indra dan beranggapan para pengganas komunis yg lain sebagai pejuang kemerdekaan yg sebenar.

– Susur galur ideologi komunis sejak dulu lagi telah menggariskan bahawa tiada kepercayaan kepada Tuhan apatah lagi Allah s.w.t, maka siapa saja yg menyokong komunis sebenarnya menerima pakai ideologi komunis yg menafikan kewujudan Allah s.w.t, jadi perlukah utk kita menyanjung seorang Melayu yg berjuang utk mencapai cita-cita komunis?

– Mat Indra mungkin Melayu, tapi kejahatannya yg berkomplot bersama pengganas komunis utk membunuh dan membakar anggota polisserta keluarga mereka yg kesemuanya adalah Melayu Islam di Bukit Kepong dgn jelas menunjukkan tiada roh Islam dan tiada sifat kemelayuan pada dirinya.

3) Mat sabu mempertikaikan kelayakan Jins Shamsudin menerbitkan filem Bukit Kepong hanya kerana Jins Shamsudin ahli UMNO.

– Kenyataan Mat Sabu ini jelas membuktikan bagi pemimpin Pas apa saja yg dilakukan oleh ahli UMNO atau pemimpin UMNO perlu di tentang, menunjukkan pemahaman sempit dan pemikiran jumud Mat Sabu pd sesuatu perkara bergantung penuh pada ideologi kepartian dan kepuakkan.

– Sikap Mat sabu jelas membuktikan kotak pemikirannya juga ramai ahli Pas yg lain selari dengan konsep jahilliyah yg mendahulukan puak sendiri tanpa mengira betul atau salah sesuatu perkara.

4) Seterusnya Mat Sabu menyelar filem Bukit Kepong kerana meletakkan komunis sebagai penjahat dan anggota polis pula adalah hero.

– Sememangnya pengganas komunis adalah penjahat, itulah realitinya. Jins Shamsudin menceritakan fakta hakiki, mana mungkin komunis layak dijadikan hero bilamana membunuh ribuan rakyat Tanah Melayu dan mengancam kesucian Islam.

– Ibu segala komunis di China dan Soviet Union (Russia), dengan jelas melarang umat Islam melakukan amal ibadat malah memaksa umat Islam meninggalkan agama, hatta di China masyarakat uighur sekarang dilarang daripada menjalani ibadat puasa. Lagi kita nak angkat komunis sebagai hero?

– Hero akan berjasa dan bermatian-matian mempertahankan rakyat, tapi komunis bersungguh-sungguhan membunuh rakyat selama 2 minggu berkuasa dan bermaharajalela di bumi Tanah Melayu selepas jepun tewas.

– Komunis bukan sahaja membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit kepong malah sebelum itu sewaktu pengunduran tentera Jepun suku sakat komunis Bintang Tiga (MPAJA) telah keluar daripada hutan dan melakukan pembunuhan dan keganasan terang-terangan terhadap ramai orang Melayu Islam, jadi layakkan mereka yg bergelar komunis ini diangkat sebagai hero?

+-+-+-+-+-+

Selepas membaca semua kenyataan dan point Mat Sabu yg beserta sedikit ulasan blog ini, cuba kita semua tutup mata sejenak dan letakkan diri kita sebagai anggota polis atau keluarga mereka di malam serangan pengganas komunis di Bukit kepong tu.

Bayangkan api yg membakar pondok berdinding kayu, bayangkan isteri yg meratap tangis kematian suami, bayangkan anak kecil yg meraung kepanasan di mamah api, bayangkan wajah gelak tawa neggota komunis yg meraikan kematian saudara-saudara seagama dan sebangsa dgn kita…

Dan bukaklah mata kita kemudian tanya diri sendiri, sanggupkah kita menghina pengorbanan mereka demi kerana kita berbeza politk, sedang keamanan kita hari ini hasil jasa mereka yg terkorban?

Tanya lagi diri kita, layakkah pengganas komunis itu di sanjung dan di jadikan hero kemerdekaan selepas mereka dgn kejam dan zalim membunuh saudara-saudara sebangsa dan seagama dgn kita?

Mahukah kita mengangkat ideologi komunis yg menafikan kewujudan Allah s.w.t sebagai hero kita sebagaimana saranan Mat Sabu? Tepu dada, tanya akal kita yg waras.

Ok, itu saja dulu utk hari ni, walaupun sakit hati dan marah belum padam kita sambung pulak lain hari.

Jadi seperti dijanjikan, di bawah ni aku sertakan beberapa link filem Bukit Kepong yg diperolehi selepas beberapa ketika mencari dalam dunia maya internet. Semoga ianya akan memberi manfaat utk kita semua orang Melayu Islam.

Selamat Hari Raya Aidilfiri & Salam Kemerdekaan Ke-54.

[Mediafire-strain.blogspot.com Part 1]
[Mediafire-strain.blogspot.com Part 2]
[Mediafire-strain.blogspot.com Part 3]
[Mediafire-strain.blogspot.com Part 4]
[Mediafire-strain.blogspot.com Part 5]
[Mediafire-strain.blogspot.com Part 6]

Password: koleksimelayuterbaik

4 thoughts on “Filem Bukit Kepong Untuk Pengajaran…

  1. dalam sejarah malaysia tidak ada satu pun menyebut bahawa parti pas berjuang untuk kemerdekaan negara….sebaliknya menentang untuk merdaka……apa kata mereka pada masa tu…..nak buat jarum sebatang pun tak boleh…inikan pula nak merdeka…..hanya sekali sahaja tercatat perkataan PARTI PAS dalam sejarah iaitu menang satu kerusi pilihanraya 1955…dua tahun sebelum merdeka…… itulah satu dan tunggalnya perjuangan Pas sebelum parti ini berjamak.Puak yang dulu menentang pemerintahan sendiri kini kita boleh lihat bagaimana keadaan mereka sekarang.Nak tiru formula yang telah dibuat oleh orang yang terdahulu.Nak reka sejarah baru supaya nama parti pas duduk sebaris dengan perjuang kemerdekaan. Daripada dok sokong parti komunis lebih baiklah sokong dan puja peminpin Kesatuan Melayu Muda, API dan,AWAS.Mereka ini walaupun berhaluan kiri namun mereka tidak membuang dan menjual agama dan bangsanya. Berjasalah terhadap agama dan bangsa sendiri walaupun berbeza ideologi.Jangan sampai bangsa lain menentu corak hidup bangsa kita sendiri

  2. Pas ada jugak sejarah depa. Sejarah menjadi perkakas british utk delay kemerdekaan tanah melayu.

    bayangkan punyalah Islamik penjajah British begitu teruja utk meluluskan Pas sebagai parti politik pro Islam sedangkan sebelumnya pada tahun 1948 British telah mengharamkan Hizbul Muslimin yg sama corak macam Pas.

    maksud sebenar British tu mudah di hidu, tatkala UMNO makin kuat dengan sokongan mantap orang Melayu Islam, mengambil tindakan mengharamkan UMNO buruk padahnya.

    langkah terbaik ambil kesempatan krisis pertandingan dalam UMNO antara Tunku dengan Ahmad Fuad seterusnya meluluskan Pas sebagai parti politik supaya dapat melemahkan UMNO.

    Jika Pas berjaya melumpuhkan UMNO, bermakna tiada kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Mujurlah Allah s.w.t memberi kekuatan pada UMNO.

  3. Pepatah Melayu dah berpesan “Terlajak Perahu Boleh Berundur”, “Terlajak Kata Buruk Padahnya”..Rasakan kau Mat Sabu. agaknya dah termakan babi agaknya dia nie lupa asal usul. Celaka punya orang PAS.

  4. salam. bukit kepong kisah yang semua sedia maklum..tapi pada pendapat saya lah kalau mengikut logik akal serangan berlaku pada 23 febuari 1950.betol…sedangkan tanah melayu merdeka pada 31 ogos 1957..jadi bagi pihak siapakah pihak2 polis beken aan bekerja? sudah tentu pihak british,betol? jadi pengganasnya disini ialah british yg melaga2kan penduduk tanah melayu…kalau salah tolong la betolkan.
    pudar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s