Video Mat Sabu Menghina Pengorbanan Polis Melayu…

Sebut saja nama Mat Sabu ramai yg kenal hatta kanak-kanak spastik pun boleh membayangkan bagaimana rupa Mat Sabu walaupun sekadar mendengar suaranya sahaja.

Sewaktu gawat kes khalwat Mat Sabu suatu ketika dulu, dia pernah meluahkan kebanggaannya bila mendakwa popularitinya jauh mengatasi ikon hiburan iaitu Siti Nurhaliza.

Diceritakan dgn bangga sewaktu berceramah di Kelantan bahawa kaset rakaman ceramahnya mencapai jualan yg kononnya lebih tinggi berbanding mana-mana artis di Malaysia.

Peh.. gila glamour rupanya Mat Sabu ni, dia bangga sebab orang kenal dia melalui ceramah.. Tapi itulah kenyataan yg perlu diakui siapa sahaja.

Ceramah dan Mat sabu umpama aur dan tebing dalam perjuangan haprak Pas. Terlalu sinonim, tiada salah satu bermakna pincanglah Pas.. Itulah kepercayaan ramai pemimpin Pas ketika itu dan juga mungkin kini.

Hasil drpd penganjuran pelbagai ceramah di merata tempat membawa kepada hasil pulangan dalam bentuk wang, duit, ringgit dan ongkos utk Pas dan pemimpin mereka.

Dulu hingga kini itulah gaya politik Pas, popular dan dikenali kerana ceramah. Dan hidup senang atas keringat dan wang derma rakyat kemudian membalas pemberian rakyat dgn memperbanyakkan ceramah politik.

Isi ceramah pulak 70% bercerita hal ehwal UMNO/BN dan selebihnya berangan sambil memuji angan-angan sendiri yg kini dah dicampak ke dalam tong sampah.

Balik pd topik asal berkaitan Mat Sabu yg sekarang ini tengah top kerana beria-ia menyokong keganasan komunis. Tak tahu samaada Mat Sabu sudah nyanyuk ataupun sebenarnya sedang menempah penyakit utk Pas, tapi itulah yg terjadi.

Kali ini kita sama-sama tengok pulak video ucapan Mat Sabu berkaitan isu sanjungannya kepada keganasan komunis tu kerana di kebanyakan blog & forum pembangkang ramai yg mendakwa berita yg disiarkan utusan semalam tu adalah bohong.

Jadi semoga dgn siaran video ini (kredit utk blog pisau.net) diharapkan boleh membantu meringankan masalah denial syndrom totok & balaci Pas semua tu.

Alang-alang Mat Sabu gila glamour, elok sangat para blogger pro UMNO semua pakat-pakat siarkan video ni, confirm pasni kita akan dengar alasan & cerita konar baring dari kalangan penganut politik Pas utk menghalalkan pulak perjuangan komunis dalam usaha utk cover mulut lancang Mat Sabu.

Tengok je nanti…

One thought on “Video Mat Sabu Menghina Pengorbanan Polis Melayu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s